Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.rah] | چوره

Definisi : ; mencurah 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; mencurah-curah 1. mengalir dgn deras, banyak dan dlm tempoh yg agak lama: hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; 2. ki datang dgn banyaknya dan tidak putus-­putus: mudah-mudahan ia beroleh rezeki yg ~; mencurahi 1. mencucuri, menyirami (me­nyimbahi, menumpahi) dgn banyaknya: hujan lebat ~ seluruh negeri; 2. ki memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak: Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat; mencurahkan 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpah­kan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak-­banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyumbangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertum­pah: bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~; curahan 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; pencurahan perihal atau perbuatan mencu­rahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.rah] | چوره

Definisi : ; mencurah 1 mengalir dgn banyaknya serta deras: Hujan yg ~ turun sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air. 2 ki datang atau terdapat dgn banyaknya: Apabila Israel mengalami kekalahan di tangan Arab, bantuan dr Amerika Syarikat ~ tiba. mencurahi 1 mencurah di atau pd dgn banyaknya; menyirami; menum­pahi: Hujan lebat ~ sawah dan ladang. 2 ki mengurniai atau memberi seseorang banyak-banyak: Moga-moga Tuhan akan ~ kamu dgn rahmat. mencurahkan 1 menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-ba­nyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. tercurah tertumpu; tertumpah: Segala kasih sayangnya ~ kpd anak tunggalnya. curahan apa-apa yg dicurahkan atau yg tercurah. pencurahan perbuatan (hal dsb) mencurahi atau mencurahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curah


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pourvi 1. rain heavily, turun mencurah-curah: you can’t go out, it’s ~ing, kamu tdk boleh keluar, hujan sedang turun mencurah-curah; ~ring with rain, hujan turun mencurah-curah; 2. flow copiously, a. (of liquid) mengalir mencurah, mencurah keluar: oil ~ed from the broken pipeline, minyak mencurah keluar dr paip yg pecah itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
torrentialadj mencurah-curah: ~ rain, hujan yg turun mencurah-curah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
teemingadj turun mencurah-curah: the ~ rain, hujan yg turun mencurah-curah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
torrentin ~s, mencurah-curah: the rain fell in ~s, hujan turun mencurah-curah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
teem2adj turun mencurah-curah: the ~ rain, hujan yg turun mencurah-curah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
piss~ down, [hujan] turun mencurah-curah: it has been ~ing down for hours, hujan turun mencurah-curah selama beberapa jam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sluice vi often ~ /away, out/, mencurah-curah keluar: the water ~d out when the gates opened, air mencurah-curah keluar apabila pintu air dibuka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
teem2vi; ~ /down, with/, turun mencurah-curah: it was ~ing with rain as we drove home, hujan turun mencurah-curah semasa kami memandu pulang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beat~ against, a. (of rain) memukul(i); (if heavy) mencurah-curah memukul(i): the heavy rain was ~ing against the window panes, hujan lebat mencurah-curah memukuli kaca tingkap; b. (of waves) memukul(i), melanda, /menghempas, mendampar, membanting/ ke, membalun: the waves ~ against the shore, ombak menghempas ke pantai; ~ st against, memukulkan, memukul-mukulkan sst /ke, pd /: he tried to remove the dirt by ~ing the sack against the wall, dia mencuba membuang habuk dr karung itu dgn memukul-mukulkannya ke dinding;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spate n series, sudden rush, rangkai(an), mencurah-curah; (words, curse, etc) melemparkan: after the review there was a ~ of orders for the new book, selepas ulasan buku itu diadakan, terdapat pesanan yg datang mencurah-curah utk buku itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas