Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.li] | ݢلي

Definisi : 1. rasa badan kalau digeletek; 2. rasa hendak ketawa (kerana lawak jenaka dll): ~ ia melihat kelakuan anaknya; 3. berasa ngilu atau ngeri (mendengar bunyi orang mengikir besi dll); 4. berasa jijik dan seram melihat sesuatu spt ular, lintah, dll; 5. berasa jijik, mual, atau loya apabila terlihat atau terhidu benda yg kotor dan busuk; ~-geman = ~-geleman jijik; ~ hati rasa hendak ketawa; habis ~ oleh geletek, habis bisa oleh biasa prb kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi;menggeli Mn memberanikan (ayam yg berlaga); ~ induk ayam prb memberanikan seorang penakut; menggelikan 1. = ~ hati menimbulkan gelak ketawa; 2. menimbulkan rasa geli: maka banyak perkara yg ~ telah disaksikan;kegelian 1. perihal geli, perasaan geli: cerita Esah itu menimbulkan ~ juga di hatiku; 2. berasa geli: benda itu melentuk-lentuk macam telinga arnab ~;penggeli orang yg mudah berasa geli (kalau digeletek); ~ hati sesuatu yg menggelikan hati, lawak jenaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.li] | ݢلي

Definisi : ; buah ~ = geli-geli buah pinggang, ginjal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.li] | ݢلي

Definisi : 1 perasaan yg dialami spt ketika seseorang digeletek dan biasanya mentertawakan: Jangan usik ketiakku, ~. 2 berasa jijik serta seram kerana melihat sesuatu spt lintah, cacing: Jangan bawa lintah itu ke sini, saya ~ melihatnya. 3 = ~ hati berasa hendak ketawa kerana lucu dll: ~ aku mendengar jenakanya. 4 berasa ngeri atau ngilu kerana mendengar bunyi orang mengikir dll. ~ geman (geleman) berasa sangat geli (jijik dan seram). menggelikan 1 menyebabkan berasa geli spt digeletek, melihat sesuatu spt lintah, cacing. 2 = ~ hati menyebabkan tertawa. penggeli orang yg mudah berasa geli; orang yg tidak tahan melihat atau mendengar sesuatu yg menggelikan. ~ hati sesuatu spt jenaka yg menggelikan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geli

Peribahasa

Habis miang kerana bergeser.

Bermaksud :

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
amusementin ~, geli hati: his sister listened in ~ as he told her the joke, kakaknya geli hati mendengar jenaka yg diceritakannya; to so’s ~, geli hati: to his friends’ ~ he slipped and fell on the ice, rakan-rakannya geli hati melihat dia tergelincir dan jatuh ke atas air batu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
amusedadj 1. entertained, diverted, terhibur; 2. tickled, geli hati; 3. showing amusement, menunjukkan sso geli hati: the ~ look on his face, pandangan yg menunjukkan dia geli hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creepmake o’s /flesh, skin/ ~, a. (with fear), /meremangkan, menegakkan/ bulu roma sso; b. (with repugnance, disgust), (menyebabkan) sso /geli-geman, berasa jijik/; (by person) menyeramkan: horror films make my flesh ~, filem seram menyebabkan bulu roma saya meremang; the sight of the snakes made her skin ~ all over, dia geli-geman melihat ular-ular itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aversionn 1. extreme dislike, tdk suka; (of cats, snakes, etc) geli (-geleman): his ~ to any form of work, dia tdk suka akan jenis kerja apa pun; /feel, have, take/ an ~ to, tdk suka, benci: he has an ~ to getting up early, dia tdk suka bangun awal; 2. so., st disliked, esp pet ~, /sso, sst/ yg tdk sso sukai: he is my pet ~,dialah orang yg tdk saya sukai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greatlyadv amat, sangat, sungguh: he was ~ amused by the orang-utan’s antics, dia berasa amat geli hati dgn telatah orang hutan itu; the new product is ~ inferior to the old one, barangan yg baru itu sangat rendah mutunya berbanding dgn yg lama; it is ~ regretted that such an occurrence has taken place, adalah amat dikesali kejadian begini telah berlaku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
amusevt 1. entertain, divert, menghiburkan (hati): they ~d themselves by playing carom, mereka menghiburkan hati dgn bermain karom; 2. cause to laugh, menggelikan hati: his jokes ~d us, leluconnya menggelikan hati kami; be ~d /at, by/, geli hati + approp v: she was highly ~d by his antics, dia amat geli hati melihat gelagat lucu lelaki itu; to be ~d at so’s stories, geli hati mendengar cerita sso; keep so. ~d, menghiburkan (hati) sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faceb. despite, /meskipun, sungguhpun, walaupun/ menghadapi: he succeeded in the ~ of difficulties, dia berjaya meskipun menghadapi kesukaran; keep a straight ~, menahan /senyum, ketawa/, menyembunyikan rasa geli hati; laugh in so’s ~, mentertawakan sso; look so. in the ~, /memandang (ke) muka, menenung, merenung/ sso: since that episode at the club, I just cannot look him in the ~, selepas episod di kelab itu, saya tdk dapat memandang mukanya; lose ~, jatuh air muka, (mendapat) malu; /make, pull/ /a ~, ~s/, membuat muka; meet so. ~ to ~, /bertemu muka, bersemuka/ dgn sso; on the ~, (pd) muka: the shrapnel struck him on the ~, serpihan dr letupan itu terkena mukanya; on the ~ of it, pd /zahirnya, lahirnya/: on the ~ of it, the problem looks easy, pada zahirnya masalah itu kelihatan mudah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
amusementn 1. st that amuses, hiburan: a big city offering many ~s, sebuah kota besar yg menawarkan berbagai-bagai hiburan; one of his favourite ~s, salah satu hiburan yg digemarinya; 2. pleasant diversion, entertainment, menghiburkan (hati): she paints for her own ~, dia melukis utk menghiburkan hatinya sendiri; 3. state of being amused, (rasa) geli hati: she couldn’t hide her ~ when I fell into the pool, dia tdk dapat menyembunyikan rasa geli hatinya apabila saya terjatuh ke dlm kolam itu; 4. act of amusing, penghiburan, menghiburkan (hati): she had many plans for the ~ of the children during the holidays, rancangannya banyak utk menghiburkan anak-anaknya semasa cuti sekolah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flesh~ and blood, a. human, manusia biasa: don’t expect me to solve all your problems; I’m only ~ and blood, jangan harap saya dapat menyelesaikan segala masalahmu; saya ini hanya manusia biasa; b. blood relatives, darah daging; in the ~, orangnya: I’ve never met him in the ~, saya belum pernah berjumpa dgn orangnya; make so’s ~ /creep, crawl/, /mengerikan, menyeramkan/ sso, membuat sso geli-g(el)eman: spiders always make her ~ creep, labah-labah selalu membuatnya geli-geleman; more than ~ and blood can stand, tdk tertanggung dik badan; /pleasures, sins, etc /of the ~, /kenikmatan, dosa/ hawa nafsu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incongruityn 1. (lack of harmony, consistency, compatibility) ketidaksesuaian, tdk /sesuai, ena/; (state of being strange seen in relation to surroundings) kejanggalan; (inappropriateness) tdk kena pd tempatnya: the ~ of his attire caused amusement, pakaiannya yg tdk sesuai menyebabkan orang geli hati; 2. st incongruous, kejanggalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas