Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.te.ru] | برسترو

Definisi : mempunyai seteru, bermusuh: barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara; drpd bersahabat dgn orang yg bodoh, baik ~ dgn orang yg berakal prb tidak ada sesuatu pun yg boleh didapati drpd orang bodoh tetapi drpd orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.te.ru] | برسترو

Definisi : 1 mempunyai seteru. 2 tidak ber­baik-baik antara satu dgn yg lain; bermusuh: Dia memang ~ dgn saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seteru (kata nama)
Bersinonim dengan musuh, lawan, udu, tentangan, tandingan, saingan;,
Kata Terbitan : berseteru, menyeterui, memperseterukan, perseteruan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
enemyn 1. a. foe, musuh, seteru: he is arrogant and has many enemies, dia angkuh dan mempunyai ramai musuh; be enemies, bermusuhan, berseteru: they have been enemies for years,> sudah bertahun-tahun mereka bermusuhan; be o’s own worst ~, (menjadi) musuh diri sso sendiri; b. opponent, penentang: he is regarded as an ~ of democracy, dia dianggap sbg penentang demokrasi; 2. hostile nation or its army, pihak musuh; (attrib) musuh: the ~ has advanced 20 kilometres into our country, pihak musuh telah mara 20 kilometer ke dlm negara kita; ~ aircraft, kapal terbang musuh; 3. st that harms or weakens, musuh: fear was their chief ~, rasa takut ialah musuh utama mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feudn a. bitter hostility, (between families, groups, etc) persengketaan, permusuhan; (between two individuals) perseteruan, permusuhan: family ~s, persengketaan keluarga; carry on a ~, bermusuhan; (of families, clans) bersengketa, bermusuhan; (of individuals) berseteru, bermusuhan; b. dispute, pertelingkahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas