Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.lung] | ݢولوڠ

Definisi : 1. benda yg berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang drpd benda berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat: belat se~; dawai lima ~; ~ kain itu tidak betul diikat; 2. ark gulung-gulung kayu yg melintang di antara kasau jantan dan kasau betina; ~ tikar ki bankrap (bkn perusahaan, perniagaan, dsb); gulung-gemulung = bergulung-gulung; bergulung 1. berada dlm gulung (spt kain, layar, dll): tatal ~ spt subang; 2. bergerak spt berguling (ombak, asap, dll); 3. melengkung ke atas atau ke bawah pd hujung atau tepi daun dll; bergulung-gulung 1. banyak gulung: membeli tikar ~; 2. bergerak spt berguling-guling: gelombang air datang ~; asap api ~; menggulung 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya; ~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar; tergulung sudah digulung; gulungan lipatan berbentuk bulat torak: ~ belat; penggulungan perihal (perbuatan dsb) menggulung (perdebatan dsb): ~ hujah dlm kes yg berat memerlukan perbandingan kes dan undang-undang; penggulung alat dll utk menggulung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.lung] | ݢولوڠ

Definisi : sesuatu yg dijadikan berbentuk bulat torak dgn melingkarkannya; bentuk bulat torak drpd benda-benda berhelai atau berlembar yg dilingkarkan: Dua ~ tikar berharga RM25/-. bergulung 1 telah menjadi gulung; sudah dibuat gulung: Lengan bajunya ~ hingga ke siku. 2 bergerak seolah-olah bergolek (ttg ombak). bergulung-gulung 1 beberapa (banyak) gulung: Dibelinya tikar dan hamparan ~. 2 bergerak seolah-olah bergolek berulang-ulang (ttg ombak); bergulung berturut-turut: Ombak datang ~. menggulung 1 membuat sesuatu menjadi bergulung; melipat sesuatu menjadi bulat torak bentuknya: Pak Dol ~ rokok daunnya. 2 melilitkan tali dsb pd gelendong; mengumpar: ~ tali. 3 menamatkan sesuatu ucapan dll; menyudahi perbahasan dll: Tiap-tiap peserta diberi masa lima minit utk ~ syarahannya. tergulung sudah digulung. gulungan apa-apa yg sudah digulung; apa-apa yg bergulung: Dia mengangkat ~ tikar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gulung

Puisi
 

Asap api bergulung-gulung,
     Anak buaya terlampai-lampai;
Hajat hati nak peluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
corkscrewadj bergulung-gulung: ~ curls, keriting bergulung-gulung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curln 1. (of hair) keriting: tight ~s, keriting halus; natural ~s, keriting asli; in ~s, keriting; 2. st spiral-shaped, bergulung-gulung: ~s of smoke rose from the chimney, asap yg bergulung-gulung keluar dr serombong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curlvi 1. form curls, keriting: her hair ~s naturally, rambutnya keriting asli; 2. move in a curling, spiralling manner, a. (of smoke), bergulung-gulung: smoke ~ed from his pipe, asap bergulung-gulung keluar dr paipnya; b. (of paper, leaf, etc) bergulung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
diven 1. act of plunging head first, junaman; (sport) junam: a beautiful ~, junaman yg cantik; tumble ~, junam gulung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fold1vi 1. be able to be bent back, dapat dilipat: the chair won’t ~, kerusi itu tdk dapat dilipat; 2. often ~ up, collapse, (colloq) jatuh bankrap, muflis, gulung tikar: the business finally ~ed up, perniagaan itu akhirnya jatuh bankrap; 3. (of petals) menguncup;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolt2n 1. sliding metal bar to fasten door, gate, etc, selak; 2. metal bar or rod in lock, kancing; 3. fastening rod or screw to take a nut, bolt; 4. sliding bar in breech-loading firearm, pengancing; 5. short arrow for cross bow, anak panah; 6. flash of lightning, panahan petir; 7. roll of woven fabric, wallpaper, etc, gulung: a ~ of silk, segulung kain sutera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas