Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahan beracun yg terdapat pd sesetengah jenis binatang (spt ular, kala, labah-labah, dsb), yg dipindahkan kpd mangsanya dgn cara mematuk (menggigit, menyengat, dsb); 2. kesan yg menyebabkan kesakitan yg amat sangat (drpd senjata spt keris, tombak, peluru, dsb): ~ keris Taming Sari; 3. kesan yg menyakitkan atau membahayakan yg diakibatkan oleh benda-benda tajam (spt paku, kuku, taring, buluh, dsb): ~ paku berkarat; 4. terlalu sakit sehingga tidak tertahan (bkn sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dsb): aduh, ~nya penyakitku ini! 5. ki menyakitkan hati atau perasaan (bkn kata-kata), pedas: mulutnya memang ~; ~ kawi kekuatan ghaib (spt tulah dsb) yg menimpa orang kerana melanggar adat dsb; adakah hilang ~ ular menyusup di bawah akar prb orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri; alah ~ tegal biasa prb bahaya hilang kerana kebiasaan; pisau senjata tiada ~, ~ lagi mulut manusia prb lebih sakit lagi dilukai dgn kata-kata drpd dgn senjata;berbisa mengandungi bisa;kebisaan kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 zat racun yg terdapat pd binatang dll dan dpt mencederakan atau dpt mematikan benda-benda hidup: Ular itu ditangkap dan kemudian dikeluarkan ~nya. 2 ki sesuatu yg buruk yg dpt merosakkan akhlak dsb: Pengaruh budaya kuning spt itu hanya akan menjadi ~ kpd masyarakat kita. 3 dpt mendatangkan mudarat atau dpt menimbulkan rasa sakit yg amat sangat: Aduh! ~ sungguh duri ini. 4 ki dpt menyakiti perasaan (ttg kata-kata); pedas; kesat: Budak perempuan yg kurus itu memang ~ mulutnya. berbisa 1 mempunyai zat racun: ular ~. 2 ki ada sesuatu unsur jahat dan dpt merosakkan atau menjerumuskan orang lain: Mulutnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisa I

Puisi
 

Encik Isa anak Palembang,
     Dari Patani lalu ke Kelantan;
Sekalian bisa lagi kubuang,
     Inikan pula bisa di badan.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Alah bisa,
     oleh (= kerana,
tegal) biasa.

Bermaksud :

Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
deadly<i>adji> 1. <i>fatal, lethal,i> (boleh) membawa maut: <i>the poison of the taipan is ~,i> bisa ular taipan boleh membawa maut; <i>a ~ disease,i> penyakit yg boleh membawa maut; 2. <i>implacable,i> a. (<i>of enemy, foei>) ketat: <i>~ enemies,i> musuh ketat; b. (<i>of feelingi>) meluap-luap: <i>~ hatred,i> kebencian yg meluap-luap; ~ vengeance, dendam kesumat; 3. <i>with aim to kill, destroy,i> bermati-matian: <i>to be locked in ~ combat,i> terlibat dlm pertarungan bermati-matian; 4. <i>deathlike,i> a. (<i>of paleness, pallori>) spt mayat: <i>a ~ paleness spread over her features,i> wajahnya beransur-ansur pucat spt mayat; b. (<i>of silencei>) sepi; c. (<i>of stillnessi>) sesepi-sepinya; 5. <i>excessive,i> sangat: <i>he was in ~ haste to leave town,i> dia sangat tergesa-gesa hendak meninggalkan bandar itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
antidote<i>ni> 1. penawar; (<i>medi>) penawar racun, antidot: <i>an ~ for snake bite,i> antidot utk bisa ular; 2. (<i>fig.i>) antidot; (<i>of emotional sufferingi>) penawar; <i>an ~ to apathy,i> antidot kpd sikap acuh tak acuh; ~ to indolence, ubat penyakit malas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
act<i>vii> 1. <i>take action,i> bertindak: <i>the association called on the government to ~ quickly,i> persatuan itu menggesa kerajaan supaya bertindak segera; 2. <i>have an effect,i> bertindak: <i>snake venom ~s on the nervous system,i> bisa ular bertindak atas sistem saraf; 3. <i>perform (in film, play, etc)i> berlakon: <i>Hitchcock usually ~s in his own films,i> Hitchcock biasanya berlakon dlm filem-filem arahannya sendiri; 4. <i>function,i> berfungsi; (<i>of brakei>) makan: <i>the pump is not ~ing as it should,i> pam itu tdk berfungsi dgn sempurna; <i>the fuse ~s as a switch,i> fius itu berfungsi sbg suis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas