Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; menghairani berasa hairan terhadap, me­ngagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu; menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdiri­lah dia di situ ~; kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia ter­cengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihirau­kan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berasa pelik atau aneh kerana melihat atau mendengar sesuatu yg luar biasa; takjub: Saya ~ melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul berbagai-bagai bentuk. menghairankan me­nimbulkan rasa hairan; menakjubkan: Kepintaran budak itu bermain senjata ~ para penonton. kehairanan 1 = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan; sangat hairan: Dia tercengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu. 2 keadaan atau rasa hairan: Keadaan pelik itu menimbulkan ~ di kalangan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hairan
1. Bersinonim dengan aneh
( ganjil, pelik, luar biasa, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kagum
( takjub, terpesona, terkejut, terperanjat, kaget, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghairankan, terhairan-hairan, kehairanan,

Puisi
 

Paya Sengeram batu berjari,
     Buah jering dalam petak;
Hairan sungguh hati kami,
     Lautan kering timbul katak.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagaimana tidak menggigit telunjuk,
     melihat air hujan turun keruh.

Bermaksud :

Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
astonishedadj (sangat) hairan: to look ~, kelihatan sangat hairan; weren’t you ~ to see him there?, tidakkah kamu hairan melihat dia di situ?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
astonishvt (act.), (sangat) menghairankan, (sangat) hairan; (pass), (sangat) hairan: the size of the animal ~ ed the child, besarnya binatang tersebut sangat menghairankan anak itu; he ~ed his audience with his skill, para penonton sangat hairan akan kemahirannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
astonishmentn 1. amazement, kehairanan, rasa hairan: ~ was written on his face, kehairanan terbayang di wajahnya; in ~, dgn hairannya, kehairanan: he looked at me in ~, dia memandang saya dgn rasa hairan; to so’s ~, sso hairan: to my ~, he jumped into the river, saya hairan apabila dia terjun ke dlm sungai itu; 2. cause of amazement, /(sst, sso)/ yg menghairankan: he is a never-ending ~ to his parents, dia sentiasa menghairankan ibu bapanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
amazedadj sungguh hairan, kagum: he was ~ at the boy’s courage, dia sungguh hairan melihat keberanian budak itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
amazementn kehairanan, kekaguman; in ~, dgn /hairan, kagum/: to stare at so. in ~, merenung sso dgn hairan; to so’s ~, yg /sungguh menghairankan, mengagumkan/ sso: to his ~ the girl did not even utter a word of protest, yg sungguh menghairankannya ialah bahawa gadis itu tdk membantah sama sekali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blink~ at, a. become surprised, amazed at, hairan: having won several prizes he hardly ~ed at winning another, setelah memenangi beberapa hadiah, dia tdk hairan lagi apabila memenangi hadiah lain; b. see vt (sense 2.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
astonishingadj (sangat) menghairankan: an ~ sight, pemandangan yg sangat menghairankan; the results were truly ~, keputusan itu benar-benar menghairankan; it is ~ to me, saya hairan: it is ~ to me that nobody rang the police, saya hairan tiada seorang pun yg menelefon polis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dealbig ~, (colloq) not impressed, tak hairan; /do, make/ a ~, membuat perjanjian; give so. a /fair, square/ ~, memperlakukan sso dgn saksama; /get, give/ so. a /raw, rough/ ~, (colloq) berlaku tdk adil thdp sso; it’s a ~, setuju;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
astoundvt 1. amaze, (act.) sangat menghairankan, mengagumkan; (pass.) sangat hairan, kagum; 2. shock, (act.) memeranjatkan, mengejutkan; (pass.) terperanjat, terkejut: the whole world was ~ed by the news, seluruh dunia terperanjat mendengar berita itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abundancen banyaknya; (of hair, foliage, etc) lebatnya: they were amazed at the ~ of the harvest, mereka hairan melihat banyaknya hasil tuaian; an ~ of (st), (sst) /berlimpah-limpah, berlebih-lebih, melimpah-ruah/: there was an ~ of food, makanan berlebih-lebih; in ~, banyak sekali: fruit in ~, buah-buahan yg banyak sekali; live in ~, hidup mewah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas