Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buas] | بواس

Definisi : 1. ganas, galak: binatang yg ~; 2. bengis, kejam, zalim: hatta sekali persetua pencuri terlalu ~ dlm negeri Melaka; 3. tidak terkawal: utk memuaskan nafsu ~;membuas mengganas, berlaku bengis: perompak-perompak sangat ~ pd masa ini;kebuasan kebengisan, keganasan, kezaliman: menahan nafsu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buas] | بواس

Definisi : tidak diternak atau tidak dipelihara (ttg binatang); liar lagi ganas: Dahulunya binatang ~ spt harimau, gajah banyak di kawasan ini. membuas berlaku buas; berbuat bengis dan aniaya; berlaku bengis: Pengganas-pengganas semakin ~ di kawasan sempadan Malaysia-Thai. kebuasan keadaan atau sifat buas; keganasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buas


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
honeysucklen /buas-buas, bebuas/ bukit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hooliganismn tindakan buas: football ~ has spread to Asian countries, tindakan buas semasa pertandingan bola sepak telah merebak ke negara-negara Asia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hooligann budak /jahat, nakal, buas/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas