Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ko.no.mi] | ايکونومي

Definisi : (ékonomi) 1. ilmu bkn pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan: beberapa orang penuntut ~ sedang membantu Kementerian Buruh menyelidiki keadaan pengangguran sekarang ini; ahli ~ orang yg pakar dlm bidang ekonomi; 2. sistem penge (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ko.no.mi] | ايکونومي

Definisi : /ékonomi/ 1 ilmu ttg asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah-masalah kewangan (kemasyarakatan dll) yg bersangkutan dgnnya. 2 keadaan kekayaan atau kebendaan (sesebuah negara dll): Kedudukan ~ negara semakin kukuh. 3 urusan ttg perkara-perkara rumah tangga (spt perbelanjaan, penggunaan barang-barang). 4 tidak boros; hemat. ~ campuran sistem ekonomi yg sebahagian sumbernya dikawal oleh sektor awam dan sebahagian lagi dikawal oleh sektor swasta. ~ terbuka ekonomi yg melibatkan perdagangan sesebuah negara dgn negara yg lain. ~ tertutup ekonomi yg tidak melibatkan perdagangan antarabangsa, iaitu tidak wujud aktiviti import dan eksport barangan atau bahan pengeluaran. berekonomi 1 menjalankan sesuatu usaha menurut ilmu ekonomi. 2 bercermat atau berhati-hati dlm menggunakan wang; berhemat. mengekonomikan membelanjakan wang dgn hati-hati; menghematkan: Utk tujuan ini, beliau telah ~ segala perbelanjaan seberapa yg dpt. perekonomian hal-hal atau kegiatan-kegiatan ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekonomi


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
economy4. (of class of air travel) kelas ekonomi; (attrib) ekonomi: ~ class, kelas ekonomi; 5. (of packaged product), (attrib) ekonomi: ~ pack, pek ekonomi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
economicadj 1. of an economy or economics, ekonomi: ~ growth, pertumbuhan ekonomi; ~ forecasting, peramalan ekonomi; a country’s ~ system, sistem ekonomi sesebuah negara; ~ law, hukum ekonomi; 2. profitable, menguntungkan: mining is not always an ~ enterprise, perlombongan bukannya perusahaan yg selalunya menguntungkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
economicsn 1. (the science), (ilmu) ekonomi: knowledge of ~, pengetahuan ttg ilmu ekonomi; an ~ student, pelajar ekonomi; 2. financial aspects, aspek ekonomi: the ~ of the proposal must be carefully examined, aspek ekonomi saranan itu mesti dikaji dgn teliti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
economyn 1. (system for the) management of resources, ekonomi: inflation would have adverse effects on the country’s ~, inflasi akan mendatangkan kesan-kesan buruk thdp ekonomi negara; agricultural ~, ekonomi pertanian; 2. avoidance of waste, cermat, hemat, jimat: the household is run with considerable ~, rumah itu diurus dgn begitu cermat; practise ~, berjimat, bercermat, berhemat; 3. instance of avoiding waste, berjimat, bercermat, berhemat: buying cheap cloth is a false ~, membeli kain murah bukan sebenarnya berjimat; with some small economies, you should be able to save more money, dgn berjimat sedikit-sedikit kamu dapat menyimpan lebih banyak wang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
economistn ahli ekonomi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
free market economyn ekonomi pasaran bebas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
economy-sizedadj saiz ekonomi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
economy-sizen saiz ekonomi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
economy of scalen ekonomi ikut /skala, bidangan/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
European Economic Communityn Komuniti Ekonomi Eropah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas