Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.min] | چرمين

Definisi : 1. = ~ muka kaca (biasanya dicat dgn raksa dll di bahagian belakangnya) utk melihat rupa muka sendiri, kaca muka: ia menggantungkan ~ itu di dlm bilik tidur; 2. kaca, gelas: ia menjengah-jengahkan mukanya ke tempat lauk-pauk yg dilingkungi ~ tebal; 3. ki = ~ perbandingan sesuatu yg dijadikan contoh (pelajaran, teladan) utk diikuti dll: tingkah laku seseorang guru itu menjadi ~ bagi murid-murid; 4. ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keada­an lahir atau batin (spt perasaan, fikiran, dll): sastera ialah ~ masyarakat tempat ia diciptakan; ~ bantal cermin kecil pd bantal seraga; ~ cekung cermin yg melengkung ke dlm; ~ cembung cermin yg melengkung ke luar spt bahagian luar bola; ~ mata kaca mata; ~ melengkung cermin yg cekung (cembung); ~ pembesar kanta yg digunakan utk melihat sesuatu dgn lebih besar; ~ penghidupan se­suatu yg boleh menjadi contoh (teladan, pe­lajaran) utk hidup; ~ sisi cermin yg dipasang­kan pd sisi kanan atau pd kedua-dua sisi kenderaan (utk membolehkan pemandunya melihat kenderaan yg datang dr belakang); ~ tangan cermin kecil yg mempunyai tangkai pemegang; ~ telinga Id alat utk melihat dlm telinga; ~ terus sl cermin yg digunakan oleh tukang tilik (jurutenung) utk mengetahui atau meramalkan sesuatu; ~ wasiat cermin yg sakti atau hikmat; buruk muka ~ dibelah prb kerana kesalahan sendiri, orang lain yg dipersalahkan; bercermin 1. melihat muka sendiri dlm cermin (air jernih dll): ia memakai pakaian sambil ~; 2. memakai cermin, ada cerminnya, berkaca: almari pakaian biasanya ~; ~ mata memakai cermin mata; 3. ki mengambil teladan (contoh, pelajaran): kenapa kita mesti ~ kpd orang jahat; 4. ki meneliti, memeriksa; ~ bangkai mendapat (menanggung) malu; jangan ~ di air keruh prb jangan diturut teladan yg buruk; mencermini melihat pd cermin (supaya dapat melihat muka sendiri dll): bukan dicermini mukanya dahulu; mencerminkan membayangkan sesuatu yg lahir atau batin (spt sesuatu keadaan, per­golakan, perasaan, sikap, dll), menggam­barkan: akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina; muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dll; mempe(r)cermin 1. menggunakan sesuatu sbg cermin; 2. = mempercerminkan selalu melihat (menyaksikan): hatinya telah kian renggang drpd nafsu kpd wang berbilang, kpd pangkat kehormatan yg selalu dipercerminkan drpd Tuan Direktornya; tercermin tergambar, terbayang: drpd ciptaan seninya yg bersungguh-sungguh itu, ~lah seluruh pergolakan jiwanya; cerminan gambaran, bayangan: ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sbg ~ setengah-setengah manusia; pencerminan perihal mencerminkan: begitu juga karyanya lebih mementingkan unsur ~ sosial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.min] | چرمين

Definisi : ; ~ batu sj tumbuhan (herba), Pentasacme caudatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.min] | چرمين

Definisi : 1. sj ikan laut, caping, sagai, Caranx carangus; 2. sj ikan laut, betek, rambai, Caranx armatus; 3. sj ikan laut, ebek, rambai landih, sagai, Caranx gallus (Alectis indica). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.min] | چرمين

Definisi : 1 = ~ muka kaca yg diguna­kan utk melihat bayang diri sendiri; kaca muka: Ia membawa bedak, sisir dan ~ kecil dlm begnya. 2 benda keras yg mudah pecah dan biasanya jernih, lejas atau lesam dan dpt digunakan utk membuat penutup tingkap dsb; gelas; kaca: Bilik pegawai itu berdindingkan ~. 3 = ~ mata kaca yg diberi berbingkai dan dipakai utk menambah daya penglihatan dsb; kaca mata. 4 ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keadaan sesuatu: Sastera ialah ~ masyarakat pd sesuatu zaman. ~ cekung cermin yg melengkung ke dalam. ~ cembung cermin yg melengkung ke luar. ~ seraga cermin yg dipasang pd bantal seraga. bercermin 1 melihat bayang diri sendiri dlm cermin. 2 memakai cermin; ada cermin pdnya; mempunyai cermin: Almari itu ~. ~ bangkai ki mendapat malu. mencerminkan membayangkan se­suatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. tercermin terbayang; tergambar: Pergolakan jiwanya ~ dlm lukisannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cer.min] | چرمين

Definisi : beberapa jenis ikan laut, Caranx spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermin

Puisi
 

Bawa tombak bawa cermin,
     Sapu tangan simpul pulih;
Nampak bayang dalam cermin,
     Hendak dibawa tidak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Datar bak lantai papan,
     licin bak dinding cermin.

Bermaksud :

Keputusan yang sangat adil.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
illusionn 1. false appearance or interpretation of sensuous impression, [various translations]; (tech) ilusi: the clever arrangement of mirrors gives an ~ of space to the narrow hall, cermin-cermin yg diatur dgn baik menyebabkan dewan yg sempit seolah-olah kelihatan luas; when they had travelled another mile or so, they realized that the lake had been an optical ~, setelah berjalan lebih kurang sebatu dua, mereka sedar bahawa tasik itu hanyalah maya; the world as we conceive it may be an ~, dunia yg ita gambarkan ini mungkin sebuah ilusi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gentledahan menyentuh cermin tingkap; give so. a ~ /push, nudge, etc/, /menolak, menyigung, dll/ sso dgn perlahan: she gave her friend a ~ nudge with her elbow, dia menyigung kawannya dgn perlahan; 4. mild, a. (of wind, breeze) sepoi-sepoi (bahasa); b. (of rain) renyai(-renyai); 5. not steep, landai: ~ slopes, cerun yg landai; 6. not severe, not hurtful, lembut: his ~ criticism of the book was welcomed, kritikannya yg lembut thdp buku itu dialu-alukan; even a ~ reproach makes her cry, teguran lembut sekali pun membuat dia menangis; ~ teasing, usikan lembut; 7. slow, moderate, perlahan: she cooked the rice over a ~ fire, dia memasak nasi di atas api yg perlahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eyeglassn /kaca mata, cermin mata/ satu kanta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dark glassesn /kaca, cermin/ mata hitam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
handglassn mirror with handle, cermin tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glassesn 1. spectacles, /cermin, kaca/ mata; 2. binoculars, teropong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brokenadj 1. shattered, pecah: a ~ windscreen, cermin depan yg pecah; a ~ cup, cawan yg pecah; a piece of ~ /glass, metal, etc/, serpihan /kaca, logam, dll/; 2. severed, putus: the detectives examined the ~ rope, mata-mata gelap memeriksa tali yg putus itu; a ~ light beam, alur cahaya yg putus; he tried to repair their broken relationship, dia mencuba memulihkan hubungan mereka yg putus; 3. snapped, fractured, patah: a badly ~ arm, tangan yg patah teruk; one of the table’s legs is ~, salah satu drpd kaki meja itu patah; the gardener cleared away the ~ branches, tukang kebun itu membuang ranting-ranting yg patah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ice~ up, /diliputi, dilitupi/ ais: the windscreen of the car has ~d up, cermin hadapan kereta itu diliputi ais;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fogvi also ~ up, berkabus, berkabut: the windscreen has ~ged up, cermin depan itu sudah berkabut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glassn 1. hard, transparent substance, kaca: a fruit bowl made of ~, mangkuk buah-buahan yg dibuat drpd kaca; 2. st made of glass, a. (drinking vessel) gelas; b. (mirror) cermin, kaca muka; c. (barometer) barometer: the ~ is falling, barometer itu menurun; 3. contents of a glass, gelas: I’ll have another ~ of whisky, please, tolong beri saya segelas wiski lagi; 4. glassware collectively, barang(-barang) kaca: all the ~ and china has been put away, semua barang kaca dan tembikar itu telah disimpan; 5. protective cover, cermin: when he broke the ~ of the display case an alarm went off, apabila dia memecahkan cermin almari kaca itu, penggera berbunyi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas