Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.gu] | ݢڠݢو

Definisi : ; mengganggu 1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan ke­amanan; terganggu terusik, tercegah, terhalang: pasukan keamanan nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan;gangguan 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan;~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita;penggangguan perihal atau perbuatan mengganggu; pengganggu orang dll yg (suka, selalu) mengganggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.gu] | ݢڠݢو

Definisi : ; mengganggu 1 berbuat sesuatu utk menimbulkan rasa tidak tenteram atau rasa gelisah; berbuat sesuatu utk menyusahkan orang lain sama ada dgn niat jahat atau utk bermain-main saja; mengusik: Jangan suka ~ anak isteri orang. 2 menyebabkan tidak dpt berjalan sebagaimana yg sepatutnya; menghalang sesuatu drpd berjalan dgn lancar; menimbulkan kekacauan dll: Orang Inggeris berasa risau kerana peperangan saudara di negeri Perak itu ~ perniagaan mereka. ~ gugat mendakwa atau memperkarakan: Menurut perlembagaan, tiada seorang pun yg boleh ~ gugat kedudukan seseorang sultan. terganggu mendapat halangan atau rintangan; terhalang: Siaran televisyen telah ~ kerana kerosakan alat pemancarnya. gangguan apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. penggangguan perbuatan mengganggu. pengganggu orang yg (suka) mengganggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganggu


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hasslevt (colloq) bother, mengganggu: don’t ~ me, jangan ganggu aku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alone /leave, let/ /so., st,/ ~, a. (lit.) meninggalkan sso sendirian: I would like to be left ~ now, saya ingin ditinggalkan sendirian sekarang; b. not disturb, meddle with, touch so., st, tdk, /mengganggu, mengusik(-usik)/ /sso, sst/; (imper) jangan /ganggu, usik(-usik)/: he kept pulling the cat’s tail and wouldn’t leave it ~, dia menarik-narik ekor kucing itu, dan tdk mahu berhenti mengganggunya; after that, they left me completely ~, sesudah itu mereka sedikit pun tdk mengganggu saya lagi; leave my books ~, jangan usik-usik buku saya itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foul6. (of chimney, pipe, etc) clogged up, tersumbat; 7. rotten, teruk: I’ve had an absolutely ~ day at work, di pejabat hari ini teruk betul; the weather has been ~ for weeks, sudah berminggu cuaca teruk; don’t disturb your father, he’s in a ~ temper, jangan ganggu ayah kamu, angin dia teruk hari ini; have a ~ temper, panas baran; 8. (sport) faul: a ~ stroke, pukulan faul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas