Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pa­sang­an, telefonlah sahaja; kalau ingin me­negurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, ber­hadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, ber­semuka; mendepan menghadap (menghala, meng­arah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya ber­kemban gantung sahaja dan separuh dada­nya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, menge­mukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya ber­jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan; muka: Selepas makan, mereka berbual-bual di ruang ~. minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. berdepan 1 bertemu muka; bersua: Dia berasa takut apabila ~ dgn gurunya. 2 ki berlawan; beradu; bertarung: Ada perajurit Majapahit yg ingin ~ dgn pahlawan Melaka. berdepan-depan berhadap-hadapan; bersemuka. mendepan menghadap (menghala) ke sesuatu arah: Dia ~ saya apabila dia menceritakan hal itu. mendepani berhadapan dgn: ~ masalah. terdepan di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. di depan di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. ke depan ke hadapan; maju; mara: Dia ~ menemui lawannya. mengedepankan 1 meletakkan (menempatkan) di hadapan: Dia ~ kerusi itu. 2 mengemukakan; mengutamakan: Mereka ~ cadangan-cadangan yg baik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depan

Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bergurindam di tengah rimba.

Bermaksud :

Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
head-onadj & adv depan sama depan: a ~ car collision, pelanggaran kereta depan sama depan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
futuren 1. time yet to come, masa /depan, hadapan/: the ~ is uncertain, masa depan itu belum pasti; we look forward to a happy ~, kami menanti masa depan yg bahagia; in ~, pd /masa depan, kemudian hari/, lain kali: the girls were told to behave better in ~, budak-budak itu disuruh berkelakuan lebih baik pd masa depan; in ~ think carefully before you make promises, lain kali fikir baik-baik sebelum kamu membuat janji; 2. prospective condition of a person or thing, masa /depan, hadapan/: a job that has no ~, pekerjaan yg tdk mempunyai masa depan; the ~ of the industry is unbounded, masa depan industri itu tdk terbatas; 3. (gram.) kala depan: put the verb into the ~, jadikan kata kerja itu dlm bentuk kala depan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frontn 1. fore or forward part, (bahagian) /depan, hadapan/: the dress is pleated in ~, baju itu berlisu di depan; the ~ of the car was badly damaged, bahagian depan kereta itu rosak teruk; the ~ of the house faces south, bahagian depan rumah itu menghadap ke selatan; lie on o’s ~, meniarap; 2. (of book etc) the beginning, bahagian depan: the ~ of this dictionary, bahagian depan kamus ini; 3. position before one, depan, hadapan: the student came to the ~ of the class, pelajar itu datang ke depan kelas; look to the ~, not behind you, pandang ke depan bukan ke belakang; eyes ~, (used in command) pandang /depan, hadapan/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frontadj 1. of, at or in the front, depan, hadapan: a ~ view of the palace, pandangan depan istana itu; a ~ seat, tempat duduk depan; ~ teeth, gigi depan; 2. (phon) depan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forefrontn (lit. & fig.) barisan depan: in the ~ of the battle, dlm barisan depan pertempuran; come to the ~, tampil ke /hadapan, depan/: a new set of young politicians is coming to the ~, sekumpulan ahli politik yg muda tampil ke depan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forehandadj (in tennis etc) depan: a ~ rally, pukul sangga depan: a ~ stroke, pukulan depan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
futureadj 1. that is yet to come or be, pd masa /depan, hadapan/: our ~ home, rumah kami pd masa depan; his ~ prospects are good, prospeknya pd masa depan adalah baik; 2. destined to become, bakal: ~ president, bakal presiden; my ~ wife, bakal isteri saya; 3. (gram.) depan: ~ tense, kala depan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frontin ~ of, a. in a position before, di /depan, hadapan/: a large garden in ~ of the office, sebuah taman besar di depan pejabat; b. in the presence of, di /depan, hadapan/: he swore in ~ of the children, dia menyumpah di depan budak-budak; c. ahead of, terkedepan drpd: he is in ~ of me in mathematics, dia terkedepan drpd saya dlm matematik; put /so., st /in ~ of, (fig.) mendahulukan: he put his career in ~ of everything, dia mendahulukan kerjayanya drpd segala-galanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ forward, a. step forward, /tampil, datang/ ke depan; b. present os, tampil ke /depan, muka/: many people came forward with offers of help, banyak orang tampil ke depan utk menawarkan pertolongan; c. be brought forward for discussion, dikemukakan: the proposal will ~ forward at the next meeting, usul itu akan dikemukakan pd mesyuarat yg akan datang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forward3. towards the future, ke /hadapan, depan/: if we look ~ we can envisage various changes in society, sekiranya kita memandang ke hadapan, kita dapat membayangkan pelbagai perubahan dlm masyarakat; 4. (indic progress) onward, ke /depan, hadapan/: an important step ~ for this university, langkah ke depan yg penting bagi universiti ini; adv 1. towards the front, ke /hadapan, depan/: he moved ~ through the crowd, dia berjalan ke depan di celah-celah orang ramai; the chairman called him ~ to make the announcement, pengerusi memanggilnya ke depan utk membuat pengumuman; she leaned ~ to get a better view, dia menjengah ke hadapan supaya dapat melihat dgn lebih jelas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas