Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ti/] | دتيق

Definisi : 1. bunyi spt bunyi jam dll; ~ jantung a) bu­nyi denyut jantung; b) ki getaran hati (kal­bu); ~- detak khabar (berita); 2. saat (minit), waktu atau masa (yg singkat sekali): akhirnya orang tua itu kembali tenang setelah ter­me­nung beberapa ~; 3. waktu, masa (secara am): 31 Ogos merupakan ~ yg bersejarah bagi rakyat Malaysia; berdetik 1. = mendetik berbunyi spt bunyi jam dll: pensel yg di atas meja itu jatuh ~; 2. berkata (di dlm hati): melihat kejadian itu, hatinya ~, “manusia ini tidak waras otak­nya”; 3. berdebar (bkn perasaan): hatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang Kenanga bertanyakan dirinya; terdetik 1. berbunyi detik; 2. ki terdengar (diketahui, diberitakan, dll): sekarang ~ pula berita-berita yg mengatakan harga barang-barang akan melambung lebih tinggi lagi; terdetikkan dapat terdetik: kenikmatan Firdaus yg tidak pernah ~ dlm hati manusia; detikan detik (jam, jantung, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ti/] | دتيق

Definisi : 1 bunyi spt bunyi jalan jam dll: Bilik itu sungguh sunyi hingga terdengar ~ jam tangannya. 2 waktu yg sangat singkat; saat (  minit): Masa berjalan ~ demi ~ tetapi ibunya masih belum keluar dr bilik pembedahan. 3 ketika; waktu: Itulah ~ yg paling bersejarah dlm hidupnya. 4 kata (dlm hati). berdetik 1 berbunyi spt bunyi jalan jam dll. 2 berdebar (bkn hati, perasaan): Hatinya ~ dan risau ketika menunggu kepulangan adiknya. detikan bunyi detik (jam, jantung dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata detik


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
blow-by-blowadj detik demi detik: a ~ account of the debate, liputan perdebatan itu detik demi detik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
countdownn pengiraan detik pelancaran: the ~ of the Apollo10 was televised, pengiraan detik pelancaran Apollo 10 telah disiarkan di televisyen.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
historicadj famous in history, bersejarah: a ~ moment, detik bersejarah; the ~ flight of Ross and Keith Smith from England to Australia, penerbangan bersejarah oleh Ross dan Keith Smith dr England ke Australia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hail 2 vt 1. greet esp with enthusiasm, menyambut dgn sorak-sorai: the new president was ~ed by his supporters as he entered the hall, presiden yg baru itu disambut dgn sorak-sorai oleh penyokong-penyokongnya sebaik sahaja dia masuk ke dewan; 2. acclaim, mengalu-alukan: they ~ed him as the new child hero, mereka mengalu-alukannya sbg pahlawan kanak-kanak yg baru; the new discovery was ~ed as a milestone in modern science, penemuan baru itu dialu-alukan sbg satu detik penting dlm sains moden; 3. attract attention by calling out, memanggil: they ~ed the boat from the jetty, mereka memanggil bot dr jeti itu; 4. signal to stop, menahan: the doorman ~ed the cab, penjaga pintu itu menahan teksi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas