Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.rét] | ديريت

Definisi : (dérét) 1. = deretan; 2. bersambung antara satu unit dgn yg lain menjadikan satu bangunan yg panjang (bkn kumpulan rumah atau kedai): masalah perumahan diatasi dgn mendirikan rumah-rumah ~; mereka ber­jalan-jalan di kaki lima kedai dua ~ itu; 3. kumpulan huruf atau perkataan yg berada dlm baris (yg satu di belakang atau di samping yg lain), baris: Ali memetik gitarnya sambil menyanyikan beberapa ~ pantun; berderet 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) pan­jang-panjang beruntun-runtun: mangsa ke­bakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; mendereti berderet pd, membarisi: kami melalui bandar yg didereti rumah batu yg tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat; menderetkan, memperderetkan men­jadi­­­kan (menyusun) berderet-deret, mem­ba­riskan: batu-bata itu dideretkan di keliling taman; sederet (berada) dlm satu barisan, sebaris: ~ rumah kedai itu musnah dijilat api; deretan 1. barisan: ~ bukit; ~ kedai; 2. deret (huruf, perkataan); 3. rentetan, siri: ~ pe­ristiwa yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.rét] | ديريت

Definisi : /déret/, = deretan 1 baris yg panjang; jajar: Rumahnya di ~ hujung. 2 sesuatu yg bersambung-sambung; rangkaian: Beberapa ~ peristiwa penting telah berlaku semalam. berderet 1 berbaris yg satu di belakang atau di samping yg lain: Penonton berdiri ~ di tepi pagar. 2 = berderet-deret merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. mendereti berderet di; membarisi. menderetkan menjadikan berderet (-deret); membariskan: Dia ~ pasu-pasu bunga itu di keliling rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deret


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
batteryn 1. series of connected cells for producing electricity, bateri; 2. set, series of things, a. (arranged together) deret(an): a ~ of knives, deretan pisau; a ~ of boilers, deretan dandang; b. (used together) deretan, barisan: she was nervous as she faced the ~ of cameras, dia berasa gemuruh sewaktu berhadapan dgn deretan kamera; c. (occurring together) rentetan: he responded to the ~ of questions with curt answers, dia menjawab rentetan soalan itu dgn singkat; 3. (leg.) menyerang sentuh; 4. (platform on which guns are mounted) bateri, penyangga meriam; 5. artillery unit, bateri, pasukan meriam; 6. (series of cages for rearing of poultry) sangkar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
broad~ in the beam, punggung [sso] lebar; be as ~ as it is long, (colloq) tdk ada bezanya: financially it is as ~ as it is long – whether you buy a two bedroom flat or a terrace house, dr segi kewangan, tdk ada bezanya – sama ada kamu membeli rumah pangsa dua bilik atau rumah deret, rumah teres; in ~ outline, secara kasar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
file1n 1. folder etc for keeping documents, fail; 2. documents etc thus kept, fail; /have, keep, etc/ a ~ on, /ada, menyimpan/ fail ttg: the security service had a ~ on him, perkhidmatan keselamatan ada fail ttg dia; on ~, dlm fail: we have the correspondence on ~, surat itu ada dlm fail kami; 3. (in computers) fail: back-up ~s, fail-fail sokongan; 4. line, row, deret(an), baris(an): a ~ of schoolchildren, sederetan murid sekolah; a ~ of ants, sederetan semut; walk in /single, Indian /~, berjalan berderet satu per satu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas