Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.us] | بيوس

Definisi : 1. = ubat ~ sj ubat yg boleh melalikan atau membuat seseorang tidak sedar diri (pengsan dsb): macam orang telah kena ~; 2. keadaan tidak sedar diri (kerana dibius): sedar drpd ~; membius menyebabkan berasa lali atau tidak sedar dgn memberi ubat bius: ~ pesakit supaya tidak sedar;kebiusan 1. perihal bius (tidak sedar); 2. menjadi tidak sedar kerana dibius; pembiusan perihal (proses, perbuatan, dsb) membius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.us] | بيوس

Definisi : keadaan tidak sedar, spt ketika pengsan: Dia baru sedar drpd ~. ubat ~ ubat utk membuat orang tidak khabarkan diri: Sebelum dibedah, pesakit itu akan diberi ubat ~ terlebih dahulu. membius membuat orang tidak sedar dgn memberinya ubat bius: Sebelum pembedahan dilakukan, doktor telah ~ pesakitnya dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bius


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
anaesthetistn pakar /anestesia, bius/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas