Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ka] | دوک

Definisi : (perasaan hati yg) susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yg amat sangat; berduka = ~ hati bersusah atau bersedih hati, berdukacita: dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~; dia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya; berdukakan sl berduka kerana (akan), ber­sedih (bersusah) hati kerana (akan), men­derita (menahan) duka: mana ~ negeri di­timpa kemalangan dan mana pula ber­sedihkan permaisuri yg sedang gering; mendukakan menyebabkan timbul rasa duka, menyedihkan (menyusahkan hati, men­dukacitakan: sikap angkuh Ahmad terhadap orang tua itu sungguh ~ hati ibunya; kedukaan 1. perihal (sesuatu) yg men­dukakan, kesedihan, kesusahan hati, ke­dukacitaan: pd pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku; 2. ark dlm perkabungan, dlm kesedihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ka] | دوک

Definisi : (perasaan) susah hati; sedih hati: Suka dan ~ itu sudah menjadi kebiasaan. berduka, = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. mendukakan menyebabkan (menimbulkan) rasa duka; menyedihkan hati; menyusahkan hati: Yg ~ hatinya ialah anak sulungnya tidak pernah menziarahinya. kedukaan keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~nya dgn melupakan peristiwa pahit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duka

Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berat sama dipikul,
     ringan sama dijinjing.

Bermaksud :

Suka duka sama-sama ditanggung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
agony~ column, ruangan duka; (be in) an ~ of despair, dlm keadaan putus /asa, harapan/; (be in) an ~ of doubt, (dlm) keadaan serba salah; ~ of mind, keseksaan /jiwa, batin/; (be in) an ~ of remorse, /(rasa) sesal, penyesalan/ yg amat sangat; death ~, nazak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
joy~s and sorrows, suka duka; to so’s ~, to the ~ of so., sso berasa gembira: to his ~ he won the first prize, dia berasa gembira apabila memenangi tempat pertama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
filltears ~ed her eyes, air matanya bergenang, matanya /bergenang, digenangi/ air mata; sorrow ~s so’s heart, /sso, hati sso/ dirundung duka; 3. occupy (time) mengisi: how do you ~ your time these days?, bagaimanakah kamu mengisi waktumu sekarang?; 4. satisfy, memenuhi: we regret that we are unable to ~ your requirements, kami kesal krn tdk dapat memenuhi keperluan tuan; ~ the bill, memenuhi keperluan; 5. a. seal, memalam, menampal: he ~ed the crack with cement, dia memalam rekahan itu dgn simen; b. block (with sand, earth, stones, etc) menimbus, mengambus: the workmen ~ed the gaping hole with rocks, pekerja-pekerja itu mengambus lubang yg menganga itu dgn batu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abandon~ os to despair, ~ hope, berputus asa; ~ os to o’s fate, /berserah, menyerah/ kpd nasib; ~ os to /grief, sorrow/, membiarkan diri dilanda /duka, kesedihan/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bow1~ down with; be ~ed down with st, a. melentur: the tree was ~ed down with the weight of its fruit, pokok itu melentur krn berat buahnya; b. (fig.) dibebani: he was ~ed down with grief, dia dibebani rasa duka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
engulf~ in; be ~ed in, a. ditelan: the whole house was ~ed in flames, seluruh rumah itu ditelan api; b. (fig.) dilanda; (silence, grief, etc) diselubungi: she was ~ed in grief on the death of her mother, dia diselubungi duka krn kematian ibunya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
improbableadj (not likely to be true) sukar diterima akal, tdk /dapat dipercayai, berapa munasabah/; (not likely to happen) tdk mungkin: it is ~ that he managed to jump across to the other side, sukar diterima akal bahawa dia dapat melompat ke seberang sana; an ~ tale of woe, kisah duka yg sukar diterima akal; she might decide to marry him one day, but it’s quite ~, boleh jadi dia akan membuat eputusan utk berkahwin dgn lelaki itu suatu hari nanti, tetapi itu tdk mungkin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
healvt 1. cure, mend, a. (person) menyembuhkan, memulihkan: he believes he can ~ people by his incantations, dia percaya dia boleh menyembuhkan orang dgn jampi serapahnya; b. (wound, cut, etc) menyembuhkan: this ointment will ~ the burn quickly, salap ini boleh menyembuhkan bahagian yg terbakar itu dgn cepat; c. (broken bone) menautkan semula; 2. (fig.) memulihkan; (sorrow, grief, etc) mengubati: to ~ the broken friendship, memulihkan persahabatan yg terputus; time ~s all sorrows, masa mengubati segala duka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas