Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.la] | ݢولا

Definisi : benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll); ~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis; ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai); gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya; menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;menggulaikan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.la] | ݢولا

Definisi : ; ~ merah sj tumbuhan (pokok), api-api hutan, kayu gula, medang api-api, mungul tiup-tiup, Adinandra dumosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.la] | ݢولا

Definisi : benda manis yg dibuat drpd air beberapa jenis tumbuh-tumbuhan terutamanya tebu. ~ aising gula berbentuk serbuk halus yg digunakan utk membuat aising kek dsb. ~ anggur gula yg dibuat drpd buah anggur. ~ batu gula yg berketul-ketul. ~ darah ist glukosa yg terdapat dlm darah. ~ kabung gula yg dibuat drpd nira kabung. ~ melaka gula yg dibuat drpd nira kelapa. ~ merah gula berwarna coklat atau coklat kehitam-hitaman yg dibuat drpd air tebu. ~ pasir gula yg dibuat drpd air tebu dan berupa spt pasir. ~ ringkas gula dlm bentuk yg tidak dpt dihuraikan lagi (glukosa dsb). ~ tarik sj kuih yg dibuat drpd gula dll. gula-gula 1 bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2 apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati. ~ getah gula-gula yg dicampuri getah dan diberi berperisa utk dikunyah-kunyah, bukan utk ditelan. menggulai memberi bergula; membubuh gula pd: ~ kopi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
jellybeann gula-gula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gumdropn gula-gula gam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jelly babyn gula-gula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cough dropn gula-gula batuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chewing-gumn gula-gula getah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
candyn (US) gula-gula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bon-bonn gula-gula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
all-sortsn berbagai-bagai jenis gula-gula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
carameln 1. burnt sugar, syrup, karamel, gula hangus; 2. (toffee) gula-gula karamel.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chewyadj needing to be chewed, kenyal, liat: a ~ candy, gula-gula yg kenyal; ~ meat, daging yg kenyal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas