Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dua] | دوا

Definisi : (jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu dgn tiga; ~ belas (jumlah) sepuluh dicampur dua (12); ~ kalimah kalimah syahadat; ~ puluh (jum­lah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); ~ ratus (jumlah) seratus didarabkan dgn dua (200); ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat; ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama); ~ tahun ketiga lewat dua tahun tetapi belum genap tiga; angka ~ ark tanda pergandaan (kata berulang); main ~ puluh satu sj permainan terup; ~ badan senyawa prb karib sekali; ~ kali ~ empat = ~ kali lima sepuluh = spt lima belas dgn tengah ~ puluh prb sama sahaja; antara ~ tengah tiga prb orang sakit yg hampir mati; dlm ~ tengah tiga prb tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yg tidak tetap, bimbang; dua-dua 1. = berdua-dua tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; 2. = dua-duanya dua kesemuanya: ~(nya) sama sahaja; berdua bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; berdua-dua ® dua-dua; berduaan, berdua-duaan berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua: kerana berasa kurang sedap berada ~ dlm bilik dgn seorang gadis, maka dia pun keluar; mendua 1. menjadi dua (bkn fikiran, per­buatan, dll): bunyi gendang itu hanya se­gelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~ hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2. kencang berlari (kuda); menduai menggenapkan jadi dua, menam­bah jadi dua: kalau engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau duai dgn yg lain; ~ isteri mengambil isteri kedua; ~ laki berkhianat kpd suami (isteri yg bermukah); menduakan menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami): pertimbangan antara akan ~ isterinya atau tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dlm hatinya; ~ Allah menganggap (melaku­kan spt) ada yg berkuasa selain Allah; menyeduai Mn mengurus ternak (sawah dll) orang dgn berbahagi keuntungan; menyeduakan Mn menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dll) dgn berbahagi keuntungan: ~ sawah; perdua 1. = seperdua setengah, satu drpd dua; seperdua umur (baya) separuh umur; 2. perkongsian (tanaman dll); berperdua berbahagi dua, berkongsi dua: Anuar menyerahkan seekor kerbau betina kpd Bibah utk dipelihara menurut cara ~ ternak di kampung; memperdua 1. membahagi dua (untung, hasil, dll): keuntungan jualan hari itu belum diperdua lagi; 2. mengusahakan ternak (sawah dll) orang dan hasilnya dibahagi dua: saya tidak sanggup utk ~ sawah saya yg sebidang itu; memperduakan 1. = menduakan; 2. me­nyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn berbahagi keuntungan, memawah­kan; kedua 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-dua­nya, keduanya dua-dua(nya): kedua-dua­nya tergelak kecil, lalu meneruskan per­jalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;keduaan keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur: ~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam; penduaan perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dll), pemawahan; pendua 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dua

Puisi
 

Mana berantai mana tidak,
     Berjalan dua berantai dua;
Di mana kasih di mana tidak,
     Badan satu kekasih dua.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Dua kali dua empat.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(99)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
two~ by ~, in ~s, (ber)dua-dua: the children walked out ~ by ~, budak-budak itu berjalan keluar berdua-dua; they entered the room in ~s, mereka memasuki bilik itu berdua-dua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
three/by, in/ twos and ~s, (ber)dua-dua, (ber)tiga-tiga: the children walked in twos and ~s at the water’s edge, kanak-kanak itu berjalan berdua-dua dan bertiga-tiga di gigi air;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
two-edgedadj 1. having two cutting edges, bermata dua, dua mata: a ~ knife, pisau dua mata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slanging match n (UK) bermaki-hamun: after the accident, the two drivers engaged in a ~ on the roadway, selepas kemalangan, dua-dua pemandu itu bermaki-hamun di jalan tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twiceadv dua kali: he hit the gong ~, dia memukul gong itu dua kali; ~ two is four, dua kali dua, empat; I’ve only been out ~ since I was ill, saya keluar hanya dua kali saja sejak saya sakit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fortnightlyadj & adv /setiap, tiap-tiap/ dua minggu, dua minggu sekali: his ~ visits pleased the children, kunjungannya setiap dua minggu menggembirakan kanak-kanak itu; the group meets ~, kumpulan itu mengadakan perjumpaan setiap dua minggu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twon 1. (number) dua: ~ and ~ make four, dua campur dua jadi empat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twoadj dua: for ~ months of the year, selama dua bulan tiap-tiap tahun; ~ houses, dua buah rumah; ~ teachers, dua orang guru; ~ giraffes, dua ekor zirafah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twenty-twentyadj dua puluh-dua puluh, [ usu written 20/20]: he has ~ vision, penglihatannya 20/20.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
double-facedadj bermuka dua, talam dua muka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas