Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penya­kit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap); ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-­kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; mencacing sangat kurus (badan); cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat panjang atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm tanah dan ada yg hidup dlm tubuh manusia dll). ~ benang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan atau padang pasir. ~ gelang(-gelang) cacing yg hidup dlm usus manusia, Ascaris lumbricoides. ~ kerawit cacing yg hidup dlm usus manusia atau binatang.~ pita (pipih) cacing pipih berwarna kelabu yg hidup dlm usus binatang atau dlm usus manusia, Taenia spp.. ~ rambu cacing yg halus-halus. ~ tanah cacing bulat panjang yg hidup di dlm tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacing

Puisi
 

Gali cacing di Kampung Cina,
     Pergi mengail keruh airnya;
Timbang dacing kena sukatnya,
     Baru berniaga boleh lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai cacing kena air panas.

Bermaksud :

Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan, b. Seperti cacing kepanasan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hookwormn cacing kerawit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earthwormn cacing tanah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bladderwormn cacing pundi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
horsehair wormn cacing bulu kuda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hookworm diseasen penyakit cacing kerawit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invertedadj & n invertebrat: a worm is an ~, cacing ialah invertebrat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
baitn (lit. & fig.) umpan: to use worms as ~, menggunakan cacing sbg umpan; she was used as ~ to trap the kidnappers, dia digunakan sbg umpan utk memerangkap penculik itu; /rise to, swallow/ the ~, memakan umpan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burrowvt 1. dig, make, membuat, mengorek: holes ~ed by earthworms, lubang yg dibuat oleh cacing tanah; 2. press, menyembamkan: the little girl ~ed her grubby face into his shoulder, kanak-kanak itu menyembamkan mukanya yg comot ke bahu lelaki itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adultadj dewasa: ~ citizens, warganegara dewasa; books for ~ reading, buku-buku utk bacaan dewasa; an ~ worm, cacing dewasa; ~ education, pendidikan dewasa; to take an ~ attitude towards a problem, mengambil sikap dewasa thdp sst masalah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
baitvt 1. put bait on, in (st) membubuh umpan /pd, di dlm/: to ~ a hook with worms, membubuh umpan cacing pd mata kail; to ~ a mousetrap, membubuh umpan di dlm perangkap tikus; 2. torment, tease (person) menyeksa jiwa: the older students ~ed the new ones unmercifully, penuntut lama menyeksa jiwa penuntut baru tanpa belas kasihan; 3. harrass (chained animal) with dogs, menyeksa: the dogs were let loose to ~ the chained bear, anjing-anjing itu dilepaskan utk menyeksa beruang yg dirantai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas