Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wa.sa] | ديواس

Definisi : (déwasa) 1. sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas, sudah cukup besar: orang ~ dikenakan bayaran masuk yg lebih tinggi drpd kanak-kanak; 2. sudah cukup besar (bkn binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb): lipas yg sudah ~ berwarna perang kehitam-hitaman; 3. pd masa, pd ketika, pd waktu: adat spt itu tidak sesuai lagi dgn keadaan ~ ini; 4. ki sudah banyak pengalaman dan penge­ta­hu­annya, matang: kini Malaysia telah mula ~ dan telah pun melalui berbagai-bagai pengalaman dan peristiwa selama dua puluh tahun ia tegak sbg sebuah negara merdeka; mendewasa menjadi dewasa: ia dilahirkan dan ~ pd zaman perang; mendewasakan 1. menjadikan dewasa (ma­nusia, binatang, dsb), membesarkan; 2. men­jadikan dewasa atau matang (pemikiran, pengalaman, dsb): Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pan­dangannya sambil ~ fikirannya; kedewasaan perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi men­capai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya; pendewasaan 1. perihal atau proses men­dewasakan (membesarkan dsb), pem­besaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2. perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pe­nga­laman, dsb), pematangan: ~ sastera bererti ke­pel­bagaian tema yg diterokai dan ke­pelbagaian aliran teknik dlm penulisannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.wa.sa] | ديواس

Definisi : /déwasa/ 1 (pd) masa; (pd) ketika: Pakaian spt itu sudah tidak sesuai lagi ~ ini. 2 sudah cukup besarnya atau sudah berumur lebih drpd 21 tahun: orang ~ orang yg sudah berumur 21 tahun atau lebih. 3 (sudah) banyak pengalaman dan pengetahuan; sempurna fikiran; matang: Walaupun umurnya sudah tiga puluh tahun, tetapi dia masih belum ~. mendewasakan menjadikan dewasa. kedewasaan keadaan dewasa; kematangan (fikiran). pendewasaan perihal mendewasakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewasa

Peribahasa

Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Bandingkan dengan: Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
adultadj dewasa: ~ citizens, warganegara dewasa; books for ~ reading, buku-buku utk bacaan dewasa; an ~ worm, cacing dewasa; ~ education, pendidikan dewasa; to take an ~ attitude towards a problem, mengambil sikap dewasa thdp sst masalah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grown-upadj besar, dewasa; (of behaviour) spt orang dewasa: he has a ~ son, dia ada anak lelaki yg sudah besar; she’s quite ~ for her age, dia agak dewasa jika dibandingkan dgn umurnya; try to behave in a more ~ way, cuba berkelakuan spt orang dewasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grownadj (sudah) dewasa: I’ve never seen a ~ man cry, saya tdk pernah melihat lelaki dewasa menangis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adultn 1. (person) orang dewasa; 2. (animal) approp n + dewasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grow~ up, a. become older, bigger, (menjadi) dewasa: she is ~ing up so fast, dia cepat menjadi dewasa; b. be brought up, dibesarkan: he grew up in an orphanage, dia dibesarkan di rumah anak-anak yatim; c. (imper) behave in an adult manner, jangan berperangai spt budak-budak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adulthoodn 1. (state ) kedewasaan; reach ~, menjadi dewasa, mencapai kedewasaan; 2. (period ) masa dewasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grown-upn orang dewasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ewen bebiri betina dewasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
consenting adultn orang dewasa yg rela.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
draken male duck, itik jantan dewasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas