Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lah] | بيله

Definisi : 1. kepingan buluh (kayu, rotan, dll) yg dibelah panjang dan tipis: layang-layang itu mempunyai alat pendengung yg dibuat drpd ~ kayu dan daun mengkuang; 2. benda yg menyerupai bilah buluh dll (pisau, keris, dll): ~ pisau itu terjatuh di atas tanah; 3. penjodoh bilangan bagi pisau (keris, pedang, dll): di atas baju itu terletak se~ parang yg sudah dijampi; umpama ~ atau lidi yg terselat pd dinding, dapat juga diambil akan cungkil gigi atau cungkil telinga prb orang yg bodoh atau daif sekalipun ada gunanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lah] | بيله

Definisi : 1 buluh atau kayu yg dibelah tipis dan panjang: Bidainya dibuat drpd ~ buluh. 2 benda yg menyerupai bilah buluh (spt mata pisau): Keris ini tidak berlok ~nya. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tipis dan panjang spt pisau, keris: Di dinding rumahnya, tersangkut dua ~ pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilah

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biduk upih pengayuh bilah.

Bermaksud :

Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
lathn strip of wood, bilah; as thin as a ~, kurus /macam lidi, melidi/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flat1n 1. level surface of land, tanah /pamah, datar/: the cattle are grazing on the ~s, lembu-lembu itu sedang meragut rumput di tanah datar; 2. flat surface or part, bahagian bilah [n] yg rata; (of oar) bilah; (of hand) tapak: the ~ of a sword, bahagian bilah pedang yg rata; 3. deflated tyre, tayar /pancit, kempis/; (due to low pressure) tayar kempis; 4. (mus) not flet;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
canen 1. stem, a. (of bamboo), (batang) buluh; b. (of rattan) rotan; c. (of sugar-cane), (batang) tebu; 2. see SUGAR-CANE; 3. strip, a. (of bamboo), (bilah) buluh; b. (of rattan), (bilah) rotan; 4. (attrib), (yg dibuat drpd) rotan: ~ chair, kerusi rotan; 5. walking-stick, tongkat; 6. rod used for beating, rotan; get the ~, kena rotan, dirotan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glintn 1. gleam, flash, kilauan: she was dazzled by the ~ of the sun on the windscreen, matanya silau krn kilauan cahaya matahari yg terkena pd cermin kereta; the ~ of a steel blade, kilauan bilah keluli; golden ~s in her hair, kilauan keemasan pd rambutnya; 2. gleam that expresses particular emotion, sinar: I knew my father was furious by the ~ in his eyes, saya tahu bapa berang dr sinar matanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas