Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.mam] | دمم

Definisi : 1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan; ~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg di­sebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (me­nyebabkan badan terasa sejuk dan meng­gigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg di­sebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-ku­ningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya de­mam); ~ reumatik penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menye­babkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah; mendemamkan menyebabkan (menjadi­kan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang; terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.mam] | دمم

Definisi : 1 keadaan badan (manusia) yg bersuhu lebih tinggi drpd biasa: Apabila saya ~, tekak saya berasa pahit. 2 penyakit yg menyebabkan suhu badan lebih tinggi drpd biasa: ~ kuning; ~ panas. 3 bp ghairah atau terlalu suka (gemar) akan sesuatu; tergila-gila akan: Sekarang ini, anak-anak muda ~ tarian “Breakdance”. ~ denggi (penyakit) demam yg berjangkit yg dibawa oleh nyamuk aedes. ~ kepialu demam yg berterusan selama lebih drpd tiga hari dan biasanya kerana penyakit usus. ~ kuning demam yg menyebabkan badan menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu). ~ kura a. demam malaria. b. demam kerana limpa penghidapnya bengkak. ~ malaria demam yg disebabkan oleh kuman yg dibawa oleh nyamuk tiruk melalui gigitannya. ~ panas a. demam kerana suhu badan yg tinggi. b. demam malaria ketika panasnya. ~ puyuh demam (yg) pura-pura. ~ sejuk (dingin, gigil, ketar) demam malaria ketika sejuknya. ~ selesema demam kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus; influenza. ~ tifoid demam yg berjangkit yg menyerang usus oleh sebab kuman dlm makanan atau minuman. mendemamkan menyebabkan seseorang itu demam (kerana ketakutan, terperanjat dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demam

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fevern demam: a raging ~, demam teruk; typhoid ~, demam kepialu; football ~, demam bola sepak; have a ~, demam; be in a ~ of, hampir-hampir demam krn: he was in a ~ of impatience waiting for the exam results to arrive, dia hampir-hampir demam krn tdk sabar menunggu keputusan peperiksaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cold~ in the head, demam selsema; /catch, get/ ~, /mendapat, kena/ demam selesema; find os out in the ~, mendapati diri sso disisihkan; have a ~, demam selsema; (be left) out in the ~, tersisih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feverishadj 1. having symptoms of fever, [sso] demam, [badan sso] panas: Billy is ~, you’d better send him to bed, Billy demam or badan Billy panas, baiklah suruh dia tidur; have ~ dreams, meracau waktu bermimpi; 2. frenzied, a. (ref to emotion) menggila: there was a look of ~ excitement in his eyes, tergambar keghairahan yg menggila di matanya; b. (ref to activity) bagai hendak gila: it was a ~ race against time for us to get the manuscript submitted before the deadline, utk menyerahkan manuskrip itu sebelum tarikh akhir, bagai hendak gila kami terpaksa mengejar waktu; with ~ haste, dgn tergopoh-gapah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
influenzan (demam) selesema, influenza.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
denguen (demam) denggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jungle fevern demam malaria.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hay fevern demam alergi (pernafasan), rinitis alergi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aguen (fever) demam agu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glandularadj kelenjar, glandular: ~ fever, demam kelenjar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ down with, diserang, kena: she has ~ down with measles, dia diserang demam campak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas