Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.lam] | دالم

Definisi : 1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauh­nya) ke tengah dr tepi atau pinggir se­suatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ mak­na­nya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasuk­kan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg ber­kaitan dgn atau terbatas pd ling­kungan se­suatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ ke­luarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian seleng­kapnya: baju ~; seluar ~; ~ ber­selam, dang­kal (cetek) berjingkat (ber­timba) prb berpada dgn yg sedikit; sedalam mencapai dalam atau sehingga dalam­nya (sebagaimana yg dinyatakan): di­galinya lubang ~ kira-kira dua meter;sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;berdalam-dalam makin menjadi dalam (me­rebak, meluas, dsb), menjadi-jadi; mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan ter­perinci dgn mempelajari (mengkaji, menye­lidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadi­kan lebih sempurna atau terperinci (penge­tahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya;mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = mem­per­dalam ki menjadikan lebih dalam (pela­jaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan pro­fesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran pro­fesion;dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg di­andaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam;pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpe­ngaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;pendalaman perihal mendalamkan, tindak­an (proses dll) mendalamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi; ~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; ~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lam] | دالم

Definisi : sl istana, kawasan istana raja; bahasa ~ bahasa yg digunakan di kalangan raja atau golongan istana (spt beradu, santap, dll); budak ~ pesuruh raja; kedalaman sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; bahasa ~ bahasa kehormatan utk raja-raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1 bahagian atau ruang di balik bahagian yg di luar: Rumah itu ~nya sangat bersih. 2 kedudukan sesuatu tempat yg terpisah oleh jarak tertentu dr tepi; tengah: Semakin ke ~ dia pergi, semakin banyak dia menemukan rotan yg baik-baik. 3 batin: Orang itu kelihatan baik, tetapi ~nya siapa yg tahu. ~ talian ist 1 keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama komputer. 2 perihal bolehnya pengguna berinteraksi secara langsung dgn menggunakan komputer. ~ tangan sudah tentu dpt. dalaman 1 isi perut (spt hempedal, hati, paru-paru). 2 berkaitan dgn sesuatu pihak, organisasi itu sendiri: urusan ~. pedalaman daerah yg jauh (di darat) dr pantai atau dr bandar: Padi huma banyak ditanam di ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1 mengenai; tentang; berkenaan dgn: Dia memang pakar ~ hal itu. 2 selama masa tertentu; pd waktu tertentu: ~ masa dua jam lagi, ia akan sampai. 3 di kalangan; di antara: ~ mereka yg ramai itu, ada yg pandai bermain piano. 4 mengalami; ditimpa: Para nelayan ~ keadaan susah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.lam] | دالم

Definisi : 1 jauh ke bawah dr permukaan: Perigi itu sangat ~. Lukanya agak ~. 2 ki penuh atau berisi (ttg ilmu): Beruntunglah orang yg berguru dgn seseorang yg ~ ilmunya. 3 ki hingga ke lubuk hati (ttg cinta, penderitaan dll): Kasih ibu terhadap anaknya sangat ~. 4 tidak mudah difahami: Yg diperkatakannya itu mempunyai erti yg ~. mendalam 1 bertambah dalam; menjadi dalam: Lukanya kian ~ kerana tidak diubati. 2 teliti (sempurna, luas dll): Pengetahuannya ttg sastera Melayu sungguh ~. 3 lebih melarat (penyakit); lebih dalam, kuat, kukuh (bkn perasaan): Perasaan bencinya terhadap bangsa asing sungguh ~. mendalami berusaha supaya mengetahui (memahami, mengerti) dgn teliti atau dalam: Beliau ingin ~ bidang pertanian. Dia mencuba ~ hati kawannya itu. mendalamkan 1 menjadikan dalam: Kuli itu sedang ~ parit di tepi jalan. 2 meluaskan atau mengkaji dgn teliti ttg sesuatu ilmu: Dia pergi ke London utk ~ pengetahuannya dlm bidang perubatan. memperdalam 1 menjadikan lebih dalam: Orang-orang kampung bergotong-royong ~ telaga itu. 2 berusaha supaya mengetahui (memahami) dgn lebih teliti: Dia ~ ilmu yg dipelajarinya itu. kedalaman keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. pendalaman perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(394)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
advisedlyadv setelah berfikir /dalam-dalam, masak-masak, panjang/: he stayed away from the meeting ~ , setelah berfikir dalam-dalam dia tdk menghadiri pertemuan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contemplatevi berfikir dalam-dalam, bertafakur: I never have time to sit and ~, saya tdk pernah ada masa utk duduk dan bertafakur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contemplationn 1. act of, a. (gazing upon intently) merenung; b. (meditating) bertafakur, berfikir dalam-dalam; 2. deep thought, bertafakur; in ~, bertafakur: he sat in deep ~ in front of the fire, dia duduk bertafakur di hadapan perapian itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cap~ in hand, dgn rendah hati; if the ~ fits (wear it), siapa makan /cili, cabai/ dialah yg berasa pedas; put o’s thinking ~ on, berfikir dalam-dalam; set o’s ~ at so., mencuba /memikat, menawan hati/ sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insideadv 1. in the inside, di dalam: he’s ~, working on a model plane, dia di dalam, sedang memasang kapal terbang model; it’s cooler ~, lebih sejuk di dalam; is there anything ~?, ada apa-apa di dalam?; 2. to the inside, ke dalam: I was told to go ~, saya disuruh masuk ke dalam; the coat is worn with the fur ~, bahagian kot yg berbulu dipakai di dalam; /come, get/ ~, masuk (ke dalam); invite so. ~, mempelawa sso /masuk (ke dalam), ke dalam/; 3. (sl) in prison, (di) dalam jel: he’s ~ for pulling a bank job, dia dalam jel krn merompak bank; 4. by nature, hati: she looks so gentle, but ~, she’s as hard as nails, dia nampak saja lembut, tetapi hatinya keras bagai batu; 5. (describing how one feels) dalam hati (sso): I always felt ~ that I did not belong, dalam hati, saya selalu merasakan bahawa tempat saya bukan di sini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bottommostadj 1. at the very bottom, paling bawah, bawah sekali: the ~ part, bahagian yg paling bawah; the ~ step, anak tangga yg paling bawah; 2. deepest, paling dalam, dalam sekali; 3. most fundamental, paling asas: the ~ problems facing the nation, masalah paling asas yg dihadapi oleh negara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inb. (indic subject, activity) dalam: an interest ~ photography, minat dalam bidang seni foto; recent advances ~ machine translation, kemajuan terbaru dalam lapangan terjemahan berkomputer; a degree ~ political science, ijazah dalam bidang sains politik; 20. (indic medium of communication) dalam: the letter is written ~ Tagalog, surat itu ditulis dalam bahasa Tagalog; he spoke to me ~ Javane, dia bercakap dgn saya dalam bahasa Jawa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
consideredadj (of person) dihormati; (of person’s work etc) dipandang tinggi: a highly ~ statesman, negarawan yg sangat dihormati; her ceramic creations are well ~ both at home and abroad, ciptaan seramiknya dipandang tinggi di dalam dan di luar negeri; all things ~, pd keseluruhannya: all things ~, the fete was a success, pd keseluruhannya, jualan bazar itu berjaya; be o’s ~ opinion, setelah berfikir dalam-dalam sso berpendapat: it is my ~ opinion that you should retire from politics, setelah berfikir dalam-dalam, saya berpendapat kamu patut bersara drpd politik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inneradj 1. inside, interior, sebelah dalam; (of ear) dalam: an ~ courtyard, laman sebelah dalam; the door leading to the ~ office was locked, pintu masuk ke pejabat sebelah dalam berkunci; the cupboard has an ~ compartment, almari itu mempunyai ruang sebelah dalam; an infection in the ~ ear, jangkitan pd telinga dalam; 2. central part of, bahagian tengah: an office in ~ Sydney, pejabat di bahagian tengah Sydney; 3. (of meaning) obscure, tersirat, terselindung, tersembunyi: was there an ~ meaning to that remark?, apakah ada maksud yg tersirat dlm kata-kata itu?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
in11. being included as part of, can be found in, dalam: there are sixty seconds ~ a minute, ada enam puluh saat dalam satu minit; the Prime Minister mentioned it ~ his speech, Perdana Menteri menyentuh perkara itu dalam ucapannya; the third word ~ the sentence, perkataan ketiga dalam ayat itu; he read it ~ the papers, dia membacanya dalam surat habar; 12. (ref to so., st that is part of a group of persons or things) dalam: they stood ~ the queue for over an hour, mereka berdiri dalam barisan lebih drpd satu jam; there are three linguists ~ this faculty, ada tiga orang ahli bahasa dalam fakulti ini; the position of the artist ~ society, kedudukan seniman dalam masyarakat; the best ~ its class, yg paling baik dalam kelasnya; ants live ~ colonies, semut hidup dalam koloni;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas