Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendawan

Puisi
 

Kembang cendawan di tengah padang,
     Tempat Cik Siti memacu kuda;
Pada bulan baik bintang,
     Sungguhpun kecil selalu ada.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cry-babyn cendawan kelmemeh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inedibleadj tdk boleh dimakan: ~ mushrooms, cendawan yg tdk boleh dimakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counciln 1. (UK) local authority, (of a town) majlis perbandaran; (of borough, county, district) majlis daerah; (with modifier) majlis: the ~ threatened to pull down the squatter huts that had sprouted out on the outskirts of the city, majlis perbandaran mengugut akan merobohkan rumah-rumah setinggan yg tumbuh bagai cendawan di pinggir bandar; are you still on the ~, adakah kamu masih menjadi ahli Majlis Perbandaran; ~ flat, rumah pangsa majlis perbandaran; town ~, majlis perbandaran; local ~, majlis tempatan; city ~, dewan bandar raya; 2. group of people elected or appointed to make decisions, rules, etc, majlis: the UN Security C~, Majlis Keselamatan PBB; student ~, majlis pelajar: a ~ of elders, majlis orang tua-tua.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas