Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1. ruang dlm rumah (bangunan dsb) yg bersekat dgn dinding dan berpintu, kamar: dia masuk ke dlm ~; 2. ruang yg tersekat, petak kecil; ~ jantung dua ruang pd bahagian bawah jantung utk mengedarkan darah dlm tubuh, ventrikel; ~ air = ~ mandi ruang tempat mandi (membuang air, membasuh dll); ~ baca(an) ruang di perpustakaan dll tempat membaca; ~ (ber)solek ruang tempat (pengantin dll) bersolek; ~ dapur ruang tempat memasak; ~ gelap ruang gelap tempat membuat (mencuci) gambar; ~ gerakan bilik tempat merencanakan sesuatu rancangan (pembangunan dll); ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb; ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan utk menyimpan wang atau barang berharga: peti keselamatan itu di ~ kebal syarikat kewangan itu; ~ kuliah ruang tempat memberi kuliah di universiti; ~ lokar bilik yg disediakan dgn lokar utk menyimpan barang peribadi, menyalin pakaian dsb, biasanya terdapat di pusat sukan, pusat pengajian dll; ~ makan ruang tempat makan; ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat di hospital sebelum dituntut oleh ahli waris utk dikebumikan dsb; ~ menanti = ~ menunggu bilik yg dikhaskan utk menunggu (giliran, kapal terbang, dsb) di sesuatu tempat (klinik, hospital, lapangan terbang, dsb); ~ pengawal bilik khas tempat petugas (polis, warden dsb) berkawal; ~ persalinan bilik kecil tempat menyalin pakaian; ~ rehat ruang tempat berehat; ~ tamu a) bilik di rumah yg dikhaskan utk tetamu beristirahat (tidur dsb); b) bilik di sesebuah institusi yg dikhaskan utk tetamu dan warga institusi berbincang dsb; c) bilik tempat tetamu menginap di hotel; ~ tidur ruang tempat tidur; berbilik mempunyai bilik, berkamar: rumah pangsa ~ dua; berbilik-bilik mempunyai banyak bilik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : Jw tepas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1 anyaman drpd bilah-bilah buluh (utk dinding dsb). 2 ruang yg diberi berdinding dlm rumah dsb. ~ air ruang tempat mandi-manda, membasuh dll. ~ dapur ruang dlm rumah tempat memasak. ~ gerakan ruang tempat merencanakan sesuatu rancangan pembangunan dsb. ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb. ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan sbg tempat menyimpan wang atau barang berharga. ~ kuliah ruang tempat memberi atau menerima kuliah di universiti dsb. ~ makan ruang khas tempat makan. ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat, di hospital, sebelum dituntut oleh waris utk urusan pengebumian. ~ tamu bilik yg dikhaskan utk tetamu di sesuatu tempat spt di rumah, di pejabat, dan di hotel. ~ tidur ruang tempat tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilik

Puisi
 

Ke bilik ke dapur,
     Gulai ayam pedas;
Itik yang bertelur,
     Ayam yang menetas.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
floorvt 1. construct a floor in, melantai: they have ~ed the rooms with teak, mereka telah melantai bilik-bilik itu dgn kayu jati; 2. knock to the floor, menumbangkan, menjatuhkan, merebahkan: he ~ed his opponent with one blow, dia menumbangkan lawannya dgn satu tumbukan; 3. (colloq) bewilder, (act.) membingungkan; (pass.) bingung, kebingungan: the question ~ed him, pertanyaan itu membingungkannya; I’m completely ~ed, saya betul-betul bingung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedroomn bilik tidur: ~ furniture, perabot bilik tidur; a ~ scene, babak bilik tidur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curtain~ off, separate with curtain, menabiri, menyekat dgn /tabir, tirai/: they ~ed off a part of the room and turned it into a dressing-room, mereka menabiri sebahagian bilik itu dan menjadikannya bilik bersalin pakaian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bathroomn 1. room containing bath, bilik /mandi, air/; 2. (euphem) lavatory, bilik air.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apartmentn 1. single room in a building, bilik; 2. (in pl) suite of rooms, bilik kediaman; the royal ~s, istana puri; 3. flat, pangsapuri; ~ /house, building/, rumah pangsa, pangsapuri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grand~ girl, Susan, Susan tu istimewa betul; 9. complete, full, [various translations]: ~ total, jumlah besar; the ~ result of their efforts, hasil keseluruhan usaha mereka; a ~ orchestra, orkestra lengkap; 10. (of person) admirable, noble, fine, dihormati: a ~ old man, orang tua yg dihormati; 11. main, principal, utama: the ~ ballroom, dewan tari-menari utama; the ~ staircase leading to the bedrooms, tangga utama menuju ke bilik-bilik tidur; 12. of great importance, penting; (of mistake) besar: the ~ decision we have to make, keputusan penting yg mesti kita buat; it was the ~ moment of his life, itulah saat penting dlm hidupnya; 13. (used in names of places, buildings, etc), [not translated]: the G~ Canyon, Grand Canyon;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accommodatevt 1. adjust, adapt, menyesuaikan: to ~ o’s views to those of o’s colleagues, menyesuaikan pandangan sso dgn pandangan rakan sejawat; to ~ os to new circumstances, menyesuaikan diri (sso) dgn keadaan baru; 2. a. provide (guest) esp with lodging, memberikan penginapan kpd: the hotel can ~ all the participants, hotel itu dapat memberikan penginapan kpd semua peserta; b. put into ( room(s) etc) menempatkan: the inmates are ~d in clean rooms, penghuni-penghuni itu ditempatkan di bilik-bilik yg bersih; 3. have space for, muat: a lift that can ~ twelve people, lif yg muat dua belas orang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
airinesn 1. breeziness, keadaan [sst] yg berangin: the ~ of the room makes it perfect for a children’s nursery, keadaan bilik yg berangin itu menjadikannya amat sesuai sbg bilik asuhan; 2. liveliness, gaiety, keriangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bright3. full of light, terang-benderang: the room was ~ with sunshine, bilik itu terang-benderang disinari matahari; 4. (of colour) vivid, terang: a ~ red dress, baju merah terang; the room was adorned with ~ flowers, bilik itu dihiasi bunga-bunga berwarna terang; 5. (of voice) distinct and clear, jelas, terang; 6. (of eyes) bersinar; 7. radiant, berseri: her face was ~ with happiness, mukanya berseri krn gembira; 8. happy, cheerful, riang, ria, gembira: a ~, friendly girl, gadis yg riang dan ramah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guardroomn /bilik, rumah/ pengawal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas