Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[biar] | بيار

Definisi : 1. agar, supaya: berilah aku wang, ~ aku beli baju itu; 2. lebih baik (drpd): ~ mati drpd menanggung malu; 3. = ~lah tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan: ~ mati anak, jangan mati adat; ~ mati (dll) ~ hidup (dll) baik mati (dll) mahupun hidup (dll): ~ besar, ~ kecil asal ada; ~ begitu walau begitu; biarnya biarpun; biarpun meskipun; membiarkan 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; terbiar 1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja; keterbiaran keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~; kebiaran terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[biar] | بيار

Definisi : 1 jangan ditegah atau jangan dilarang; izinkan saja: ~ dia bermain-main di bawah pohon itu. 2 lebih baik; lebih elok: ~ dia membaca buku drpd merayau-rayau di segenap kampung. 3 kata yg digunakan utk mengharapkan sesuatu; supaya; agar: Basuhlah kain itu dahulu ~ bersih. membiarkan 1 memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2 tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. terbiar tidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri. biarpun meskipun; walaupun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biar

Puisi
 

Hancurlah rakit dari hulu,
     Singgah ke lubuk kailku kena;
Alang-alang sakit menahan rindu,
     Biar duduk biar mengena.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(82)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
Allfor ~ I care, biar..., saya tak peduli kalau...: he can go to prison for ~ I care, biar dia masuk penjara, saya tak peduli; for ~ I know, for ~ anybody knows, etc, siapa tahu: this coin could be a forgery for ~ we know, syiling ini mungkin palsu, siapa tahu?; for no reason at ~, tanpa sebab apa pun; (it’s) ~ up /with, for/ so., habislah sso; not at ~ (as reply) a. (to a question) sama sekali tidak: “Does it hurt?” “Not at ~!”, “Sakitkah?” “Sama sekali tidak!”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
begin~ with, (st) bermula dgn; (so.) mulakan, yg memulakan: the play ~s with a prologue, lakonan itu bermula dgn prolog; let’s ~ with Hassan, biar Hassan mulakan or biar Hassan yg memulakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
howeveradv 1. no matter how, /walau, biar/ bagaimana [adj] sekalipun: ~ tired we are, we have to go on, walau bagaimana penat sekalipun, kita mesti teruskan; 2. in whatever way, dgn apa cara pun: ~ you do it make sure it does not require too much money, dgn apa cara pun kamu membuatnya, pastikan cara itu tdk memerlukan wang yg banyak; 3. (expressing surprise) how, /bagaimana, macam mana/ boleh: ~ did she do it?, bagaimana boleh dilakukannya?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
better1compar of GOOD, WELL; for ~ (or) for worse, biar apa pun yg terjadi, tanpa mengira /baik buruknya, baik buruk kesudahannya/; no ~ than, sama spt, lebih kurang: he is no ~ than a thief, dia sama spt pencuri; o’s ~ feelings, kata hati, hati /kecil, nurani/; the ~ part of, hampir semua; (rel to time) hampir: he ate the ~ part of the pie, dia makan hampir semua pai itu; she spent the ~ part of the day shopping, dia menghabiskan hampir sehari membeli-belah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fix5. arrange, mengatur: don’t worry about the accommodation; let me ~ it, jangan bimbang ttg penginapan; biar saya yg mengaturnya; I’m sorry, I already have something ~ed for tomorrow, maaf, saya sudah mengatur rancangan utk besok; 6. repair, membaiki: my television needs ~ing, televisyen saya perlu dibaiki; 7. put in order, merapikan, membetulkan: give me five minutes to ~ my hair, beri saya lima minit utk merapikan rambut; 8. (esp US), (not fml) prepare, membuat [sst], membuatkan [sso, sst]: please ~ a drink for these guests, tolong buat minuman utk tetamu-tetamu ini; can you ~ me an egg sandwich?, bolehkah buatkan saya sandwic telur?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
float2. a. move on surface of water, hanyut: the raft ~ed down the river, rakit itu hanyut ke hilir sungai; why bother rowing? Let’s just ~, buat apa berdayung, biar saja perahu kita hanyut; b. move through air, melayang-layang; (of cloud) terapung-apung: the propaganda leaflets ~ed down onto the streets of the city, risalah-risalah propaganda jatuh melayang-layang ke jalan-jalan kota itu; clouds were ~ing across the sky, awan terapung-apung melintasi langit; 3. (of sound) mengalun: the sound of the cowbells ~ed across the icy mountain slopes, bunyi loceng lembu mengalun di sekitar lereng gunung yg berais itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fill~ up, menjadi penuh: the hall ~ed up rapidly, dewan itu cepat menjadi penuh; the river is ~ing up after the heavy rain, sungai itu menjadi semakin penuh selepas hujan lebat; ~ st up, mengisi sst: let me ~ up your cup, biar saya isi cawan kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illustrationn 1. drawings, photographs, etc used to illustrate a text, ilustrasi, gambar: the ~s in the book are excellent, ilustrasi dlm buku itu sungguh baik; 2. example, contoh: let me give you an ~ of what I mean, biar saya berikan contoh ttg apa yg saya maksudkan; 3. illustrating or being illustrated, a. (by giving related examples etc) penjelasan, menjelaskan: let me, by way of ~, give you a specific example, biarlah saya, sbg penjelasan, memberikan contoh khusus; he cited many examples in ~ of his argument, dia memberikan beberapa contoh utk menjelaskan hujahnya; b. (by furnishing with drawings, photographs, etc) mengilustrasi: he specialized in the ~ of children’s books, dia mengkhusus dlm kerja mengilustrasi buku anak-kanak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damn/I’ll be, I’m/ ~ed, (colloq), [various translations]: “I’ll be ~ed!” he said. “That’s my wife and I’m supposed to be at a meeting!”, “Alamak!” katanya. “Itu isteri saya dan saya sepatutnya sedang dlm mesyuarat!”; “Well, I’ll be ~ed!” he exclaimed when he saw me in a tiny bikini, “Waduh!” katanya apabila dia melihat saya memakai bikini yg kecil sekali; /I’ll be, I’m/ ~ed if, (colloq) mampus [sso] tak: I’ll be ~ed if I have to apologise to that woman, mampus saya tak akan minta maaf kpd perempuan itu; will see so. /~ed, in hell/ first, (colloq) biar sso mampus: I’ll see him ~ed first before I let him marry my daughter, biar dia mampus, saya tdk akan membiarkannya kahwin dgn anak saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
explainvi & vt menerangkan, menjelaskan: the teacher ~ed the school rules to the new students, guru itu menerangkan peraturan-peraturan sekolah kpd murid-murid baru; please ~ to me what this notice means, tolong terangkan kpd saya apa maksud kenyataan ini; let me ~ how it happened, biar saya jelaskan bagaimana hal itu berlaku; that ~s her strange behaviour, itu menerangkan mengapa dia berkelakuan ganjil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas