Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.ti] | هنتي

Definisi : ; tidak ~-~nya tidak putus-putus, terus-menerus; sehenti mempunyai atau menyediakan pel­bagai perkhidmatan atau barangan yg ber­kaitan di satu tempat: kedai ~ itu menjual pelbagai jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, enjin dan minyak pelincir; berhenti 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; berhenti-henti tidak terus-menerus, terpu­tus-putus; memberhentikan 1. menjadikan (menye­bab­kan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diber­hentikan; 3. memecat, melepaskan sese­orang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; keberhentian perihal berhenti: ~nya itu mungkin atas sebab-sebab yg sama; pemberhentian perihal atau perbuatan mem­berhentikan (diberhentikan), pemecat­an: ~ abangku itu diketahui melalui akhbar; menghentikan, memperhenti­kan mem­ber­henti­kan; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, ter­putus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, ter­putus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; hentian 1. tempat berhenti (kenderaan dll), perhentian: H~ Pudu Raya; 2. hasil berhenti; 3. (Lin) bunyi bahasa yg dihasilkan drpd penutupan sepenuhnya pd titik artikulasi tertentu dlm saluran suara: ~ glotis; ~ implosif; ~ glotis (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba; ~ implosif (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn meng­halang aliran udara di glotis yg bergerak masuk ke dalam saluran udara; ~ sebelah tempat kenderaan boleh atau dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau lebuh raya; penghentian hal atau perbuatan meng­henti­kan: ~ beberapa percubaan utk mendirikan tanah jajahan; perhentian tempat berhenti (bas, teksi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hen.ti] | هنتي

Definisi : ; berhenti 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. berhenti-henti tidak terus-menerus; terputus-putus: Hujan telah turun tidak ~ selama empat hari empat malam. menghentikan menjadikan berhenti; memberhentikan: ~ segala perbuatan jahat dan keji. memberhenti­kan 1 menjadikan atau menyebabkan berhenti: Dia ~ motokarnya di hadapan panggung wayang. 1 menamatkan (menyudahkan) peperangan dll: Beliau tidak dpt berbuat apa-apa utk ~ pergaduhan itu. 2 melepaskan dr jawatan dll; memecat: Guru itu sudah diberhentikan. terhenti tidak berjalan atau tidak bergerak lagi; tertahan; tersekat: Perbualan mereka ~ apabila guru masuk ke bilik darjah. hentian tempat (kenderaan dsb) berhenti. ~ sebelah tempat kenderaan dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau di tepi lebuh raya. perhentian 1 tempat (bas, teksi dll) berhenti: Dia pergi ke ~ bas utk menghantar bapanya pulang ke kampung. 2 hal berhenti. penghentian perbuatan atau hal menghentikan. pemberhenti­an perbuatan atau hal memberhentikan. sehenti; pusat (kedai dsb) ~ pusat, kedai dsb yg menyediakan pelbagai perkhid­matan atau barangan yg diperlukan pelanggan di satu tempat: Pelbagai barangan dpt dibeli di pusat ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ambil galah pelepah jantung,
     Pucuk bayam pucuk meranti;
Kalau kita berkira pantun,
     Kokok ayam abang tak henti.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kaki naik,
     kepala turun.

Bermaksud :

Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
incessantadj tdk henti-henti, berterusan; (of complaint etc) tdk /habis-habis, henti-henti/: after a week of ~ rain..., setelah seminggu hujan turun tdk henti-henti...; I will not put up with this ~ chatter, saya tdk sanggup mendengar celoteh yg tdk henti-henti ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
importunityn 1. quality of being importunate, tdk henti-henti mendesak; (of beggar) tdk henti-henti meminta: he grew tired of the saleman’s ~, dia naik bosan dgn jurujual yg tdk henti-henti mendesak; 2. instance of being importunate, desakan: he finally gave in to his wife’s importunities, akhirnya dia mengalah pd desakan isterinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
importunateadj (fml) 1. persistent in asking (for st) tdk henti-henti mendesak; (of beggar) tdk henti-henti meminta: he tried to avoid his ~ creditors, dia mencuba mengelak drpd pemiutangnya yg tdk henti-henti mendesak; 2. (of request, claim, etc) persistently made, dibuat tdk henti-henti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
endlessly adv tdk /henti-henti, habis-habis, sudah-sudah/: she talks ~ about her family, dia tdk henti-henti bercakap ttg keluarganya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
effusevi bercakap tdk henti-henti: she ~d for hours about her son’s achievement, dia bercakap tdk henti-henti, berjam-jam lamanya ttg kejayaan anaknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fire~ away, a. shoot continuously, menembak tdk henti-henti: the soldiers ~d away during target practice, askar-askar itu menembak tdk henti-henti semasa latihan menembak; b. (colloq), (go ahead and ask) tanyalah; (go ahead and talk) cakaplah; ~ st away, expend st by firing, menembakkan sst hingga habis: they had ~d away all their ammunition, mereka telah menembakkan semua peluru mereka hingga habis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eternaladj 1. everlasting, abadi, kekal: ~ bliss, kebahagiaan yg abadi; 2. (colloq) incessant, tak /henti-henti, habis-habis, sudah-sudah/: ~ bickering, pertengkaran yg tak henti-henti; 3. absolute, mutlak: this is one of the ~ truths of nature, ini ialah satu drpd kebenaran alam yg mutlak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ceaselessadj tdk (ber)henti-henti: her ~ chatter, celotehnya yg tdk berhenti-henti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakwithout a ~, terus-menerus; (ref to action, process) tanpa berhenti, tdk /henti-henti, putus-putus/: the plain extends for miles without a ~, dataran itu terbentang terus-menerus berbatu-batu jauhnya; he spoke for two hours without a ~, dia bercakap selama dua jam tanpa berhenti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
continualadj 1. happening without interruption, sentiasa: the patient seems to be in ~ pain, pesakit itu nampak sentiasa dlm kesakitan; 2. repeated, recurring frequently, tdk /putus-putus, henti-henti/, berterusan, berlarutan: their ~ bickering annoyed the neighbours, pertengkaran mereka yg tdk putus-putus itu menyakiti hati jiran mereka; this ~ rain is depressing, hujan yg tdk henti-henti ini memasyghulkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas