Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.sa] | بيسا

Definisi : 1. bahan beracun yg terdapat pd sesetengah jenis binatang (spt ular, kala, labah-labah, dsb), yg dipindahkan kpd mangsanya dgn cara mematuk (menggigit, menyengat, dsb); 2. kesan yg menyebabkan kesakitan yg amat sangat (drpd senjata spt keris, tombak, peluru, dsb): ~ keris Taming Sari; 3. kesan yg menyakitkan atau membahayakan yg diakibatkan oleh benda-benda tajam (spt paku, kuku, taring, buluh, dsb): ~ paku berkarat; 4. terlalu sakit sehingga tidak tertahan (bkn sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dsb): aduh, ~nya penyakitku ini! 5. ki menyakitkan hati atau perasaan (bkn kata-kata), pedas: mulutnya memang ~; ~ kawi kekuatan ghaib (spt tulah dsb) yg menimpa orang kerana melanggar adat dsb; adakah hilang ~ ular menyusup di bawah akar prb orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri; alah ~ tegal biasa prb bahaya hilang kerana kebiasaan; pisau senjata tiada ~, ~ lagi mulut manusia prb lebih sakit lagi dilukai dgn kata-kata drpd dgn senjata;berbisa mengandungi bisa;kebisaan kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sa] | بيسا

Definisi : Id boleh, dapat, mungkin: tenaga masih ~ dipergunakan; saya ~ melanjutkan sekolah; ~ jadi; mana ~ kita menang;sebisanya sedapat-dapatnya;kebisaan kesanggupan, kecekapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sa] | بيسا

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar katup-katup, akar memali, Sphenodesma triflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sa] | بيسا

Definisi : 1 zat racun yg terdapat pd binatang dll dan dpt mencederakan atau dpt mematikan benda-benda hidup: Ular itu ditangkap dan kemudian dikeluarkan ~nya. 2 ki sesuatu yg buruk yg dpt merosakkan akhlak dsb: Pengaruh budaya kuning spt itu hanya akan menjadi ~ kpd masyarakat kita. 3 dpt mendatangkan mudarat atau dpt menimbulkan rasa sakit yg amat sangat: Aduh! ~ sungguh duri ini. 4 ki dpt menyakiti perasaan (ttg kata-kata); pedas; kesat: Budak perempuan yg kurus itu memang ~ mulutnya. berbisa 1 mempunyai zat racun: ular ~. 2 ki ada sesuatu unsur jahat dan dpt merosakkan atau menjerumuskan orang lain: Mulutnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bi.sa] | بيسا

Definisi : tidak ada halangannya; dpt melaksanakan sesuatu; mampu; dapat: Saya ~ melanjutkan pelajaran saya hingga ke peringkat universiti dgn perbelanjaan sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisa

Puisi
 

Encik Isa anak Palembang,
     Dari Patani lalu ke Kelantan;
Sekalian bisa lagi kubuang,
     Inikan pula bisa di badan.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Tiada hilang bisa ular dek menyusur akar.

Bermaksud :

Tiada hilang martabat seorang yang mulia kerana merendahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
deadlyadj 1. fatal, lethal, (boleh) membawa maut: the poison of the taipan is ~, bisa ular taipan boleh membawa maut; a ~ disease, penyakit yg boleh membawa maut; 2. implacable, a. (of enemy, foe) ketat: ~ enemies, musuh ketat; b. (of feeling) meluap-luap: ~ hatred, kebencian yg meluap-luap; ~ vengeance, dendam kesumat; 3. with aim to kill, destroy, bermati-matian: to be locked in ~ combat, terlibat dlm pertarungan bermati-matian; 4. deathlike, a. (of paleness, pallor) spt mayat: a ~ paleness spread over her features, wajahnya beransur-ansur pucat spt mayat; b. (of silence) sepi; c. (of stillness) sesepi-sepinya; 5. excessive, sangat: he was in ~ haste to leave town, dia sangat tergesa-gesa hendak meninggalkan bandar itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
antidoten 1. penawar; (med) penawar racun, antidot: an ~ for snake bite, antidot utk bisa ular; 2. (fig.) antidot; (of emotional suffering) penawar; an ~ to apathy, antidot kpd sikap acuh tak acuh; ~ to indolence, ubat penyakit malas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
actvi 1. take action, bertindak: the association called on the government to ~ quickly, persatuan itu menggesa kerajaan supaya bertindak segera; 2. have an effect, bertindak: snake venom ~s on the nervous system, bisa ular bertindak atas sistem saraf; 3. perform (in film, play, etc) berlakon: Hitchcock usually ~s in his own films, Hitchcock biasanya berlakon dlm filem-filem arahannya sendiri; 4. function, berfungsi; (of brake) makan: the pump is not ~ing as it should, pam itu tdk berfungsi dgn sempurna; the fuse ~s as a switch, fius itu berfungsi sbg suis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas