Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diam] | ديام

Definisi : 1. tidak bercakap (bersuara dll), senyap: Badri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yg hen­dak dicakapkan; terbuang dlm ~ di­singkirkan dgn senyap-senyap; 2. tidak ber­gerak-gerak atau berbuat apa-apa: sedangkan benda yg ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yg bergerak; ~ tak ~ dgn senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan; ~ macam batang kayu ki tidak bergerak-gerak; ~ membatu ki tidak bercakap-cakap (mem­bisu); ~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi prb diam orang yg berilmu itu berfikir, se­mentara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja; kalau tak bermeriam, baiklah ~ prb orang yg miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak; yg disangka tidak menjadi, yg ~ boleh ke dia prb orang yg bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dgn orang lain; sediam sama (spt, macam) senyapnya: mereka diam ~ kuburan di waktu subuh; diam-diam dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; ~ lepu prb pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali; ~ ubi (berisi) prb pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan; berdiam = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri; berdiamkan; ~ diri berdiam diri: ia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu; mendiami tidak menegur (menyapa dll), memulau: kami diami sahaja orang-orang yg membelot kpd persatuan kami; mendiamkan, memperdiamkan 1. mem­buat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu di­diam­kannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mem­­pedulikan, ambil tahu, dll), tidak meng­hebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya; terdiam tidak bersuara (bergerak dll) lagi: Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~; pendiam (orang yg) tidak suka bercakap-cakap: Zaini itu seorang murid yg ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diam] | ديام

Definisi : tinggal (duduk, berumah, bertempat) di: saya ini hanya budak miskin, ~ di hulu negeri; ~ berdagang tinggal (hidup) me­rantau; ~ di bandar tak meniru, ~ di laut asin tidak prb hal orang yg tidak mahu belajar supaya maju walaupun tinggal di tempat yg ramai; mendiami, mengediami ark bertempat tinggal di, berumah di, menduduki: mulai drpd tarikh itu, bandar Brunei telah menjadi bandar yg didiami oleh orang Jepun sahaja; tidak ada siapa yg sanggup ~ rumah itu; kediaman = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll), rumah (pondok, gua, dll) yg diduduki: setelah selesai sembahyang, mereka pun pulang ke tempat ~ masing-masing; di sana sini terdapat rumah-rumah yg besar ter­sergam, tempat ~ orang besar-besar dan orang kaya-kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diam] | ديام

Definisi : 1 tidak bercakap (berbunyi, bersuara dll): Semua murid ~ apabila Guru Besar masuk ke bilik darjah. 2 tidak bergerak dan tidak berbuat apa-apa: Semasa kanak-kanak itu ~, eloklah kita ambil gambarnya. ~ membatu tidak bercakap-cakap; membisu. diam-diam 1 tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2 dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. berdiam, = ~ diri 1 tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): Dia ~ diri di balik tabir itu semasa polis mencarinya. 2 ki tidak berbuat apa-apa; tidak bertindak: Kita tidak harus ~ terhadap penghinaan itu. mendiamkan 1 membuat (menjadikan) diam: Dia ~ adiknya yg menangis itu dgn memberinya gula-gula. 2 menjadikan tidak bergerak: Dia ~ tangannya drpd menganyam tikar itu sebentar. 3 membiarkan saja; tidak mempedulikan: Didiamkannya saja perkara yg kecil-kecil itu. terdiam terhenti bercakap (bergerak, bersuara dll): Semuanya ~ apabila mendengar pekikan meminta tolong. pendiam orang yg tidak suka bercakap-cakap: Walaupun dia ~, dia bagus dlm pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[diam] | ديام

Definisi : duduk (tinggal, berumah): Saya ~ di Kuala Lumpur di rumah kakak saya. mendiami berumah di; bertempat tinggal di; menghuni: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? kediaman, = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll): rumah (pondok dll) yg diduduki: ~ orang tua itu ialah pondok buruk di tepi tasik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diam

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Diam-diam lepu.

Bermaksud :

Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
connivancen passive assent to wrongdoing, bekerjasama secara diam-diam; with the ~ of, dgn kerjasama secara diam-diam: he escaped from prison with the ~ of the prison officials, dia melarikan diri dr penjara dgn kerjasama secara diam-diam pegawai-pegawai penjara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
back stairs, back-stair(s)adj secara /diam-diam, senyap-senyap/: ~ deals, urusan-urusan secara diam-diam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creep~ up, /mendekat, merapat/ secara diam-diam: he crept up and, unobserved, took the keys that were hanging on the wall, dia mendekat secara diam-diam dan tanpa dilihat orang mengambil kunci yg tergantung pd dinding itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creep~ up on, a. approach silently or unobserved, /mendekati, merapati, menghampiri/ secara diam-diam: a lion ~ing up on its quarry, seekor singa yg sedang mendekati mangsanya secara diam-diam; b. (of old age) meningkat, merangkak: old age ~s up on one unawares, tanpa disedari usia meningkat tua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
behavevt; ~ os, berkelakuan baik; (interj) jangan buat perangai: sit still and ~ yourself!, duduk diam-diam dan jangan buat perangai!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
courtvt 1. woo, mencuba memikat: he ~ed her secretly, dia mencuba memikat gadis itu secara diam-diam; 2. try to win favour of, mencuba /mengambil hati, memujuk/: to ~ wealthy clients, mencuba mengambil hati klien-klien yg kaya; 3. solicit, memancing: to ~ praise, memancing pujian; ~ so’s favour, mencuba mengambil hati sso; 4. invite, menempah: you are ~ing disaster by your actions, kamu menempah bala dgn tindak-tandukmu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
among(st)prep 1. surrounded by, a. (group of people) di antara: the pickpocket moved stealthily ~ the crowd, penyeluk saku itu bergerak secara diam-diam di antara orang ramai; b. (group of things) di tengah-tengah; (of person) di antara: a lone rose ~ a bed of daisies, sebatang pokok mawar di tengah-tengah batas daisy; sitting ~ the ruins, duduk di antara runtuhan; they hid themselves ~ the bushes, mereka bersembunyi di antara semak-samun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laugh~ till one cries, ketawa hingga keluar air mata; ~ /so., st/ to scorn, mentertawakan, mengetawakan, menggelakkan: such an idea would have been ~ed to scorn a few years ago, idea-idea begitu pasti diketawakan jika dikemukakan beberapa tahun dahulu; ~ up o’s sleeve, (colloq) ketawa /sendiri, diam-diam/: we didn’t realize at the time that he was ~ing up his sleeve at us, kami tdk sedar rupanya pd masa itu dia ketawa diam-diam melihat kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
furtiveadj sly, stealthy, berdiam-diam, bersenyap-senyap; (of look, glance) curi-curi: he aroused our suspicion by his ~ behaviour, kelakuannya yg berdiam-diam itu menimbulkan syak wasangka kami; the thief was ~ in his movements, pencuri itu berdiam-diam dlm tindak-tanduknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hush~ up, diam: the children ~ed up when their father walked into the room, budak-budak itu diam apabila bapa mereka masuk ke bilik; ~ st up, (fig.) menyembunyikan, merahsiakan: they tried to ~ up the matter, mereka mencuba menyembunyikan perkara itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas