Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : (dongéng) 1. = cerita ~ cerita kha­yalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu (spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata; berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu; mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, me­ngecek, dan memujuk dia supaya ber­kahwin; mendongengkan ki menyampaikan (men­ceritakan) kisah yg bukan-bukan: bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia pulang dr luar negeri; kedongengan unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : /dongéng/ 1 cerita rekaan yg mengkhayalkan: ~ Bawang Putih Bawang Merah, ~ Pak Kaduk dll sangat disukai oleh kanak-kanak. 2 tidak benar (bkn berita, khabar dll); (yg) diada-adakan saja: Berita itu adalah ~ dan karut belaka. mendongeng bercerita ttg (kisah) dongeng; membuat dongeng: Ibu itu rajin ~ kpd anak-anaknya. mendongengkan menyampaikan atau menceritakan dongeng: Sesetengah orang tua selalu ~ kisah-kisah lama kpd cucu-cucu mereka. dongengan cerita yg karut, yg mengkhayalkan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dongeng


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fablen 1. story with moral, fabel /dongeng, cerita/ /ibarat, teladan/, cerita tamsilan: the ~ of the hare and the tortoise, dongeng teladan arnab dgn kura-kura; 2. legend, (cerita) dongeng, legenda; (about mythical characters) dongeng dewata: ~s of Greek gods and heroes, dongeng ttg dewa-dewa dan pahlawan-pahlawan Yunani; 3. myths and legends collectively, fabel; 4. false story or account, dongeng, rekaan: to separate fact from ~, memisahkan fakta drpd dongeng; all that story about him is a complete ~, segala cerita mengenainya itu ialah rekaan semata-mata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fabricatedadj concocted, dongeng, rekaan: a ~ account, kisah dongeng.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fabulousadj 1. legendary, dongeng: the unicorn and other ~ beasts, unikorn dan binatang-binatang dongeng yg lain; 2. (fml) almost unbelievable, tdk terperi: she has ~ wealth, dia kaya tdk terperi; a woman of ~ beauty, seorang perempuan yg cantik tdk terperi; 3. marvellous, [various translations]: what a ~ view, hebat sungguh pemandangan di sini; I had a ~ time at the carnival, seronok betul saya di pesta ria itu; he has a ~ car, keretanya cantik betul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
allurecvt (act.) memikat, menggoda; (pass.) terpikat, tergoda, tertawan: fables of mermaids alluring sailors to destruction, cerita-cerita dongeng yg mengisahkan bagaimana ikan duyung memikat pelaut ke arah kemusnahan; to be ~d by promises, terpikat dgn janji-janji;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fairy story, fairy-talen 1. story about fairies, giants, etc, cerita pari-pari: Grimm’s Fairy Tales, Cerita Pari-Pari Grimm; 2. unbelievable, untrue story, cerita dongeng.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fabricationn 1. act, process of fabricating, a. (bridge, building, etc) memasang siap; b. (story, statement, etc), (perbuatan) /mengada-adakan, mereka(-reka)/ : the ~ of evidence, perbuatan mengada-adakan keterangan; c. (document) pemalsuan: the ~ of travel documents, pemalsuan dokumen-dokumen perjalanan; 2. a. concoction, sst yg /diada-adakan, direka/, rekaan, dongeng: stories that can be dismissed as ~s, cerita-cerita yg dapat dianggap sbg rekaan semata-mata; b. forgery, (sst yg) palsu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adaptvt 1. adjust, menyesuaikan: she could not ~ herself to life in the city, dia tdk dapat menyesuaikan dirinya dgn kehidupan di kota; the symphony has been ~ed for the piano, simfoni itu telah disesuaikan utk piano; 2. make suitable (play, novel, etc) memadankan, mengadaptasikan, menyesuaikan; (to a new setting) menyadur: novels ~ed for television, novel-novel yg dipadankan utk tayangan di televisyen; a story written in Malay and ~ed from Aesop’s Fables, cerita yg ditulis dlm bahasa Melayu dan disadur drpd Dongeng Aesop;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas