Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.da/] | بودق

Definisi : 1. anak, kanak-kanak: ~ sekolah; 2. hamba sahaya, pembantu rumah, abdi, amah, jongos: janganlah kauperlakukan aku sbg ~mu; ~ belian hamba yg diperoleh dgn membeli; ~ dalam hamba istana; ~ kundang biduanda; ~ pejabat penyelenggara pejabat, peon; ~ raja budak (orang) suruhan raja; ~ suruhan budak yg disuruh-suruh; ~ tanggung orang yg belum dewasa tetapi tidak juga muda; bagai ~ sapu hingus prb dikatakan kpd orang yg beroleh malu dlm sesuatu majlis; membekali ~ lari prb dua kali rugi; budak-budak kanak-kanak: macam ~ merajuk kena pujuk; bukan ~ makan pisang prb bukan orang yg dapat dipermain-mainkan (diperdayakan); berbudak sl bersama budak: maka Sultan Mahmud Shah pun pergi dua ~, kitab baginda sendiri membawa dia; dua ~ berdua dgn seorang budak; berbudak-budakan, kebudak-budakan, kebudakan spt budak-budak (kelakuan dll), keanak-anakan: maka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan; membudak bk memperhambakan diri, mengabdikan, menjadi hamba sahaya: dgn keadaanku sekarang ini belum perlu aku ~ kpd orang; membudakkan, memperbudak memperhambakan, menjadikan hamba, memperlakukan spt hamba: dia bukan spt kita, dia tidak diperbudak wang;memperbudak-budakkan memperlakukan seseorang spt budak-budak (yg dianggap masih mentah, tidak berpengalaman dsb): skuad pelapis bola sepak Pasukan A berjaya ~ Pasukan B dlm pertandingan itu; dia terasa dirinya diperbudak-budakkan oleh sekumpulan pelajar senior; perbudakan perihal budak (hamba), perihal dibudakkan (diperbudak): engkau telah terlepas drpd kongkongan ~;pembudakan perihal (perbuatan) membudak(kan): ~ orang yg lemah oleh yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.da/] | بودق

Definisi : 1 = budak-budak manusia yg belum dewasa (biasanya berumur bawah 17 tahun); kanak-kanak: Tukul takal di balik rakit, ~ nakal kuat bersakit. 2 orang yg bekerja di rumah orang lain; orang suruhan; jongos: Aku bukan ~ kamu, jangan disuruh aku ke sana ke mari. ~ belian hamba yg dibeli drpd orang lain. ~ dalam hamba dlm istana. ~ pejabat orang yg menjadi suruhan di pejabat-pejabat. ~ raja hamba raja. ~ suruhan orang yg disuruh-suruh. kebudak-budakan spt budak-budak kelakuannya; keanak-anakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budak

Puisi
 

Ayun tajak buailah tajak,
     Tajak datang dari Jawa;
Ayun budak buailah budak,
     Budak biasa tidur di riba.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Budak-budak makan pisang.

Bermaksud :

Masih mentah dalam segala hal.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
juvenileadj 1. characteristic of young person, kebudak-budakan, spt budak-budak: ~ appearance, wajah spt budak-budak; ~ behaviour, perangai yg kebudak-budakan; 2. suitable for young person, utk budak-budak: ~ story books, buku cerita utk budak-budak; 3. for young person, budak-budak, juvenil: ~ court, mahkamah juvenil; 4. involving young people, dilakukan oleh budak-budak, juvenil: the sudden increase in ~ crime, pertambahan jenayah yg dilakukan oleh budak-budak yg mendadak; 5. childish, silly, kebudak-budakan; (of person), (berkelakuan) spt budak-budak, kebudak-budakan: how do you put up with his ~ jokes?, bagaimana kamu tahan mendengar jenakanya yg kebudak-budakan itu?; ~ pranks, seloroh yg kebudak-budakan; he can be so ~ sometimes, kadang-kadang dia spt budak-budak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
freeadv 1. in an uncontrolled way, (dgn) bebas: the children ran ~ in the garden, budak-budak itu berlari bebas di taman; 2. without charge, dgn percuma: children under six travel ~ on buses, budak-budak bawah enam tahun naik bas dgn percuma;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boyhoodn masa budak-budak(nya): his ~ was unhappy, masa budak-budaknya, dia tdk bahagia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
juvenilen budak-budak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kiddie , kiddyn (sl) budak-budak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cruddle~ up, berpelukan: the children ~d up and fell asleep, budak-budak itu berpelukan lalu terlena; ~ up to, melendeh pd: the child ~d up to his mother, budak itu melendeh pd ibunya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gibberishn meraban: the children were talking ~, budak-budak itu cakap meraban.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frolicn bermain-main: the boys were having a ~ in the pool, budak-budak itu sedang bermain-main di kolam renang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dirtyvt mengotorkan: the children dirtied the carpet with their muddy feet, budak-budak itu mengotorkan permaidani dgn kaki mereka yg berlumpur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bullyvi & vt mengerasi, membuli: he bullied the smaller boys, dia mengerasi budak-budak yg lebih kecil; to ~ so. into doing st, mengerasi sso supaya membuat sst.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas