Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.gur] | ݢوݢور

Definisi : 1. jatuh, luruh (buah dll): buah yg tak ~-~; 2. jatuh sebelum masak (buah-buahan); 3. lahir sebelum cukup bulan (anak kecil): anak ~; 4. runtuh (tanah dll); 5. mati (terkorban) dlm pertempuran: telah banyak pahlawan Kedah yg ~; 6. hilang, habis (hak dll): kalau sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun lamanya akan ~ haknya utk mengundi dlm majlis perhimpunan agung; ~ hati jatuh hati, jatuh cinta; ~ talak jatuh talak (diceraikan); bunga ~, putik pun ~ prb setiap yg hidup akan mati (dgn tidak memandang umur); berguguran gugur dgn banyaknya: papan dinding rumahnya ~ jatuh berkeping-keping kerana sudah tua; menggugurkan 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut;keguguran 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2.melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~;pengguguran perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggugurkan: ~ kata ‘dari’ pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis; ~ tuntutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gur] | ݢوݢور

Definisi : 1 jatuh dr pohon (ttg buah, daun dsb); luruh: Buah durian sudah mula ~. 2 lahir sebelum masanya (ttg anak dlm kandungan dan anak tsb meninggal dunia). 3 mati (terkorban) dlm peperangan: Dlm pertempuran itu, seorang tentera kita telah ~. 4 hilang (ttg hak): Seseorang itu akan ~ keahliannya jika ia tidak menjelaskan yuran tiga bulan berturut-turut. ~ hati terpikat pd seseorang; jatuh cinta pd seseorang; jatuh hati. ~ talak menjadi bercerai kerana dilafazkan cerai (didapati sabit oleh kadi dsb). berguguran gugur dgn banyaknya: Daun kering ~. menggugurkan 1 menyebabkan gugur; menjatuhkan: Seekor kera sedang ~ buah jambu ke dlm sungai. 2 sengaja mengeluarkan anak dr kandungan sebelum cukup tempohnya (lalu anak tsb meninggal dunia). 3 tidak dibenarkan utk terus menyertai sesuatu pasukan (pertandingan dll): Pemain itu telah digugurkan drpd pasukannya kerana enggan mengikuti latihan. keguguran 1 melahirkan anak sebelum masanya dgn tidak sengaja dan anak tsb meninggal dunia. 2 mengalami kejadian gugur (daun, buah dsb): Pokok-pokok itu ~ daun. 3 hal gugur (terkorban, lucut keahlian dsb): ~nya sbg ahli persatuan itu merupakan satu kehilangan. pengguguran perihal atau perbuatan menggugurkan: ~ huruf p pd awal perkataan itu adalah mengikut peraturan yg ditetapkan. ~ hak atau tuntutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugur

Puisi
 

Hendak gugur gugurlah nangka,
     Jangan menimpa si ranting pauh;
Hendak tidur tidurlah mata,
     Jangan teringat orang yang jauh.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Mumbang jatuh (= runtuh),
     kelapa jatuh (= runtuh).

Bermaksud :

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
autumnaladj musim /luruh, gugur/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
autumnn (season) musim /luruh, gugur/: in the ~ of 1940, pd musim luruh tahun 1940; ~ fashions, fesyen musim luruh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dropvi 1. drip, menitik, menitis; 2. fall, a. (gen) jatuh: a flower-pot ~ped on his head, pasu bunga itu jatuh di atas kepalanya; b. (of leaves, fruits, bombs) gugur, jatuh: the leaves are beginning to ~, daun-daun mula gugur; 3. collapse, rebah: he will work till he ~s, dia akan bekerja sehingga dia rebah; 4. die, gugur: he saw his comrades ~ping all around him, dia melihat rakan-rakannya gugur di sekelilingnya; 5. decrease, fall, jatuh, turun: tin prices ~ped last year, harga bijih timah jatuh tahun lalu; 6. become softer, menjadi perlahan: his voice ~ped, suaranya menjadi perlahan; 7. abate, reda: the wind has ~ped, angin sudah reda; 8. cease, terputus: we’ve let the correspondence ~, kita telah membiarkan hubungan surat-menyurat terputus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
autumnal equinoxn ekuinoks musim /luruh, gugur/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Indian summern musim panas pd hujung musim gugur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bite/~, kiss/ the dust, (rhet) die, gugur; ~ off more than one can chew, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga; ~ o’s lips, mengetap bibir; ~ so’s head off, menengking sso; ~ the hand that feeds one, mengkhianati orang yg menolong sso; be bitten with, mabuk, gila: he had been bitten with a love of motorcycles, dia gila motosikal; could have bitten o’s tongue off, menyesal krn /terlepas, terlanjur/ cakap; what’s biting you, (colloq) apa kenanya awak ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fallenadj 1. having lost honour, chastity, terjerumus ke lembah kehinaan: ~ women, wanita-wanita yg terjerumus ke lembah kehinaan; 2. (of town, city) (telah) ditawan; 3. dead, gugur: the ~ soldiers, askar-askar yg gugur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
falln 1. act, instance of dropping, a. (gen) jatuh(nya); break o’s ~, menampan jatuh sso: a thick bush broke his ~, pohon yg rimbun menampan jatuhnya; have a ~, jatuh: he had a ~ from the horse, dia jatuh dr kuda itu; in the ~, /semasa, ketika/ jatuh: he was badly hurt in the ~, dia cedera teruk semasa jatuh; b. (of tree) tumbang(nya); c. (of leaves) gugur(nya), luruh(nya): the autumn ~ of leaves, daun-daun gugur dlm musim luruh; d. (of fruit) gugur(nya), jatuh(nya): the ~ of an apple from a tree, epal gugur dr pokok; e. (of tower, roof, etc) runtuh(nya), roboh(nya): a large crowd watched the ~ of the tower, orang ramai melihat menara itu runtuh; f. (of rain, snow) turun(nya): a heavy ~ of snow, salji turun lebat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fallvi 1. drop, a. (gen) jatuh: he fell and grazed his knee, dia jatuh dan lututnya melelas; b. (of tree) tumbang: many trees fell in the storm, banyak pokok tumbang dipukul ribut; c. (of leaves) gugur, luruh: leaves ~ in autumn, daun gugur dlm musim luruh; d. (of fruit) gugur, jatuh; e. (of tower, roof etc) runtuh, roboh: many houses fell in the earthquake, banyak rumah yg runtuh semasa gempa bumi; the roof fell with a crash, bumbung itu jatuh terhempas; f. (of rain, snow) turun: rain fell all day, hujan turun sepanjang hari; g. (of tears) bercucuran: her tears fell fast, air matanya bercucuran; 2. become lower in amount, value, etc, turun: prices are ~ing, harga sedang turun; his temperature fell, suhu badannya telah turun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fogn 1. mass of vapour suspended in the atmosphere, kabut, kabus tebal: we have ~s every autumn, setiap musim gugur ada kabut; 2. (photog) kabut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas