Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.mai] | داماي

Definisi : 1. tidak berperang atau serang-me­nyerang (bkn perhubungan antara negara, puak dll), tidak bermusuhan atau berselisihan (bkn perhubungan antara manusia); hidup (aman) ~ hidup dlm keadaan yg bebas drpd permusuhan (perselisihan, pertikaian, dsb); menyelesaikan sesuatu secara ~ menye­lesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dsb); keadaan ~ keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, perteling­kahan, dsb); rundingan ~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yg bertelingkah) yg bertujuan mewujudkan keadaan damai; 2. berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak ber­seteru); menyorong ~ (minta) berbaik semula; 3. tenteram, tenang (bkn suasana, keadaan, perasaan, dsb): waktu telah larut malam baru terdapat suasana ~; malam begitu ~;berdamai 1. berbaik semula (tidak lagi ber­gaduh, berperang, bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. ber­muafakat, berunding: mengenai sewa rumah, kita boleh ~; harga ~ harga yg boleh dirun­dingkan;mendamaikan, memperdamaikan 1. mem­­­baik­kan dua pihak (negara dsb) dgn me­namatkan atau menyelesaikan perselisihan dsb, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yg bermusuhan (berperang, ber­telingkah, berselisihan, dsb): Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dgn Malaysia; 2. membincangkan atau merundingkan utk men­capai persetujuan: sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;kedamaian 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang;perdamaian perihal (keadaan) berdamai: rundingan yg akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yg bersengketa dan sering bertempur itu;pendamaian perihal (usaha dsb) men­da­maikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dll): kongres ~ sedunia itu berjalan dgn meriah;pendamai orang (negara, pihak) yg men­damaikan atau berusaha utk mendamaikan: Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sbg ~ dlm sengketa Malaysia dgn Indonesia; jaksa ~ orang yg dilantik utk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.mai] | داماي

Definisi : 1 tidak berperang atau tidak bermusuh-musuhan dll; aman: Rakyat Malaysia hidup dgn aman ~. 2 tenteram dan tenang (bkn suasana): Di ibu kota, sukar terdapat suasana ~. berdamai 1 berbaik semula (selepas berperang, bergaduh dll): Kedua-dua belah pihak yg berperang itu telah ~. 2 bermuafakat; berunding: Mengenai pembinaan surau itu, kita boleh ~. mendamaikan menjadikan damai. memperdamaikan membaikkan semula dua pihak yg bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dll); menjadikan berdamai: Dia mencuba ~ orang-orang Israel dgn orang-orang Palestin. kedamaian keadaan damai; keamanan; ketenteraman. perdamaian hal atau perbuatan berdamai: ~ itu dicapai setelah usaha banyak dilaksanakan. pendamaian penyelesaian drpd keadaan bermusuh-musuhan (berperang dll); usaha (perbuatan) mendamaikan. pendamai orang yg mendamaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damai

Peribahasa

Di mana kelintung berbunyi,
     di situ kerbau tinggal diam.

Bermaksud :

Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
halcyonadj 1. calm and peaceful, tenang dan damai: ~ days of summer, hari-hari yg tenang dan damai pd musim panas; 2. happy, carefree, gembira dan menyenangkan: he still recalled the ~ days of his youth, dia masih ingat hari-hari remajanya yg gembira dan menyenangkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
languorn 1. physical, mental weariness, kelesuan: the drug induced a strange ~ in him, ubat itu menimbulkan kelesuan yg aneh pd dirinya; 2. feeling of peacefulness, (rasa) damai: a feeling of ~ crept over me, rasa damai menjalar ke seluruh tubuhku; 3. stillness, heaviness, kekakuan: the ~ of a tropical evening, kekakuan di waktu senja tropika.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disbandvt cause to break up, membubarkan: the army was ~ed after the peace treaty was signed, pasukan tentera itu telah dibubarkan selepas perjanjian damai ditandatangani.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakawaya ~ in electricity supply, terputusnya bekalan elektrik; b. (in negotiation etc) kegagalan: the ~ of the peace talks between the countries, kegagalan rundingan damai antara negara-negara tersebut; 3. also nervous ~, gangguan /jiwa, saraf/: many students have nervous ~s, banyak penuntut yg diserang gangguan jiwa; 4. classification, huraian, analisis: he prepared a ~ of the expenditure, dia menyediakan huraian ttg perbelanjaan itu; 5. (chem) analisis, penguraian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dove1n 1. (bird), (burung) merpati; (as symbol of peace) merpati putih; 2. (polit) person who favours peace, pencinta damai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coexistvi 1. exist together at the same time, place, wujud bersama: nations that have ~ed for centuries, negara-negara yg telah wujud bersama berkurun-kurun lamanya; 2. exist together in peace, wujud bersama dgn aman damai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bring~ st about, a. (gen.) menyebabkan; (st of adverse nature) mengakibatkan, menyebabkan: his carelessness brought about the accident, kecuaiannya mengakibatkan berlakunya kemalangan itu; b. (settlement) mencapai: they hope to ~ about a peaceful settlement soon, mereka berharap dapat mencapai penyelesaian secara damai tdk lama lagi; c. (charge) membawa; (with modal such as “must’, “would have”, etc) dibuat: these changes will have to be brought about to enable us to keep up with our competitors, perubahan-perubahan ini mesti dibuat utk membolehkan kita menandingi pesaing kita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
harmonyn 1. pleasing consistency, keharmonian: the ~ of colour and design, keharmonian antara warna dgn corak; the ~ of voices, keharmonian suara; 2. friendly relations, understanding, keharmonian: racial ~, keharmonian kaum; /work, live/ in ~, /bekerja, hidup/ dgn /harmoni, rukun damai/; 3. (mus) harmoni;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
developmentc. (unfolding) perkembangan; d. (improving value of, as by building) pembangunan, pemajuan: many companies are engaged in land ~, beberapa banyak syarikat terlibat dlm pemajuan tanah; e. (photog) pencucian; 2. result of developing, hasil; 3. new fact, event, etc, which is the result of developing, perkembangan: there was a new ~ in the peace negotiations, ada perkembangan baru dlm rundingan damai itu; he could not keep up with ~s in the field, dia tdk dapat mengikuti perkembangan dlm lapangan itu; 4. area, land, that has been developed, kawasan: a new housing ~, kawasan perumahan baru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas