Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ri.mau] | هريماو

Definisi : sj binatang mamalia yg buas (rupanya spt kucing); jenis-jenisnya: ~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa; ~ belang, Panthera tigris; ~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dll; ~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kem­bering; ~ tanpa gigi orang yg telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~ tanpa gigi; bagai ~ kelaparan ki sangat ganas; ~ ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya; ~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati; ~ mati kerana belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya; ~ mengaum tak akan menangkap = ~ ber­tem­pik tak akan makan orang prb orang yg marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul; anak ~ diajar makan daging prb orang yg zalim digalakkan mem­bunuh; anak ~ tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi penakut; bagai ~ beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis (garang dll); spt ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya; sudah masuk ke dlm mulut ~ prb sudah pasti binasa; mengharimaui memarahi (memberangi) dgn menengking-nengking dll, memper­laku­kan dgn kejam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ri.mau] | هريماو

Definisi : 1 beberapa jenis binatang buas yg rupanya spt kucing tetapi lebih besar. ~ belang Panthera tigris. ~ bintang Panthera pardus. ~ dahan Neofelia nebulosa. 2 ki orang yg berani dan ganas: Perajurit-perajurit itu spt ~ dan penuh bersemangat menentang musuh. ~ berantai ki orang yg paling handal dlm sesuatu pasukan atau kumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harimau

Puisi
 

Sehari bulan rajanya harimau,
     Harimau tidur di rimba jati;
Semakin hati bertambah igau,
     Tuan seorang di mata hati.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Harimau puntung kena penjara,
     pelanduk kecil menolakkan mara.

Bermaksud :

Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(69)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
growln 1. rough, guttural sound of animal, bunyi (anjing, kucing, dll) menggeram; (of tiger, lion) bunyi (harimau, singa) mengaum, bunyi aum (harimau, singa); 2. (of thunder, engine, etc) bunyi /deram-derum, deram, derum/ (sst), bunyi (sst) /berderam-derum, berderam, berderum/: the ~ of the outboard motor, bunyi motor sangkut berderum; 3. st said in a low, gruff voice, suara geram: he gave a ~ of disapproval, dia membantah dgn suara geram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fossilizedadj 1. turned into fossil, terfosil: ~ tigers’ teeth, gigi harimau yg terfosil; 2. out-of-date, kolot: ~ ideas, gagasan-gagasan kolot.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gleamingadj 1. glowing, bercahaya, bersinar: a tiger’s ~ eyes, mata harimau yg bercahaya; 2. reflecting brightly, berkilat: a ~ brass doorknob, tombol pintu loyang yg berkilat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
couchvi (liter.) crouch, mendekam: the tiger ~ed ready to spring, harimau itu mendekam sedia utk melompat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frying-pan,(US) fry-pan n kuali; out of the ~ into the fire, keluar dr mulut harimau masuk ke mulut buaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clawvt 1. scratch with claw, mencakar: he was ~ed by a tiger, dia dicakar oleh harimau; 2. make digging motions as with claws, meragas-ragas: he ~ed the wall in an attempt to escape, dia meragas-ragas dinding itu utk melepaskan diri; ~ o’s way up, meragas naik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cubn 1. (of animal) anak, (+ equivalent for parent animal): they have caught a tiger and its ~, mereka telah menangkap seekor harimau bersama anaknya; three playful ~s rolling in the grass, tiga ekor anak beruang yg lincah sedang berguling-guling di atas rumput; 2. ill-mannered youth, pemuda biadab; 3. see CUB REPORTER.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bang1/come, run/ ~ up against st, tiba-tiba terserempak dgn sst: the hunters came ~ up against the tiger, pemburu-pemburu itu tiba-tiba terserempak dgn harimau; go ~, (of cracker) berdentum; (of door) berdentam, berdegam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
herpron 1. (poss. form of ‘she’) nya, dia; (ref to animal or inanimate thing) nya: ~ children, anak-anaknya; ~ car, kereta dia; ~ life-style, cara hidupnya; the tigress and ~ cubs, harimau dgn anak-anaknya; 2. (as object of v or prep) nya, dia; (ref to animal or inanimate thing) nya: I told ~ the truth, saya memberitahunya perkara yg sebenar; they bought a present for ~, mereka membeli hadiah untuknya; 3. (respectful) a. (gen) beliau: we’ve discussed this matter with the ambassadress and ~ officials, kita telah berbincang dgn duta besar dan pegawai-pegawai beliau; b. (ref to sovereign ruler or ex-ruler, king’s consort) baginda; 4. (colloq) she, dia: it was ~ I saw last night, dialah yg saya nampak malam tadi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hauntn 1. place frequently visited, tempat yg selalu /dikunjungi, didatangi/, tempat tumpuan; (by children) tempat bermain: this hotel is a sailors’ ~, hotel ini ialah tempat yg selalu dikunjungi oleh kelasi; the children’s favourite ~, tempat bermain yg paling digemari oleh kanak-kanak itu; 2. habitat, feeding-place of animal, tempat tumpuan: the tiger’s ~, tempat tumpuan harimau itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas