Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.bit] | بيبيت

Definisi : 1. sesuatu utk disemai atau ditanam supaya menjadi tumbuh-tumbuhan, sesuatu yg akan membesar menjadi hidupan, benih (tanam-tanaman, ternakan): kacang itu sempat membiak ~ dlm masa beberapa bulan sahaja; padi ~ padi utk dijadikan benih; 2. sesuatu yg akan menyebabkan terjadinya atau timbulnya sesuatu, tanda-tanda permulaan sesuatu: kemiskinan dan kesengsaraan menjadi tanah semaian yg subur utk iblis dan syaitan menanamkan ~ kekufuran pd manusia; pergaulan mereka akhirnya menumbuhkan ~ kasih sayang yg tiada taranya; membibitkan menyebabkan timbul bibit (kasih sayang, cinta, dsb), menimbulkan, menerbitkan: pertemuan itu telah ~ kemesraan antara mereka berdua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.bit] | بيبيت

Definisi : ; membibit memegang (menjinjing) dgn jari: barang itu harus dibungkus dan diikat dgn sempurna supaya senang dibibit dan dibawa pulang; pembibit orang yg membibit sesuatu, pembimbit; ® bimbit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.bit] | بيبيت

Definisi : 1 anak pohon yg masih kecil dan masih dpt dipindah-pindahkan; semaian: Selepas empat puluh hari, ~ padi itu dipindahkan ke sawah. 2 benih yg akan dibiakkan: ~ kacang; ~ tembakau. 3 yg akan menimbulkan sesuatu: ~ kasih; ~ peperangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bi.bit] | بيبيت

Definisi : ; membibit membawa dgn jari; membimbit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibit


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
glimmeringn faint indication, bibit: we are beginning to see the first ~s of interest in the subject, kita baru nampak bibit-bibit awal minat thdp perkara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
germn 1. disease-causing micro-organism, kuman; 2. rudimentary form capable of becoming new organism, germa; 3. (fig) bibit: the ~ of an idea which changed academic thinking, bibit gagasan yg mengubah pemikiran ilmiah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dawnn 1. daybreak, (waktu) subuh: ~ is nearly here, hari sudah hampir subuh; they set off at ~, mereka bertolak pd waktu subuh; ~ chorus, kicauan unggas pd waktu subuh; at /the first streak, (the) break, the crack/ of ~, apabila fajar menyingsing; 2. beginning, birth, bermulanya; (of love) bibit; (of hope) sinar: the ~ of civilisation, bermulanya peradaban; the news brought a ~ of hope, berita itu membawa sinar harapan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas