Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.hu.lu] | دهولو

Definisi : 1. yg telah lepas (berlalu), yg telah lam­pau, yg lalu: beberapa hari ~; tiga tahun ~; zaman ~ (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; 2. pd masa (waktu) yg telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya: ~ dia berkhidmat dgn kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank; ~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang; 3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika: kita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi; berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; 4. lebih awal (drpd sesuatu), sebelum; ~ drpd itu sebelum itu; kelmarin ~ hari sebelum kelmarin, dua hari yg lalu; 5. (yg) paling depan, di hadapan sekali: dia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; 6. paling awal, pertama sekali (lebih awal drpd yg lain): dia yg sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yg kedua pula sampai; berdahuluan, berdahulu-dahuluan, da­hulu-­mendahului berkejar atau ber­lumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak itu ~ ke ribanya;mendahului 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;mendahulukan 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus di­dahulukan drpd kerja sendiri; 2. mem­berikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; terdahulu 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: sete­ngah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan;kedahuluan 1. perihal terdahulu; 2. Jk di­dahului, terlambat, terlewat;keterdahuluan perihal terdahulu: ~ Allah atas alam; pendahuluan 1. permulaan; kata ~ kete­rangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;pendahulu 1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.hu.lu] | دهولو

Definisi : 1 masa yg telah lalu: ~, orang tidak menggunakan elektrik. 2 mula-mula dilakukan atau dibuat: Berfikirlah ~ sebelum menjawab. 3 di hadapan: Abangnya berjalan ~, kemudian adiknya. mendahului 1 mencapai sesuatu matlamat lebih awal: Dlm perlumbaan itu, Ahmad telah ~ Ibrahim. 2 berada di hadapan: Ketika berjalan-jalan di pesta itu, Ana ~ kedua-dua ibu bapanya. mendahulukan 1 membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: Ia ~ kerja-kerja pejabat drpd kerja-kerja rumah. 2 memberi keutamaan kpd: Mereka telah ~ orang-orang susah dlm menyampaikan derma itu. terdahulu lebih awal: Dia pergi ke sekolah ~ drpd saya. pendahuluan permulaan: bayaran ~ bayaran yg awal sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahulu

Puisi
 

Dari dahulu cermin cina,
     Sampai sekarang patah kakinya;
Dari dahulu tuan punya,
     Sampai sekarang lain gantinya.


Lihat selanjutnya...(109)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
formeradj 1. olden, dahulu, dulu, silam: the costumes of ~ days, pakaian masa dahulu; in ~ times, pd zaman dahulu; 2. of the past, dahulu, dulu: he will never regain his ~ power, dia tdk mungkin mendapat kembali kuasanya yg dahulu; be o’s ~ self, spt diri sso /dahulu, dulu/: she is certainly not her ~ self, dia tdk spt dirinya dahulu; 3. having been at a previous time, bekas: he is a ~ pupil of mine, dia bekas murid saya; his ~ wife, bekas isterinya; 4. first mentioned of two, pertama, awal: in the ~ case, dlm hal pertama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agoadv yg /lalu, lepas/, dahulu; (ref to a longer period) dahulu, yg /lampau, lalu/: a few minutes ~, beberapa minit yg lalu; some weeks ~, beberapa minggu yg lalu; about seven or eight years ~, kira-kira tujuh atau lapan tahun yg lampau; /a moment, a short while/ ~, sebentar tadi; long ~, a. long since, pd suatu masa /yg lampau, dahulu/: it happened long ~, peristiwa itu berlaku pd suatu masa yg lampau; b. in bygone days, pd zaman dahulu, dahulu kala; not long ~, tdk berapa lama dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beforehandadv 1. in anticipation, (ter)lebih dahulu: you ought to have told me all this ~, sepatutnya saudara sudah memberitahu saya semua ini terlebih dahulu; please let us know your plans ~, harap beritahu kami rancangan tuan lebih dahulu; 2. (in reference to payment) dahulu: they paid him ~, mereka membayar gaji kepadanya dahulu; be ~ with (st), awal + approp v (sst): she is always ~ with the rent, dia selalu awal membayar sewa; 3. early, awal: to come an hour ~, datang satu jam awal; it’s a good thing to be ~ with your packing, baiklah berkemas-kemas awal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beforeadv 1. in the past, previously, dahulu, dulu: he’s now a businessman, but I don’t know what he was ~, sekarang dia ahli perniagaan tetapi saya tdk tahu apa pekerjaannya dahulu; that incident happened long ~, kejadian itu berlaku lama dahulu; 2. in advance, (ter)lebih dahulu: he wasn’t surprised at the news because he’d been told about it ~, dia tdk terperanjat mendengar berita itu krn dia sudah diberitahu tentangnya lebih dahulu; 3. earlier (than the time spoken of or referred to) sebelum itu:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
formerlyadv dahulu(nya), dulu(nya): he was ~ wealthy, dahulu dia kaya-raya; Kota Kinabalu, ~ Jesselton, is the capital of Sabah, Kota Kinabalu, dulunya Jesselton, ialah ibu negeri Sabah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
before 5. (rare) ahead, dahulu, dulu: go ~, pergi dahulu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
head firstadv kepala dahulu: he fell ~ out of the car, dia jatuh kepala dahulu dr kereta itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foreknowledgen prior knowledge, pengetahuan lebih dahulu; have ~ of st, mengetahui sst lebih dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
erstwhileadj (fml & old-fashioned) dahulu:my ~ companions, teman-teman saya dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ ahead, a. proceed first, pergi dahulu: the group leader went ahead to survey the area, ketua kumpulan itu pergi dahulu utk meninjau kawasan itu; b. proceed without interruption, teruskan: if you want to take the risk, ~ ahead, jika kamu mahu menghadapi risikonya, teruskan; c. take action on o’s own, pergi: you can ~ ahead and report me to the police, kamu boleh pergi dan membuat aduan ttg saya kpd polis; d. progress, maju; (of work) berjalan: if a person wants to ~ ahead he must be prepared to work hard, jika hendak maju seseorang mestilah bersedia utk bekerja kuat; work on the bridge is ~ing ahead, kerja-kerja membina jambatan sedang berjalan; e. continue with journey, meneruskan perjalanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas