Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ras] | درس

Definisi : 1. cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan, dsb): arus sungai itu sangat ~; 2. lekas (perbuatan), cepat: katalah ~, saya nak tahu; tolong ambilkan aku songkok ~ sedikit; 3. lebat (hujan): hujan semakin ~ turun; 4. Kd kuat (bunyi, suara): “Mengapa sampai berkata begitu ...?” sergah Masri agak ~ drpd biasa; ~ datang dalam kena prb membuat sesuatu dgn tergesa-gesa akan mendatangkan ke­rugian; ~ spt anak panah terlalu cepat; sederas 1. sama deras (laju, cepat), selaju, secepat: dia berjalan tidak ~ kawannya; 2. dgn kelajuan atau kecepatan (tertentu me­ngikut masa), selaju: dia memandu keretanya ~ 80 kilometer sejam; menderas 1. bergerak (mengalir, berjalan, dsb) dgn deras: Ros mengesat-ngesat air matanya yg keluar ~; 2. turun dgn derasnya (lebatnya): hujan ~ dan guruh sahut-menyahut; menderaskan, memperderas 1. membuat supaya deras bergerak (mengalir, berjalan, dsb), mempercepat: senaman boleh ~ denyutan jantung; kerja yg elok diperderas, kerja yg buruk diperlambat; 2. memperkuat (bunyi, suara, dsb); kederasan 1. perihal deras, kelajuan, ke­cepatan: oleh sebab ~ Tun Hamzah me­nga­muk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam; penderasan 1. perbuatan menderaskan (me­lajukan, mencepatkan), pencepatan, pe­la­juan; 2. perbuatan menderaskan (bunyi, suara, dsb), penguatan; 3. ark bahagian yg deras arusnya (sungai); penderas 1. alat (perkakas) utk menderaskan (mencepatkan gerakan dll), pencepat, pelaju; 2. lekas hilang pertimbangan, keburu nafsu, terburu-buru: engkau memang ~, jika hatimu tersinggung, lupalah engkau membezakan antara yg benar dgn yg salah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : ; menderas 1. mengulang membaca Quran (utk memahirkan pembacaan); 2. mengulang kaji (pelajaran): tiap-tiap hari selepas sekolah, dia ~ segala apa yg di­pelajarinya di sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : bunyi spt bunyi orang memijak sampah atau pasir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : 1 cepat atau laju sekali (bkn aliran air, sesuatu gerakan dll); lekas: Bukan main ~ dia berlari dlm perlumbaan itu. Air sungai itu mengalir begitu ~. 2 lebat (bkn hujan): ~ sungguh hujan petang semalam. menderas bergerak (berjalan, mengalir) dgn derasnya. menderaskan membuat supaya deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); mencepatkan; melajukan: Dia ~ perjalanan air dgn membuang sampah sarap yg ada di dlm tali air itu. memperderas membuat supaya lebih deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); menjadikan lebih deras; mempercepat; memperlaju: Dia ~ keretanya kerana dia telah terlambat. kederasan 1 keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2 kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? penderasan perbuatan atau hal menderaskan; pencepatan; pelajuan. penderas alat (perkakas) utk mencepatkan gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deras

Puisi
 

Air pasang deras ke hulu,
     Bila tenang dimandi budak;
Kami datang pulang dahulu,
     Bila senang mari pulak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Deras datang dalam kena.

Bermaksud :

Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fast1adv 1. quickly, a. (rel to manner of walking, running, etc), (dgn) /cepat, laju, pantas, deras/; b. (rel to manner of driving etc), (dgn) /laju, cepat, deras/; c. (rel to manner of speaking etc), (dgn) cepat, pantas, laju; d. (rel to manner of acting, doing st, etc), (dgn) cepat: you have to act ~, kamu mesti bertindak cepat; 2. heavily, in rapid succession, a. (of rain, snow, etc), (dgn) /lebat, lebatnya, deras/; b. (of tears) bercucuran; 3. tightly, rapat(-rapat): his eyes were ~ shut, matanya tertutup dgn rapat; 4. in a dissipated way, (dgn) berfoya-foya: live ~, hidup (dgn) berfoya-foya; 5. soundly, dgn /nyenyaknya, lenanya/: the baby was ~ asleep, bayi itu tidur dgn nyenyaknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fast1adj 1. quick, quick-moving, swift, a. (of person) cepat, pantas, deras: a ~ runner, pelari yg pantas; a ~ reader, pembaca yg pantas; b. (of animal) tangkas, pantas: a ~ horse, kuda yg pantas; c. (of vehicle) laju, deras: a ~ train, kereta api yg laju; a ~ car, kereta yg laju; d. (of mus) rancak; 2. accomplished in a short time, (dgn) /cepat, pantas/: that was ~ work!, cepat kamu bekerja!; 3. of short duration, singkat; (of journey) memakan /waktu, masa/ yg singkat: a ~ visit, lawatan yg singkat; 4. (of watch, clock) cepat:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acceleratevi 1. increase in speed, memecut, (bergerak) semakin /laju, deras/: the train ~d after the bend, kereta api itu memecut selepas selekoh; 2. increase (in rate) /bertambah, meningkat/ dgn pesat(nya): the rate of inflation is likely to ~, kadar inflasi mungkin bertambah dgn pesat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accelerationn 1. act of increasing, a. (in speed, velocity) pemecutan, pelajuan, pencepatan, pergerakan yg semakin /laju, deras/; b. (in rate of development etc) perkembangan (yg) pesat: a sudden ~ of economic activity, perkembangan pesat kegiatan ekonomi secara tiba-tiba; 2. power of accelerating, daya pecutan: the new model has good ~, model baru itu mempunyai daya pecutan yg baik; 3. rate of change in velocity, pecutan: to measure the ~ of a falling body, mengukur pecutan jisim yg sedang jatuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gonern (colloq & old-fashioned), (sudah) habis: when I fell into the swift-flowing river I thought I was a ~, apabila saya terjatuh ke dlm sungai yg mengalir deras itu, saya ingat saya sudah habis; you’re a ~ if she catches you!, habislah kalau dia tangkap kamu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fast1my watch is ten minutes ~, jam saya cepat sepuluh minit; 5. (old-fashioned) given to seeking pleasure and excitement, suka berfoya-foya: a ~ set of people, sekumpulan manusia yg suka berfoya-foya; 6. firmly fixed, approp v + (dgn) /kukuh, teguh/: the post is ~ in the ground, tiang itu tertanam dgn kukuh dlm tanah; 7. steady, close, karib, rapat: ~ friends, kawan karib; 8. unfading, kekal, tdk luntur: ~ colour, warna yg tdk luntur; 9. (photog) pantas: a ~ film, filem pantas; 10. (cricket) delivering ball rapidly, deras: ~ bowler, pembaling deras;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drivingadj 1. prone to overwork others, suka mengerah: a ~ manager, pengurus yg suka mengerah; 2. active, dinamik: a ~ salesman, jurujual yg dinamik; 3. with force, violence, a. (of rain) deras, lebat; b. (of storm) kencang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
driven 1. trip, journey in vehicle, perjalanan dgn + approp n: a two-hour ~ to Tanjung Malim, perjalanan dgn kereta selama dua jam ke Tanjung Malim; 2. see DRIVEWAY; 3. organized effort, kempen: austerity ~, kempen berjimat cermat; 4. (sport) pukul deras; backhand ~, pukul kilas; 5. push, dorongan: he is able but he lacks ~, dia berkebolehan tetapi kurang dorongan; 6. inner urge, desakan: the sex ~, desakan jantina; 7. means by which motion is transmitted, pemacu: belt ~, pemacu tali sawat; front-wheel ~, pemacu roda depan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
down1prep 1. to lower place on a hill etc, menuruni: to run ~ the steep slope, berlari menuruni cerun yg curam itu; 2. along, a. (river, stream, etc in the direction of the sea) ke hilir: we rowed ~ the river, kami mendayung ke hilir sungai itu; b. (road, street, etc) di: as we were walking ~ the narrow lane..., semasa kami berjalan di lorong sempit itu...; what’s the weather like ~ your way?, bagaimana cuaca di tempat kamu?; c. (pipe, tube, etc) melalui, di: water gushing ~ the conduit, air yg mengalir deras melalui pembuluh; d. (surface of) di: blood trickled ~ his cheek, darah meleleh di pipinya; 3. at a point along, a. (river, stream, etc) di hilir: they live ~ the river, mereka tinggal di hilir sungai; b. (road, street etc) di depan sedikit: his room is ~ the corridor, biliknya di depan sedikit koridor ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas