Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ku.men.ta.si] | دوکومنتاسي

Definisi : himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu ter­bitan, dll), perbahanan: H.B. Jassin mem­punyai ~ sastera Indonesia yg lengkap; filem ~ Id filem dokumentari; mendokumentasikan mengusahakan (dgn mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dsb) sehingga tersedia sbg dokumentasi: persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan doku­mentasi sendiri utk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka; seseorang pe­ngumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yg boleh menjadi bahan kajian penting utk generasi akan datang; pendokumentasian usaha (kegiatan, proses, dsb) mendokumentasikan: ~ cerita rakyat; ~ sastera Iban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ku.men.ta.si] | دوکومنتاسي

Definisi : /dokuméntasi/ bukti atau keterangan (buku lama, surat khabar dll) yg terkumpul: ~ perkamusan yg tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka masih belum lengkap. filem ~ filem yg menunjukkan peristiwa-peristiwa yg berlaku dlm masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dokumentasi


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
documentationn 1. act of documenting, pendokumenan; 2. (documents as evidence, proof) dokumen; (documents as references) dokumentasi: we need proper ~ to support our claim, kita perlukan dokumen-dokumen yg sewajarnya utk menyokong tuntutan kita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gap3. interval of time, lompang, renggang: there’s a ~ of ten years in our documentation work, terdapat lompang selama sepuluh tahun dlm kerja-kerja dokumentasi kita; the age ~, /jarak, perbezaan/ umur; 4. interval of silence, terhenti seketika: there was a ~ in the conversation, perbualan terhenti seketika; 5. deficiency, lompang, kekosongan; (brought on by death of a loved one) kekosongan: there are wide ~s in my knowledge of this subject, ada lompang yg besar dlm pengetahuan saya ttg subjek ini; his death leaves a ~ that is hard to fill, kematiannya meninggalkan kekosongan yg sukar diisi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas