Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.mi] | بومي

Definisi : 1. planet tempat kita tinggal, yg ketiga jauhnya dr matahari, dunia: edaran ~ yg mengakibatkan angin tergelencong; bulan mengedari ~; 2. permukaan bumi, tanah: mereka hidup di ~ Melaka; ~ berputar, zaman beredar a) masa berjalan terus; b) keadaan selalu berubah menurut masa; B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak; ilmu ~ Id ilmu alam; di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami; ~ mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan); bagai ~ dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll); biar pecah perut, ~ merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu; jadi ~ langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya; sebesar-besar ~, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;membumi ark mendiami salah satu tempat;membumikan (Fiz) memasukkan (dawai elektrik dll) ke dlm bumi;mengebumikan menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.mi] | بومي

Definisi : 1 dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2 tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1 menetap di sesuatu tempat. 2 menuju ke bumi. 3 masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumi

Puisi
 

Tetak buluh dibuat pagar,
     Mari diikat dengan rotan;
Gunung runtuh bumi bergegar,
     Gempa tidak kiamat pun bukan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bumi mana yang tidak kena hujan?

Bermaksud :

Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
earthn 1. (planet) bumi: the ~ revolves round the sun, bumi beredar mengelilingi matahari; 2. material world, dunia, muka bumi: our life on this ~ is brief, hidup kita di dunia ini singkat sahaja; 3. ground, bumi: the plane nosedived and crashed to the ~, kapal terbang itu menjunam lalu terhempas ke bumi; 4. soil, tanah: to fill a pot with ~, mengisi pasu dgn tanah; 5. animal hole, lubang (tempat tinggal binatang); 6. (electr) litar bumi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ground 1 n 1. land surface, tanah, bumi: the bomb hit the ~ and exploded, bom itu jatuh ke tanah lalu meletup; he was hanging from a tree branch and his feet didn’t touch the ~, dia tergantung di dahan pokok dan kakinya tdk mencecah bumi; ~ - to - air missile, luncuran bumi ke udara; above ~, permukaan /tanah, bumi/; below (the) ~, bawah tanah; 2. soil, earth, tanah: the ~ was too hard for him to dig, tanah itu terlalu keras utk digalinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earthquaken gempa bumi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
land-formn bentuk bumi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ground speedn laju bumi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ground platen plat bumi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ground loopn gelung bumi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ground-icen ais bumi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ground covern penutup bumi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cover cropn tanaman penutup bumi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas