Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.tung] | ݢنتوڠ

Definisi : ; hukum ~ hukuman mati dgn mencerut leher dgn tali (yg terikat pd tiang); jambatan ~ titi yg tidak bertiang; kahwin ~ = nikah ~ perkahwinan yg belum lagi diumumkan (diraikan) dgn upacara persandingan; lampu ~ lampu yg disangkut (tidak berdiri); pusaka ~ waris yg belum diketahui pemiliknya; ~ kemudi sl cukai yg dikenakan di pelabuhan; ~ layar sl hadiah kpd orang yg menyelamatkan kapal yg hendak karam; bergantung 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; bergantung-gantung bergantung banyak-banyak di sana sini: jemuran yg ~ di balkoni apartmen itu memang mencacatkan pemandangan;bergantungan bergantung-gantung, bergantung banyak-banyak: ia memerhatikan gambar-gambar yg ~ di dinding;menggantung 1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll) hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut): perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb) sehingga diputuskan secara muktamad; ~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang drpd melaksanakan tugasatau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya;~ raket berhenti sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~raketnya, nama beliau terus hilang dr dada akhbar; digantung tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali);menggantungi 1. menjadikan (sesuatu) sbg tempat menggantungkan (sesuatu): pokok ru itu digantungi dgn lampu yg berbagai-bagai warnanya; 2. menggantung berulang-ulang;menggantungkan 1. menyangkutkan pd paku dll atau mengikatkan pd sesuatu dsb supaya terletak pd tempat yg tinggi, menjadikan bergantung: ia ~ semua kad Hari Raya pd tali yg direntang; 2. menyandarkan (nasib, pekerjaan, dll) pd, mengharapkan (pertolongan dll) drpd, meletakkan (harapan dsb): mereka ~ harapan hari depan mereka pd kejayaan Hanifah dlm pelajarannya; digantungkan tinggi, digalikan dalam prb perjanjian yg dibuat dgn syarat-syarat yg teguh; ~ kain kotor di muka pintu prb perihal perbuatan yg pandir yg memberi malu pd diri sendiri;mempergantungi menjadikan (seseorang) tempat bergantung: aku masih terkatung-katung dgn tiada tempat bergantung tetapi dipergantungi pula oleh orang lain;tergantung 1. telah digantung, tersangkut, terpaut: lampu itu ~ di loteng; 2. diserahkan, terserah (pd): hukuman yg akan dikenakan ~ pd hakim; gantungan 1. sesuatu yg digantung(kan); 2.alat utk menyangkut (menggantungkan) sesuatu;kebergantungan perihal (keadaan) bergantung (pd): sikap ~ pd orang lain;ketergantungan keadaan atau sifat (masih) bergantung (pd sesuatu): ini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan bebas drpd ~ pd keluarga. ketidakbergantungan perihal (keadaan) tidak bergantung pd: ~ politik kawasan ygberpisah-pisah; pergantungan 1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara;penggantungan 1. perihal menggantung; 2. tempat menggantung(kan) sesuatu, tempat menghukum gantung orang: ~ kain baju itu letaknya berhampiran dgn katil;penggantung digunakan utk menggantungkan sesuatu: tali ~ seluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.tung] | ݢنتوڠ

Definisi : tidak mempunyai sangga atau sokong dr bawah; tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: lampu ~; jambatan ~. hukum ~ (sampai mati) hukuman mati dgn menjerut leher orang yg dihukum dgn tali yg tersangkut pd tiang dll. bergantung 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. menggantung 1 mencerut leher seseorang (sampai mati) dgn menggayutkannya pd tali yg tersangkut pd tiang dll: Pihak polis masih menyiasat siapa yg ~ gadis itu. 2 memasang (kelambu, tirai dll) dgn menyangkutkan tali dsb pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir. 3 menahan atau menangguhkan sesuatu hingga ke suatu masa yg sesuai spt sehingga cukup keterangan atau bukti, keadaan tenang dsb: Perkara itu terpaksa digantung buat sementara kerana yg dituduh tidak dpt hadir. 4 menyekat seseorang drpd menjalankan tugasnya dll: Tuan Pengurus telah ~ tiga orang kakitangannya kerana didapati tidak menjalankan kerja mereka dgn memuaskan. menggantungkan 1 menyangkutkan sesuatu pd; menjadikan bergantung: Kerana aku terlalu suka main layang-layang, bapa telah ~ tali layang-layang itu pd leherku. 2 menyerahkan halnya kpd; mengharapkan sesuatu drpd: Mereka ~ harapan masa depan mereka pd kejayaan anak yg sedang belajar di universiti. tergantung 1 sudah digantung atau digantungkan; dlm keadaan bergantung: Beberapa buah lukisan yg indah ~ di dinding ruang tamu. 2 diserahkan seluruhnya; terserah: Perkara ini ~ pd kemahuanmu sendiri. pergantungan perihal bergantung atau mengharapkan pertolongan (bantuan) orang lain: Ibu bapanya satu-satunya tempat ~nya. penggantungan perbuatan menggantung atau menggantungkan: ~ hiasan-hiasan itu memakan masa yg agak lama. penggantung alat atau tempat utk menggantung atau menggantungkan sesuatu: ~ baju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gantung

Puisi
 

Pinang muda gantung di balai,
     Taruh makan bulan puasa;
Orang muda jangan dilalai,
     Kalau lalai rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hang~ by, tergantung-gantung pd: he was discovered along the cliff ~ing by a thick rope, dia dijumpai di tepi tebing tergantung-gantung pd tali yg tebal; ~ by a /hair, (single) thread/, seolah-olah bergantung pd sehelai rambut: his life hung by a hair, nyawanya seolah-olah bergantung pd sehelai rambut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hangingn 1. punishment by execution on the gallows, hukuman gantung: ~ was abolished at the turn of the century, hukuman gantung dihapuskan di penghujung abad itu; 2. act of hanging so., penggantungan: a public ~, penggantungan di khalayak ramai; 3. (usu in pl) cloth, drapery, etc hung on the wall, approp n + dinding: expensive ~s from India, hamparan dinding yg mahal dr India.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gallowsn structure from which condemned criminals are hanged, tempat gantung, penggantungan; be sent to the ~, digantung: the murderer was sent to the ~, pembunuh itu digantung; end up on the ~, mati di tali gantung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hangd. (by fixing onto st) memasang: to ~ wallpaper, memasang kertas hias dinding; 2. put to death by hanging as capital punishment, menghukum gantung: murderers are no longer ~ed in that country, pembunuh tdk lagi dihukum gantung di negara itu; 3. kill by hanging, menggantung: the murderer ~ed his victims, pembunuh itu menggantung mangsa-mangsanya; ~ os, menggantung diri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hangmann tukang gantung, pertanda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hanging walln dinding gantung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gallows-treen tempat gantung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gibbetn (archaic) gallows, tiang gantung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gallows-birdn (colloq) orang yg patut dihukum gantung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hangingadj 1. suspended, pendulous, tergantung: the ~ rock, batu yg tergantung; the ~ lamp, lampu yg tergantung; 2. punishable by hanging, boleh dihukum gantung: murder is still a ~ crime in some countries, membunuh masih merupakan jenayah yg boleh dihukum gantung di sesetengah negara; 3. undecided, belum diputuskan: it’s a ~ matter, perkara itu belum diputuskan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas