Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi, bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri; ~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ke­tenangan; ~ hidup darah yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat, kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi; ~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~ ber­timbang daging prb melawan sampai mati; me­nakik ~ di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~ pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; ~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pe­marah; ~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa: kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi) pekat atau kental;mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;perdarahan keadaan keluar darah atau ber­darah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perem­puan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darah I

Puisi
 

Hinggaplah hinggap ke kayu tinggi,
     Tumpah darah ke daun pisang;
Kamek datang tumpang di sini,
     Kain basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Minta dedak kepada orang mengubik.

Bermaksud :

Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
blood-money<i>ni> 1. <i>compensation paid to the family of murdered person,i> wang tebus darah, hutang darah, diat; 2. <i>money received by hired murderer,i> wang upah; 3. <i>reward for bringing about the death of so.,i> hadiah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloodstained<i>adji> mempunyai /kesan, bekas/ darah, /berkesan, berbekas/ darah: <i>a ~ knife,i> pisau yg mempunyai kesan darah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sanguinary2. <i>bloodthirstyi>, haus darah, suka menumpahkan darah: <i>a ~ tyranti>, pemerintah kuku besi yg suka menumpahkan darah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bad-tempered<i>adji> panas darah, /lekas, cepat/ naik /darah, radang, marah/: <i>a ~ person,i> seorang yg panas darah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloody<i>adji> 1. <i>covered with blood,i> berlumuran darah, berdarah: <i>her handkerchief was all ~,i> sapu tangannya berlumuran darah; 2. <i>containing, composed of blood,i> berdarah: <i>a ~ boil,i> bisul yg berdarah; 3. <i>involving bloodshed,i> banyak menumpahkan darah: <i>a ~ battle,i> pertempuran yg banyak menumpahkan darah; 4. <i>given to bloodshed,i> suka menumpahkan darah: <i>a ~ tyrant,i> penzalim yg suka menumpahkan darah; 5. (UK), <i>(vulg), [various translations]: you ~ fool!,i> bodoh!; <i>he’s a ~ liar,i> dia merepek!; <i>you’re a ~ genius!,i> kamu bijak betul!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transfusion<i>ni> memasukkan darah; (<i>techi>) transfusi: <i>the doctor insisted that a blood ~ was absolutely necessary,i> doktor mendesak bahawa pesakit itu perlu dimasukkan darah; /be given, have/ ~, dimasukkan darah; (<i>techi>) diberi transfusi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blood<i>farming is in his ~,i> bertani telah menjadi darah dagingnya; make o’s ~ boil, menyebabkan /darah sso mendidih, sso terbakar/; make o’s ~ run cold, mengecutkan hati sso, menyebabkan sso /kecut hati, takut/, menakutkan, menggerunkan; of the same ~, bersaudara, sedarah; /prince, lady, etc/ of the ~, anak raja; related by ~, bersaudara, sedarah (daging); so’s ~ is up, sso terbakar, sso naik /darah, marah, radang, berang/; so. is /after, out for/ so’s ~, sso hendak mengerjakan sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloodsucker<i>ni> 1. penghisap darah; 2. <i>(fig.)i> lintah darat, penghisap darah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cut-throat<i>adji> 1. ruthless, sembelih: ~ competition, persaingan sembelih; 2. exorbitant, mencekik darah: ~ prices, harga yg mencekik darah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloodlessadj 1. without blood, tdk berdarah; 2. without bloodshed, tanpa pertumpahan darah: a ~ revolution, revolusi tanpa pertumpahan darah; 3. pale, pucat; 4. lifeless, tdk bersemangat; 5. unfeeling, tdk berperasaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas