Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.nia] | دنيا

Definisi : 1. bumi dan segala yg terdapat di per­mukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, la­pangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi menge­luarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.nia] | دنيا

Definisi : 1 alam yg kita duduki ini; bumi dan segala yg terdapat di permukaannya: ~ kita ini bulat. 2 manusia yg hidup di bumi: Seluruh ~ kagum dgn pengembaraan orang-orang Amerika ke bulan. 3 lapangan; bidang: Dia lebih terkenal dlm ~ sukan drpd dlm ~ perniagaan. 4 bahagian bumi (benua, negara dll): ~ barat sekarang ini lebih maju drpd ~ timur. 5 keadaan hidup; keadaan masyarakat: ~ sekarang sudah terbalik, lelaki berambut panjang dan perempuan berambut pendek. ~ akhirat di dunia dan di akhirat. ~ luar masyarakat atau negara luar. keduniaan segala yg berkaitan dgn dunia; perihal dunia: Janganlah berkhayal dgn ~ saja. sedunia seluruh (serata) dunia; mengenai negara-negara di seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dunia

Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
earth-shakingadj (fig.), /menggemparkan, menggoncangkan/ dunia: ~ news, berita yg menggemparkan dunia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creationin /all, the whole of/ ~, dlm dunia ini: there is nothing more beautiful in the whole of ~, tiada yg lebih indah dlm dunia ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
internationallyadv 1. from an international point of view, di seluruh dunia: an ~ known journalist, wartawan yg terkenal di seluruh dunia; 2. in an international way, at an international level, di peringkat antarabangsa: it was ~ agreed that..., telah dipersetujui di peringkat antarabangsa bahawa....Kamus Inggeris-Melayu Dewan
departedn; the ~, a. person who has died, orang yg telah meninggal dunia; (male Muslim) Allahyarham; (female Muslim) Allahyarhamah; (non-Muslim) mendiang + approp n: in memory of the ~, bagi mengingati mendiang isterinya; to say a prayer for the ~, membaca doa utk mendiang En. Lee; b. persons who have died, /mereka, orang/ yg telah meninggal dunia: on Remembrance Day special prayers are said for the ~, pd Hari Peringatan doa khas dibaca utk mereka yg telah meninggal dunia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earthn 1. (planet) bumi: the ~ revolves round the sun, bumi beredar mengelilingi matahari; 2. material world, dunia, muka bumi: our life on this ~ is brief, hidup kita di dunia ini singkat sahaja; 3. ground, bumi: the plane nosedived and crashed to the ~, kapal terbang itu menjunam lalu terhempas ke bumi; 4. soil, tanah: to fill a pot with ~, mengisi pasu dgn tanah; 5. animal hole, lubang (tempat tinggal binatang); 6. (electr) litar bumi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
godG~ damn you, haram jadah, celaka kamu; G~ help so., Tuhan melindungi sso; G~’s gift to women, jantan nombor satu di dunia: he thinks he is G~’s gift to women, dia fikir dia jantan nombor satu di dunia; G~ willing, jika dizinkan Tuhan; (in Islam) Insya-Allah, jika diizinkan Allah; by G~, (colloq) Ya Tuhan, Ya Rabbi; for G~’s sake, tolonglah; good G~, my G~, oh G~, G~ in Heaven, Ya Tuhan; (in Islam) Ya Allah, Ya Rabbi; /how, what, why/ in G~’s name, [not translated]: why in G~’s name didn’t you go to the police?, kenapalah kamu tdk pergi pd polis?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exportvi & vt mengeksport: Malaysia ~s timber to Japan, Malaysia mengeksport kayu balak ke Jepun; the western world ~s its ideas and values to all parts of the world, dunia barat mengeksport idea dan nilai-nilainya ke serata dunia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
free worldn dunia bebas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deceasevi meninggal (dunia), mati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deceasedadj sudah /meninggal (dunia), mati/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas