Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.kus] | فوکوس

Definisi : 1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini; berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.kus] | فوکوس

Definisi : 1 ist satu titik dlm sistem optik tempat sinar bertumpu atau tempat sinar mula mencapah. 2 sesuatu yg menjadi pusat perhatian: Mereka menitikberatkan perkara yg menjadi ~ perbincangan pd hari itu. 3 tumpuan perhatian, perbincangan dsb: Dia memberikan ~ pd mata pelajaran Sains. berfokus berpusat; bertumpu: Perbincangan itu ~ pd isu moral para remaja. memfokus membuat tumpuan pd satu titik atau pd satu objek: Kamera itu dpt ~ secara automatik. memfokuskan menjadikan cahaya bertumpu ke satu titik (dgn menggerak-gerakkan kanta dll). terfokus 1 tertumpu pd sesuatu yg diperhatikan: Mataku ~ pd tompokan darah di lantai. 2 tertumpu pd sesuatu sasaran: Usaha dan tindakan yg diambil mestilah ~ agar matlamat dpt dicapai. pemfokusan perbuatan, proses dsb memfokus atau memfokuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fokus


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
focusn 1. (tech) fokus: paraxial ~, fokus parapaksi; 2. device on camera, fokus; 3. centre (of activity, interest, attention) tumpuan: he does not like being the ~ of attention, dia tdk suka menjadi tumpuan perhatian; the plans to build a new highway through the centre of town soon became the ~ of protracted public discussion, rancangan utk membina lebuh raya baru melalui pusat bandar tdk lama kemudian menjadi tumpuan perbincangan umum yg berpanjangan; there’s too much ~ on money in this society, terlalu banyak tumpuan yg diberikan pd wang dlm masyarakat ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
focal length, focal distancen jarak fokus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
focaladj 1. fokus; 2. (fig.) tumpuan: ~ person, orang tumpuan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
focal pointn 1. titik fokus; 2. (fig.) tumpuan utama; (of place, object), (tempat) tumpuan: the ~ of the new project is the provision of jobs for unemployed graduates, tumpuan utama projek ini adalah menyediakan kerja utk siswazah-siswazah menganggur; the TV set is the ~ of the sitting room, peti telivisyen itu menjadi tumpuan bilik tamu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas