Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ri.ta] | چريتا

Definisi : 1. kisah, riwayat (mengenai sesuatu peristiwa, kejadian, dll): masing-masing termenung mendengarkan ~nya; 2. karangan atau lakonan yg mengisahkan peristiwa (kejadian dll) baik rekaan atau betul-betul terjadi: ~ dlm buku itu sangat menyedihkan; 3. ki cakap kosong, kata-kata yg tiada kebenarannya: ah, itu cuma ~ saja! ~ berbingkai cerita yg mempunyai banyak cerita lain spt hikayat Bakhtiar dll; ~ binatang cerita rekaan bkn binatang (spt cerita Sang Kancil dll); ~ jenaka a) cerita yg menggelikan hati; b) (Sas) cerita rakyat yg menggelikan hati, mis Pak Pandir dan Abu Nawas; ~ pendek cerita yg pendek (tetapi memben­tangkan sesuatu kisah yg lengkap), cerpen; ~ rakyat cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; ~ rekaan cerita tentang sesuatu perkara yg lahir hasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya, cereka; ~ tamsilan cerita kiasan yg mengan­dungi ajaran (biasanya binatang menjadi pelakunya); dengarkan ~ burung, anak di pangku dilepaskan prb kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disia­siakan; bercerita mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual: mereka asyik ~ tentang hal-hal yg aku tidak mengerti; ~ panjang ki menyatakan isi hati; menceritai bercerita kpd: aku diceritai mamak perkara itu; menceritakan 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; ceritaan Jk cerita; penceritaan perihal menceritakan: cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa; pencerita orang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ri.ta] | چريتا

Definisi : 1 pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2 karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu per­kara: ~ Abu Nawas. 3 lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4 apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu ~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. ~ rakyat cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm se­suatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. ~ rekaan cerita ttg sesuatu perkara yg terhasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya; cereka. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. pencerita­an hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerita

Puisi
 

Hari minggu pergi ke panggung,
     Dengar cerita anak dewa;
Hati rindu tidak tertanggung,
     Kalau tidak mati menjadi gila.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Dagangan bersambut yang dijualnya.

Bermaksud :

Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bedtimen waktu tidur: ~ stories, cerita-cerita waktu tidur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bawdyadj /lucah, cabul/ serta lucu: ~ stories, cerita-cerita yg lucah serta lucu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
funnyadj 1. causing amusement, comical, lucu, melucukan, menggelikan hati: ~ stories, cerita-cerita lucu; he looked so ~, dia kelihatan begitu lucu; 2. peculiar, strange, ganjil, aneh, pelik: a ~ thing happened to me today, satu hal aneh terjadi pd saya hari ini; he has a ~ attitude towards women, dia bersikap ganjil thdp perempuan; 3. (colloq) slightly unwell, tak sedap: I felt ~ after the drink, saya rasa tak sedap selepas minum.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
allurecvt (act.) memikat, menggoda; (pass.) terpikat, tergoda, tertawan: fables of mermaids alluring sailors to destruction, cerita-cerita dongeng yg mengisahkan bagaimana ikan duyung memikat pelaut ke arah kemusnahan; to be ~d by promises, terpikat dgn janji-janji;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bundle(be) a ~ of nerves, resah gelisah, kelesah; go a ~ on, (sl) suka: to go a ~ on horror movies, suka cerita-cerita seram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ghostn 1. spirit of dead person, (regarded as benevolent) roh; (regarded as malevolent) hantu: the ~ of Hamlet’s father appeared before him, roh bapa Hamlet menjelma di hadapannya; ~ stories, cerita-cerita hantu; 2. (liter.) faint trace, bayangan: the ~ of a smile, bayangan senyuman; haven’t (got) the ~ of a chance, (colloq) tak ada can langsung: you haven’t the ~ of a chance of marrying her, kamu tak ada can langsung utk kahwin dgn dia; 3. see GHOST-WRITER;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fablen 1. story with moral, fabel /dongeng, cerita/ /ibarat, teladan/, cerita tamsilan: the ~ of the hare and the tortoise, dongeng teladan arnab dgn kura-kura; 2. legend, (cerita) dongeng, legenda; (about mythical characters) dongeng dewata: ~s of Greek gods and heroes, dongeng ttg dewa-dewa dan pahlawan-pahlawan Yunani; 3. myths and legends collectively, fabel; 4. false story or account, dongeng, rekaan: to separate fact from ~, memisahkan fakta drpd dongeng; all that story about him is a complete ~, segala cerita mengenainya itu ialah rekaan semata-mata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fairy story, fairy-talen 1. story about fairies, giants, etc, cerita pari-pari: Grimm’s Fairy Tales, Cerita Pari-Pari Grimm; 2. unbelievable, untrue story, cerita dongeng.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fairy-taleadj spt dlm cerita dewa-dewi: a ~ romance, kisah percintaan spt dlm cerita dewa-dewi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goharga lebih drpd $1,000; 16. blend, harmonize, cocok, sesuai, padan: this white blouse doesn’t ~ with my skirt, blaus putih ini tdk cocok dgn skirt saya; 17. be sent for consideration, dikemukakan: this issue will ~ direct to the board, isu ini akan dikemukakan langsung kpd pihak lembaga; 18. also ~ about, make a practice of, suka, selalu: don’t ~ spreading lies about us, jangan suka menyebarkan cerita-cerita palsu ttg kami; the gardener ~es about frightening children with his horror stories, tukang kebun selalu menakut-nakutkan budak-budak itu dgn cerita seramnya; 19. proceed, berjalan: the meeting went well, mesyuarat itu berjalan dgn lancar; 20. be, exist in certain condition, [not translated]: to ~ hungry, berlapar; to ~ unnoticed, tdk dihiraukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas