Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.rat] | ارت

Definisi : 1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll): Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh, teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll): ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat dan kerajaan tetap ~;mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll; mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll): saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita umat Islam; pengerat seseorang atau sesuatu yg meng­eratkan: ~ hubungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.rat] | ارت

Definisi : 1 tidak mudah lepas; tidak longgar (bkn ikatan atau pegangan); kuat-kuat: Anak itu memegang tangan ibunya dgn ~. 2 tetap, tidak berubah (bkn janji); rapat atau karib benar (bkn persahabatan, hubungan dll): Persahabatan mereka berdua itu sangat ~. mengeratkan 1 menjadikan erat (bkn ikatan, genggaman dll); menguatkan; meneguhkan. 2 menjadikan erat atau rapat (bkn persahabatan dll); merapatkan. mempererat 1 menjadikan lebih erat (bkn ikatan, genggaman dll). 2 menjadikan lebih erat atau lebih rapat (bkn persahabatan dll): Projek gotong-royong itu akan ~ hubungan antara penduduk kampung. keeratan keadaan erat; keteguhan; kerapatan; kekariban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erat

Peribahasa

Menggenggam erat,
     membuhul mati.

Bermaksud :

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
gripvt 1. take hold of, grasp firmly, a. (with hand) menggenggam, memegang kuat, memegang /kuat-kuat, erat-erat/: she ~ped her friend’s hand warmly, dia menggenggam tangan kawannya itu dgn mesra; the policeman ~ped the thief by the collar, mata-mata tersebut memegang kuat kolar baju pencuri itu; he ~ped the rope with both hands, dia memegang kuat tali itu dgn kedua-dua belah tangannya; b. (with or as if with claws) mencengkam: the tiger ~ped the carcass, harimau itu mencengkam bangkai tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
graspvt 1. a. hold firmly, memegang (dgn kuat); (with closed fist) menggenggam: she ~ed me firmly by the shoulder and swung me around, dia memegang bahu saya erat-erat dan memusingkan saya supaya menghadapnya; the child ~ed the edge of the swimming pool, budak itu memegang tebing kolam renang dgn kuat; he ~ed both my hands warmly, dia menggenggam kedua-dua tangan saya dgn mesra; b. seize firmly, mencengkam:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
graspn 1. a. firm hold, pegangan (yg kuat); (with closed fist) genggaman, menggenggam: he tightened his ~ on my hand, dia mengejapkan pegangannya pd lengan saya; make sure you have a firm ~ of the racket, pastikan kamu menggenggam erat-erat gagang raket itu; b. tight grip (as if with nails or claws) cengkaman: she broke free from my ~, dia melepaskan diri drpd cengkaman saya; 2. control, mastery, cengkaman: the country fell into the ~ of a tyrant, negara itu jatuh ke dlm cengkaman pemerintah yg zalim; 3. comprehension, understanding, pemahaman: this subject is beyond my ~, perkara ini di luar pemahaman saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firm13. compact, padat: the soil around the base of the tree should be ~, tanah di keliling pangkal pokok itu seharusnya padat; 4. strong, forceful, erat: I kept a ~ hold of my daughter’s hand as we crossed the busy street, saya memegang tangan anak saya erat-erat semasa kami melintasi jalan yg sibuk itu; she felt safe in his ~ embrace, dia berasa selamat dlm pelukannya yg erat; 5. not changing, definite, (of decision, offer) muktamad, tegas; (of appointment etc) muktamad, tetap; (of opinion, belief, etc) tegas, kukuh, teguh; (of news, data, etc) kukuh: we received a polite but ~ refusal, kami menerima penolakan yg sopan tetapi tegas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gripn 1. firm hold, grasp, a. (with hand) genggaman, pegangan yg /kuat, erat/: with the money safely in her ~, she ran home, dgn wang itu selamat dlm genggamannya, dia berlari balik ke rumah; he did not release his ~ on the intruder, dia tdk melepaskan pegangannya yg kuat pd penceroboh itu; b. (with or as if with claws) cengkaman: the eagle had its prey firmly in its ~, mangsa helang itu berada dlm cengkamannya yg kuat; these expensive tyres are supposed to give a good ~ on the road, tayar mahal ini dikatakan mempunyai cengkaman yg baik di jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
between~ you and me, ~ you, me and the /gatepost, bedpost/, ~ ourselves, antara kita berdua; after all there has been ~ us, mengenangkan hubungan kita yg begitu erat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lay 1 ~ eggs, bertelur, mengeluarkan telur: some mammals ~ eggs, sesetengah mamalia bertelur; a hen usually ~s an egg a day, ibu ayam biasanya mengeluarkan telur sebiji sehari; ~ hold of, a. grasp, mencengkam, memegang erat: he laid hold of the net and pulled it into the boat, dia memegang erat jala itu dan menariknya k_Þe dlm bot; b. (fig.), (dapat) memiliki: he was lucky to ~ hold of that piece of land before it was put on the market, dia bernasib baik dapat memiliki tanah itu sebelum dijual di pasaran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fellowshipn 1. companionship, persahabatan: in our department there is a great feeling of ~ among the staff, di jabatan kami terdapat perasaan persahabatan yg erat di kalangan kakitangan; 2. group, association, perkumpulan; 3. position within college, university, etc, fellowship; 4. postgraduate scholarship, biasiswa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concludevt 1. bring to an end, mengakhiri, menamatkan: he ~d his speech with an appeal for greater cooperation among member countries, dia mengakhiri ucapannya dgn merayu supaya negara-negara anggota bekerjasama dgn lebih erat; 2. deduce, membuat kesimpulan, menyimpulkan: after considerable deliberation, we ~d that stricter control of prices was necessary, setelah mempertimbangkan hal itu dgn agak lama, kami membuat kesimpulan bahawa kawalan harga yg lebih ketat adalah perlu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firm1adj 1. solid, not yielding to pressure, tdk lembik; (of fruit , flesh, cushion) pejal: the refrigerator will keep the butter ~, kalau disimpan dlm peti sejuk, mentega tdk lembik; his stomach muscles were still ~, otot perutnya masih pejal; 2. secure, a. kukuh, teguh: it was difficult tofind a ~ foot-hold on the icy slope, susah mencari tempat berpijak yg kukuh pd cerun yg berais itu; he wound sticky tape round the broken chair leg till it was ~, dia melilitkan pita perekat pd kaki kerusi yg patah itu hingga kukuh; b. (fig.) kukuh, teguh, erat: there are ~ ties of friendship between our two countries, terdapat tali persahabatan yg erat antara kedua-dua negara kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas