Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.bir] | بيبير

Definisi : 1. salah satu drpd dua bahagian luar pinggir mulut; 2. tepi (cawan, mangkuk, dll): ~ belanga; ~ cawan; ~ sumur; ~ hutan; ~ jalan; ~ mata; ~ tabir; ~ telaga; 3. ki mulut, cakap (kata-kata dll): janji-janjinya hanya di ~ saja; ~ manis cakap manis; berat ~ = tebal ~ (tidak suka berkata-kata, pendiam), berat mulut; di ~ mata a) di tepi mata; b) di depan mata (dekat sekali); di ~ sahaja di mulut sahaja; panjang ~ suka bercakap-cakap (tentang keburukan orang dll); ~ saya bukan diretak panas prb kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta (benar sbg yg diramalkan); apa payahnya menawakkan (menaupkan) ~ atas bawah prb banyak janji, tetapi tidak ditepati; jadi buah ~ prb tidak lepas drpd sebutan orang; menghapus ~ prb a) orang yg sangat kecewa kerana tidak mendapat keuntungan yg diharapkannya (sebab terlalai); b)sampai ke perjamuan pd masa selesai; panjang ~ orang memperkatakan si polan prb tidak berhenti orang mempercakapkan si polan yg tidak baik; berbibir mempunyai bibir: ~ tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.bir] | بيبير

Definisi : 1 lapisan daging yg berisi pd tepi mulut dan dpt ditaup-taupkan: ~ atas bahagian tepi mulut sebelah atas; ~ bawah bahagian tepi mulut sebelah bawah. 2 bahagian tepi sesuatu yg menyerupai bibir manusia: ~ cawan bahagian tepi cawan; ~ telaga bahagian tepi telaga. 3 ki percakapan atau tutur kata seseorang: hanya di ~ saja hanya pd perkataan saja. berbibir mempunyai bibir: Bekas itu ~ lengkung dan bercorong (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibir

Puisi
 

Simpan sepatu jangan dibalut,
     Simpan sahaja di dalam peti;
Bertanam tebu di bibir mulut,
     Bertanam halia di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bertanam tebu di bibir.

Bermaksud :

Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
curl~ o’s lip, mengherotkan bibir: she ~ed her lip at the rather strange request, dia mengherotkan bibir mendengarkan permintaan yg agak ganjil itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brimn 1. rim, bibir: the liquid flowed over the ~ of his glass, cecair itu melimpahi bibir gelasnya; he filled the jug to the ~, dia mengisi jag itu hingga ke bibirnya; 2. projecting edge, tepi: a hat with a broad ~, topi yg bertepi lebar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
labialadj 1. (biol) labium; 2. (mus) bibir; 3. (phon) labial, bibir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
harelipn bibir sumbing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
labiumn labium, bibir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
labiodentaladj (phon) labiodental, bibir gigi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bilabialn bunyi /dua bibir, bilabial/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bilabialadj (phon) dua bibir, bilabial;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
labialn (phon) bunyi /labial, bibir/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cherryadj merah ceri: ~ lips, bibir yg merah ceri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas