Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.ham] | فهم

Definisi : 1. = fahaman pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu, pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; 2. fikiran atau anggapan dsb yg menjadi pegangan seseorang, pendapat: ~ mereka saling bercanggah; 3. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan; 4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu: ~ komunisme; ~ kapitalis faham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme; ~ kapitalis laissez-faire faham yg menganjurkan kegiatan ekonomi yg bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan); ~ sosialis faham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); ~ sosialis Marx faham sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx; ~ taakul faham yg menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dll); ~nya bagai getah cair prb Mn tidak tetap pendirian; angan lalu ~ tertumbuk prb Mn kemahuan ada tetapi tidak berdaya;sefaham, sefahaman 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn); bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain; kesefahaman keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~;persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan: dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~ kenegaraan; 2. bijaksana, berbudi, berakal: ia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;memahami 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan;memahamkan 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami): lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar;ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami: itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;pemahaman perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.ham] | فهم

Definisi : 1 tahu benar (akan sesuatu): Rahman tidak ~ akan ajaran gurunya itu. 2 = fahaman fikiran atau anggapan mengenai sesuatu; pendapat. berfahaman 1 mempunyai fahaman (pendapat dsb): Walaupun negara telah maju, mereka masih ~ kolot. 2 mempunyai akal budi; berfikiran dan bijaksana: Pak Ali sangat ~ orangnya, oleh sebab itu beliau disegani oleh masyarakat kampung. memahami 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. memahamkan 1 mempelajari atau meneliti sungguh-sungguh supaya faham: Utk ~ puisi itu, ia terpaksa membacanya beberapa kali. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt difahami: Demikianlah kita difahamkan. 3 mengertikan: Ayat itu disusun dgn baik supaya tidak salah ~nya. kefahaman 1 hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2 sesuatu yg difahamkan: ujian ~. pemahaman hal memahami atau memahamkan. sefahaman sama fahamannya; sependapat: Mereka sehaluan dan ~. bersefahaman bersetuju antara satu dgn yg lain; mempunyai fahaman yg sama: Mereka ~ dan hidup dlm aman dan damai. persefahaman hal bersefahaman; persetujuan: Dgn cara berunding, ~ dpt dicapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faham

Puisi
 

Bapa hendak meniti dahan,
     Dahan patah tebing seberang;
Saja tak pandai harap faham,
     Jangan gelabah disuruh orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertelingkah bagai antan di lesung.

Bermaksud :

Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cleardo I make myself ~, jelas maksud saya; (in infml situation) faham; get st ~, betul-betul faham (sst); (imper) faham betul-betul: I’ve got it quite ~ I think, saya rasa saya betul-betul faham; now let’s get this ~, eloklah betul-betul faham perkara ini; is that ~, sudah jelas (maksud saya); (in infml situation) faham: all hoops and balls must be returned to the cupboard – is that ~?, semua gelang rotan dan bola mesti disimpan semula di dlm almari – faham?; make it ~, approp v + dgn jelas:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
figure~ so. out, (US), (colloq) faham sso: can you ~ him out? I can’t, kamu faham dia? Saya tak; ~ st out, (US), (colloq) a. calculate st, kira sst: have you ~d out how much the hotel will cost us, kamu sudah kira berapa kita kena bayar hotel; b. understand st, faham sst: I can’t ~ out what he is trying to say,saya tak faham apa yg hendak dikatakannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Greekbe ~ to so., (colloq) tak faham langsung: yesterday’s talk was all ~ to me, saya tak faham langsung ceramah semalam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cottonvi; ~ on, (colloq) understand, faham: did you ~ on to what the lecturer was saying?, awak faham tak apa dicakapkan oleh pensyarah itu?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
f ollow6. understand, faham: I could not quite ~ so I asked him to repeat what he had just said, saya tdk begitu faham, jadi saya memintanya mengulang apa yg dikatakannya tadi; 7. pay attention, mengikuti + approp n: even though the talk lasted for over half an hour, I could see that the students were ~ing closely, walaupun ceramah itu berlangsung selama lebih drpd setengah jam, saya nampak bahawa pelajar-pelajar mengikutinya dgn penuh perhatian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-purposesn; be at ~, a. misunderstand each other, salah faham: we seem to be at ~, I thought you wanted to go to Bangkok, not Haadyai, kita ini salah faham, saya fikir kamu hendak ke Bangkok, bukan ke Haadyai; b. have conflicting desires, purposes, plans, etc, [various translations]: to work at ~, bekerja dgn tujuan yg berlainan; to talk at ~, bercakap tdk sehaluan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
humanitarianismn faham kemanusiaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
factionalismn faham berpuak(-puak).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extremismn faham pelampau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
determinismn faham penentuan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas