Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit): orang ~ ketika hendak masuk stadium utk menonton bola sepak; berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring ke­rana ~; mendesak 1. menolak (menyorong, men­dorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya mem­banyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, per­kara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penya­maan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentu­lah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. men­dorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; mendesakkan meminta dgn paksa, menun­tut dgn sungguh-sungguh: orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja; terdesak 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; desakan 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; keterdesakan keadaan (perihal) terdesak: ~ boleh membawa kesan dlm proses mem­buat keputusan; pendesakan perihal atau perbuatan men­desak atau mendesakkan; pendesak orang yg mendesak (meminta se­suatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desak I


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
badger<i>vti> mendesak-desak, menggesa-gesa: <i>she ~ed her father to buy her a new bicycle,i> dia mendesak-desak ayahnya supaya membelikannya sebuah basikal baru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keep~ at so., /mendesak-desak, terus mendesak/ sso: <i>his wife kept at him until he agreed to buy her a car,i> isterinya terus mendesaknya sehingga dia bersetuju utk membelikan sebuah kereta; ~ at st, meneruskan sst, terus + <i>approp v: he kKamus Inggeris-Melayu Dewan
bustle<i>vti> menggegas-gegaskan, mendesak-desak [sso] supaya cepat: <i>we ~d him onto the train,i> kami menggegas-gegaskannya naik ke kereta api;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
badger~ so. into, <i>(doing st), /memaksa-maksa, mendesak-desak, menggesa-gesa/ sso supaya (berbuat sst);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jostling<i>adji> berasak-asak, mengasak-asak, bersesak-sesak, menyesak-nyesak, mendesak-desak, berdesak-desakan, bertolak-tolakan: <i>the ~ crowd,i> orang ramai yg bertolak-tolakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jostle<i>vii> berasak-asak, mengasak-asak, bersesak-sesak, menyesak-nyesak, mendesak-desak, berdesak-desakan, bertolak-tolakan: <i>people were jostling and pushing,i> orang ramai berasak-asak dan bertolak-tolakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
battle<i>vt;i> ~ o’s way through, /menyesak-nyesak, mengasak-asak, mendesak-desak/ di kalangan: <i>he had to ~ his way through the crowd,i> dia terpaksa menyesak-nyesak di kalangan orang ramai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agitate<i>vii> 1. (<i>for st or for st to be donei>) menggesa-gesa, mendesak-desak, berjuang: <i>to ~ for reforms,i> menggesa-gesa supaya diadakan pembaharuan; 2. (<i>against sti>) berjuang: <i>they ~d against the new taxes,i> mereka berjuang menentang cukai baru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jostle<i>vti> mengasak-asak, menyesak-nyesak, menolak-nolak: <i>the children were ~d by the crowd,i> kanak-kanak itu diasak-asak oleh orang ramai; ~ o’s way, mengasak-asak, menyesak-nyesak, mendesak-desak: <i>he ~d his way out of the building,i> dia mengasak-asak utk keluar dr bangunan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crowd<i>vti> 1. <i>fill to excess,i> membanjiri, memenuhi: <i>spectators ~ed the hall,i> penonton-penonton membanjiri dewan; <i>traffic ~s the streets at peak periods,i> lalu lintas memenuhi jalan raya pd waktu-waktu sibuk; 2. <i>push,i> mengasak: <i>stop ~ing me,i> jangan mengasak saya; <i>the truck ~ed his car off the road,i> lori itu mengasak keretanya ke tepi jalan; 3. <i>pressurize,i> mendesak: <i>don’t ~ me about the work. I need more time,i> jangan desak saya ttg kerja itu. Saya perlukan masa yg lebih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas