Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buang] | بواڠ

Definisi : ; ~ air besar bh berak; ~ air kecil bh kencing; ~ angin keluarnya angin biasanya berbau busuk dr perut melalui dubur, kentut; ~ kerja hukuman memberhentikan atau memecat seseorang drpd kerja atau jawatannya; ~ negeri (daerah) hukuman yg dikenakan ke atas seseorang dgn memaksanya keluar dr sesebuah negara (daerah) bagi tempoh tertentu atau selama-lamanya; hukuman ~ hukuman pengasingan (ke tempat yg jauh dan terasing); membuang 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; membuangkan membuang utk orang lain; terbuang 1. sudah dibuang; 2. sia-sia, tidak berguna; terbuang-buang tersia-sia;buangan 1. sesuatu yg dibuang (sampah dll);2. (orang) yg dibuang (dihukum buang); 3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri: kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dlm ~; kerajaan ~ kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); pembuangan 1. perihal membuang(kan); 2. tempat membuang (sampah dll); 3. tempat hukuman (orang yg dihukum buang);pembuang orang yg membuang sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buang] | بواڠ

Definisi : ; ~ air besar berak. ~ air darah disenteri. ~ air kecil kencing. ~ daerah (negeri) hukuman mengeluarkan seseorang dr daerah (negeri) asal dan tidak dibenarkan pulang kerana melakukan kesalahan. ~-~ air cirit-birit. membuang 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. ~ adat tidak mengendahkan adat. ~ baka merosakkan nama baik keluarga. ~ belakang melarikan diri. ~ diri mengasingkan diri ke tempat yg jauh. ~ kerja menghentikan seseorang drpd sesuatu pekerjaan. ~ masa tidak menggunakan masa dgn membuat sesuatu yg berguna; mensia-siakan masa. ~ mata (pandang) melayangkan pandangan. ~ mulut mengatakan sesuatu tidak dgn terus terang. ~ sial melakukan sesuatu supaya tidak ditimpa sial. ~ tangan mengayunkan tangan ketika berjalan. ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; mengundi. membuangkan membuang utk orang lain. pembuangan perbuatan atau hal membuang: Pengumpulan dan ~ sampah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buang

Puisi
 

Kalau nak hujan hujan sekali,
     Boleh saya bertudung kain;
Nak buang buang sekali,
     Boleh saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Kain lama dicampak buang,
     kain baru pula dicari.

Bermaksud :

Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dumpn 1. place for depositing waste material, tempat buang (sampah): a ~ for industrial rubbish, tempat buang sisa-sisa kilang; he took a load of old newspapers to the rubbish ~, dia membawa timbunan surat khabar lama ke tempat buang sampah; 2. temporary store for ammunition, weapons or other military supplies, kawasan simpanan: ammunition ~, kawasan simpanan amunisi; 3. (colloq & derog) place that is dirty and ugly, kandang (babi): I refuse to live in this ~, saya tdk ingin tinggal di kandang babi ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goof~ /off, around/, membuang-buang /masa, waktu/: they spent half the day ~ing around, mereka menghabiskan separuh hari itu membuang-buang masa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disposableadj 1. that can be disposed of after use, pakai buang: ~ nappy, napkin pakai buang; 2. vailable for use, boleh guna: ~ assets, aset boleh guna; ~ income, pendapatan boleh guna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hang~ / about, around /, (colloq) a. stand or loiter about, membuang-buang waktu, melepak-lepak: many young people can be seen ~ing around shopping complexes, ramai anak muda kelihatan membuang-buang waktu di kompleks beli-belah; b. dawdle, berlengah-lengah: don’t ~ about, we’re already late, jangan berlengah-lengah, kita sudah terlambat; c. stay close to, mengekori: there are always people ~ing around him, sentiasa ada orang yg mengekorinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bowel movementn 1. defecation, buang air besar; 2. faeces, najis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
expulsionn pemecatan; (from school, college, etc) tindakan buang /sekolah, maktab, dll/; (from o’s country) pengusiran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call~ of duty, panggilan tugas; ~ of nature, (euphem) buang air; have first ~ on (st), /mendapat, diberikan/ keutamaan atas (sst); on ~, bertugas atas keperluan; pay so. a ~, pay a ~ on so., mengunjungi sso; within ~, dlm jarak sepemanggil, berhampiran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
banishvt 1. expel from a country, exile, buang negeri: the rebels were ~ed, pemberontak-pemberontak itu dibuang negeri; 2. send away, expel, mengusir, menghalau: the king ~ed the prince from the palace, raja mengusir putera itu dr istana; 3. dispel, dismiss, meluputkan, menghilangkan, melenyapkan: to ~ fear, meluputkan perasaan takut; to ~ st from o’s mind, meluputkan sst dr ingatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dumping groundn 1. place where rubbish is left, tempat buang sampah; 2. repository, tempat buangan: our department is the ~ for dead wood, jabatan kami menjadi tempat buangan kayu mati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dawdle~ away; ~ away o’s life, menyia-nyiakan hidup sso; ~ away o’s time, membuang(-buang) masa; ~ (the whole afternoon etc) away, membuang masa (sepanjang petang dsb);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas