Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ru/] | بوروق

Definisi : 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik: Zaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya; kalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong; 2. tidak baik, jahat: perangai yg ~; pendedahan yg menyingkap tujuan ~ mereka; 3. tidak menyenangkan, merosot: ekonomi yg semakin ~; ~ ambil salah terima, menganggap kurang baik; ~ hati jahat (hati); ~ laku tidak baik kelakuan; ~ makan lahap, rakus; ~ mulut kasar mulut; ~ perut a) banyak makan; b) mudah kena sakit; ~ pok Kl, Tr buruk sekali; ~ sangka salah sangka (terima); ~ siku a) sudah memberi sesuatu kpd orang tetapi mengambilnya balik; b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang; ~ muka, cermin dibelah prb kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kpd orang lain; ~ perahu ~ pangkalan prb tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja); ~ tak tahu akan hinanya prb tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; ~-~ (bak) embacang prb pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pd orang yg elok rupa sahaja; biar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati prb pakaian yg elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dgn budi bahasa yg halus; tiada ~ yg tiada elok prb orang yg berselisih itu akan berbaik juga; tiada elok yg tak ~ prb orang yg berbaik-baik itu akan berselisih juga; berburuk, berburuk-buruk bermusuhan, berselisihan; memburuk menjadi buruk (busuk dll): sekarang dia terpisah drpd golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;memburukkan 1. menjadikan buruk (busuk dll): hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu; 2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca: lekas sekali tuduhan datang ~ Ida; mereka telah menggunakan isu-isu yg berunsur negatif dgn tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;keburukan 1. kekurangan, kelemahan, kepincangan: berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar; 2. hal yg tidak baik (tentang orang atau sesuatu): ~ orang yg telah meninggal, terkubur dgn jasadnya; bercerita tentang ~ keluarga sendiri; pemburukan perihal memburukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ru/] | بوروق

Definisi : 1 tidak elok lagi atau rosak kerana sudah lama: Mereka tinggal di sebuah pondok ~ di hujung kampung itu. 2 tidak cantik; hodoh: Seorang perempuan tua yg ~ datang meminta pertolongan kpdnya. 3 tidak menyenangkan; tidak elok atau tidak baik (bkn perangai atau tingkah laku): Kelakuannya ~ sekali. ~ hati jahat hatinya. ~ laku tidak baik kelakuannya. ~ makan makan dgn banyaknya serta gelojoh. ~ mulut kasar perkataannya. ~ sangka menyangka yg bukan-bukan. ~ siku mengambil balik apa-apa yg telah diberikan kpd orang. memburukkan 1 menyebabkan menjadi buruk: Air hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu. 2 mengatakan atau menganggap buruk; mengata-ngatai: Ia telah dipecat dr parti kerana ~ nama ketua partinya dlm akhbar. keburukan keadaan atau sifat buruk: Kalau kita sendiri menceritakan ~ keluarga kita, kita pun akan mendapat malu juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruk

Puisi
 

Kain buruk sangkut di kandang,
     Bawa pula basah ke paya;
Saya buruk jangan dipandang,
     Bagai anjing buruk kepala.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Umpama kayu buruk: buruk di panas,
     reput di hujan.

Bermaksud :

Nasib malang yang tak dapat dielakkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
darkdo not look at the ~ side of things, jangan pandang kpd yg buruk-buruk; keep st ~,merahsiakan sst: he kept his plans ~, dia merahsiakan rancangan-rancangannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
badadj 1. very unsatisfactory, buruk, tdk baik: ~ working conditions, keadaan kerja yg buruk; a ~ essay, karangan yg buruk; the treatment was ~, layanan yg diberikan buruk; a ~ performance by the company, prestasi yg buruk oleh syarikat itu; 2. unfavourable, unpleasant, buruk: a ~ dream, mimpi yg buruk; ~ effects, kesan-kesan buruk; a ~ experience, pengalaman buruk; a ~ influence, pengaruh buruk; I have ~ news for you, saya ada berita buruk utk kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
badit’s a ~ omen, itu alamat buruk; ~ weather, cuaca (yg) buruk; 3. serious, severe, a. (of occurrence) buruk, dahsyat: a ~ flood, keadaan banjir yg buruk; there have been several ~ accidents at this junction, telah berlaku beberapa kemalangan buruk di simpang ini; a ~ forest fire, kebakaran hutan yg dahsyat; b. (of illness) teruk: he has a ~ cold, dia mendapat selesema yg teruk; c. (of wound, injury) parah, teruk: a ~ cut on the forehead, luka parah di dahi; d. (of error) besar, buruk: a ~ mistake, kesilapan besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assumevt 1. take for granted, menganggap, membuat anggapan: we ~d him to have no knowledge of the matter, kami menganggap dia tdk mengetahui apa-apa ttg perkara itu; a man who always ~s the worst, seorang yg selalu menganggap yg buruk-buruk sahaja; assuming that, katakanlah, seandainya: assuming that we win the elections, when will the cabinet be announce, katakanlah kita memenangi pilihanraya ini, bilakah kabinet akan diisytiharkan?; 2. believe, think, kira: I ~ she’s at home, saya kira dia di rumah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illn 1. evil, sst yg buruk: if any ~ should befall him..., sekiranya sst yg buruk menimpanya...; I do not wish him ~, saya tdk meminta sst yg buruk berlaku kepadanya; 2. misfortune, difficulty, kecelakaan, bencana: the people blamed him for all the ~s that fell upon the country, rakyat menyalahkannya atas segala kecelakaan yg menimpa negara itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deterioratevi merosot, menjadi /semakin, bertambah/ buruk; (of weather) menjadi /semakin, bertambah/ buruk; (of thing) menjadi rosak: the economic situation is deteriorating, kedudukan ekonomi semakin merosot; the weather ~ed towards the end of the week, cuaca menjadi bertambah buruk menjelang hujung minggu; grain ~s with age, bijirin menjadi rosak apabila disimpan lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disreputen; bring /so., st/ into ~, menyebabkan /sso, sst/ mendapat nama buruk: his scandalous behaviour has brought the family into ~, kelakuannya yg mengejutkan itu menyebabkan keluarganya mendapat nama buruk; fall into ~, mendapat nama buruk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beastlyadj 1. unpleasant, disagreeable, buruk, dahsyat: what ~ weather, buruk betul cuaca hari ini; 2. unkind, mean, jahat: he’s so ~, dia jahat betul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disreputableadj 1. having bad reputation, mempunyai reputasi buruk: ~ hotels, hotel-hotel yg mempunyai reputasi buruk; 2. not respectable, tdk senonoh; (of clothes, appearance) selekeh: ~ - looking women who sat around the bar, perempuan-perempuan yg kelihatan tdk senonoh yg duduk di bar itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exacerbatevt (fml) aggravate, (act.) membuat [sst] bertambah /buruk, teruk/; (pass.) bertambah /buruk, teruk/: the treatment seemed to ~ the disease, rawatan itu membuat penyakit itu bertambah teruk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas