Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.li.sah] | ݢليسه

Definisi : tidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dll), risau: hari sudah jauh malam, perempuan itu ~ memikirkan hal anaknya yg belum pulang lagi; resah ~ sangat gelisah;menggelisah berlaku (bertindak) gelisah, berada dlm keadaan gelisah: ia duduk salah, berdiri tidak kena, ke sana ke mari ~; menggelisahkan menimbulkan atau menyebabkan rasa gelisah, mencemaskan, merunsingkan: keluarnya Singapura drpd Malaysia ~ sebahagian besar penduduk di Malaysia;kegelisahan perihal gelisah, perasaan gelisah: inilah punca penderitaan dan ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.li.sah] | ݢليسه

Definisi : tidak tenteram hatinya; selalu berasa khuatir; tidak sabar menunggu dsb: Raja dan pengiringnya yg menunggu di luar berasa ~ kerana pemuda itu belum balik-balik lagi. menggelisah berada dlm keadaan gelisah; berasa gelisah: Pak Saleh ~ kerana makanannya belum juga dihantar. menggelisahkan menimbulkan rasa gelisah; menyebabkan berasa gelisah: Tentu ada sesuatu hal yg ~nya. kegelisahan hal atau keadaan gelisah; perasaan gelisah; kekhuatiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelisah

Puisi
 

Bunga dedap lebat di dahan,
     Bila kembang warnanya merah;
Kalau cinta menjerat badan,
     Hati juga selalu gelisah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fidgetyadj resah, gelisah; become ~, /naik, menjadi/ /resah, gelisah/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discomfitvt (fml) , (act.) menggelisahkan; (pass.), (berasa) gelisah: he was ~ed by the close questioning, dia berasa gelisah apabila disoal dgn terperinci.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fidgetn 1. (often in pl) state of restlessness, keresahan, kegelisahan; be in a ~, have the ~s, resah, gelisah; get the ~s, menjadi /gelisah, resah/; give so. the ~s, /meresahkan, menggelisahkan/ sso; 2. person who fidgets, (orang yg) /resah, gelisah/: what a ~ you are!, resahnya kamu ini!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hot~ and bothered, gelisah, resah: there’s no need to get all ~ and bothered over such a small matter, tdk perlu resah ttg perkara yg sebegitu kecil; ~ bath, mandi air panas; ~ favourite, pilihan ramai; be ~ on st, (colloq) a. be interested in st, minat sst: she’s ~ on rock music, dia minat muzik rock; b. be good at st, bagus dlm sst: she’s ~ on maths, dia bagus dlm matematik; ~ tip, panduan yg tepat; /be in, get into/ ~ water, (colloq) mendapat susah: you’ll get into ~water if you’re late again, kamu akan mendapat susah jika kamu datang lambat lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
edgyadj nervous, gelisah, resah, kelesah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bundle(be) a ~ of nerves, resah gelisah, kelesah; go a ~ on, (sl) suka: to go a ~ on horror movies, suka cerita-cerita seram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calmvt 1. pacify, menenangkan, menenteramkan: to ~ o’s agitated feelings, menenangkan perasaan gelisah sso; 2. allay, meredakan, mengurangkan: to ~ so’s fears, meredakan rasa takut sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
antn semut: ~s’ nest, sarang semut; white ~, anai-anai; have ~s in o’s pants, (sl) resah gelisah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headcome to a ~, a. sudah hampir meletus; b. (fig.) meruncing: the unrest in the country has come to a ~, keadaan gelisah di negara itu kini telah meruncing; cost so. his ~, mengorbankan nyawa sso; /cry, eat, talk/ o’s ~ off, /menangis, makan, bercakap/ semahu-mahunya; do a ~ count, kira berapa orang; fall ~ over heels, a. jatuh tunggang terbalik; b. esp fall ~ over heels in love, benar-benar jatuh cinta: he has fallen ~ over heels in love with the actress, dia telah benar-benar jatuh cinta pd seniwati itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intenseadj 1. great, extreme in degree, amount, strength, etc, a. (rel to weather condition) terlalu: she tossed and turned the whole night because of the ~ heat, dia gelisah dan tdk dapat tidur sepanjang malam krn cuaca terlalu panas; b. (rel to flames, heat from fire, nuclear blast, etc) terlalu panas: the ~ heat from the fire forced them back, bahang api yg terlalu panas menyebabkan mereka terpaksa berundur; ~ flames, api yg terlalu panas; c. (of pain etc) amat sangat: the patient suffered ~ pain, pesakit itu mengalami kesakitan yg amat sangat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas